Kuala Terengganu – Helah seorang lelaki untuk mendapatkan wang dengan menjual kasut yang dicurinya tidak berjaya apabila tindakan jahatnya itu terbongkar apabila secara tidak sengaja menawarkan kepada pemilik asal kasut terbabit.
Tertuduh, Samsu @ Shamsudin Musa, 41, berasal dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun mengaku bersalah melakukan perbuatan terbabit mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Pengakuan itu dilakukan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim dan pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Miky Dunstan Muda.
Berdasarkan fakta kes, kira-kira jam 10.15 pagi pada 17 Disember lalu di Stesen Bas Kuala Dungun, seorang pemandu bas pelancong meninggalkan kasut jenama Rorine berwarna coklat miliknya di dalam bas dan memakai selipar untuk ke tandas.
Ketika dalam perjalanan kembali ke bas, pengadu terserempak dengan suspek yang kemudian menawarkan untuk menjual kasut kepadanya.
Bagaimanapun, mangsa dapat mengecam kasut itu adalah miliknya yang ditinggalkan di dalam bas berkenaan.
Pengadu kemudian membawa suspek menaiki bas dan mendapati kasutnya lesap.
Selepas disoal siasat, suspek mengaku mencuri kasut mangsa dan dia kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Abdul Hayyi menetapkan 16 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula untuk jatuh hukum di Mahkamah Majistret Dungun.
Tertuduh bagaimanapun dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. -SH

8 ulasan:
Teruknya layanan pencuri kasut. bagaimana dengan pencuri duit rakyat? Bila mereka baru menerima hukuman?
pencuri duit rakyat dilindungkan kerajaan kini..kita x perlu lg kerajaan spt ini..
NASIB KAULE WAHAI PENCURI KASUT....LAIN KALI MINTA KERJA JADI MENTERI ATAU PEGAWAI TINGGI..BOLEH MENCURI BERBAGAI CARA DAN GAYA..TANPA TINDAKAN ...APA MACAM
nasib kaule wahai pencuri kasut...lain kali minta jadi pegawai tinggi atau menteri disana ada berbagai ragam mencuri tanpa tindakan..apa macam
Setuju!
kan masitah ada cakap nak bagi kerja,kepada yg mencuri kasut tu sila pergi jumpa masitah mintak kerja.
pencuri kasut tu nampak macam sengaja minta kena tangkap. agaknya nak duduk dalam penjara, makan minum ditanggung beres...
Anon 9.45, aku berharap begitu le.
Mudah2an ada hikmah dia masuk penjara ni. Kata kwn aku keja penjara, >50% banduan jadi baik, malah berterima kasih masuk penjara sbb sblum ni tak kenal Allah, Rasul saw & amalkan perintahNya.
Tapi kalau dapat, yg lum masuk penjara tu jangan le minta ye..Tapi klu dgn masuk penjara boleh menginsafkan pihak lain & berdakwah no hal kan? Mcm ulamak2 dulu2 & org baik2 tu ... Allah lebih mengetahui.
Catat Ulasan