19 Dis 2011

Gadis IPTA Ditemui Tersandar Di Hotel Bajet Dengan Kesan Pendarahan

Bandaraya Melaka - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini ditemui tersandar di dinding sebuah hotel bajet di Kampung Hulu, di sini dalam keadaan berdarah, petang kelmarin.

Mangsa berusia 20 tahun itu dipercayai dirogol teman lelakinya yang berusia 22 tahun selepas kedua-duanya dikesan mendaftar masuk ke hotel berkenaan yang terletak di belakang sebuah stesyen minyak, kira-kira 6.30 petang.

Menurut sumber, lelaki dikenali mangsa itu sejak dua tahun lalu dilihat berlari keluar dari hotel berkenaan sebelum mangsa juga keluar dalam keadaan menangis selang beberapa minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pelajar berkenaan ditemui anggota polis yang melalui kawasan berkenaan dalam keadaan bersandar di dinding hotel tersebut.

“Ketika ditemui kira-kira 7 petang, terdapat darah di bahagian bawah pakaian mangsa menyebabkan anggota polis segera menghubungi ambulans untuk dibawa ke Hospital Melaka, di sini bagi mendapatkan rawatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa sebelum kejadian keluar bersama tiga lagi rakan yang lain sebelum rakan-rakannya ke tempat lain dan dia menemui suspek,” katanya.

Menurut Raja Shahrom, mangsa dipercayai panik berikutan kejadian menimpanya, selain mengalami pendarahan dan kini masih lagi trauma dengan kejadian tersebut.

“Kami belum lagi dapat meneruskan siasatan beriku-tan mangsa yang berada di hospital masih trauma dan siasatan diteruskan sebaik saja keadaannya kembali stabil.

“Bagaimanapun, kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

7 ulasan:

Amuraria berkata...

DIZAMAN YANG BANYAK PENIPU,PEROGOL,PEMBUNUH,PENYELEWENG & PENYAMUN MASIH ADA LAGI INSAN YANG MUDAH PERCAYA !

Tanpa Nama berkata...

KLU HUKUM HUDUD...KOMPOM XBLEH LARI MANA MANGKUK HAYUN JANTAN SUNDAL TUUUUU.....

Tanpa Nama berkata...

Gadis itu pun salah juga, mengapa sanggup ke bilik itu dengan lelaki itu, bila di rogol menangis pula.

Tanpa Nama berkata...

perempuan akhir zaman berani tak bertempat ,jagalah diri anda sebaik mungkin bayak lelaki yang tau nak layan nafsu aje dgn wanita terutama melayu itu ajelah bolih dibangakan olih melayu kojo malas belajar malas asyik nak memantek pantang ada peluang yang lain tak ambil peduli .

Tanpa Nama berkata...

kalau ditanya kepada mangsa dan kaum kelurganya tentang hukum hudud nescaya mereka tidak bersetuju kerana mereka mengangap hudud itu hudud pas zalim.

Tanpa Nama berkata...

Harap2 gadis tu tak jadi calon pelajar di sekolah yg dipelopori Ali Rustam.

Tanpa Nama berkata...

MELAKA lagi!!! ish ish ish...tau lar ada universiti HARAPAN punnnnnnnn