30 Dis 2011

[Video] Kain Shahrizat Terselak Luas - Ada Kondo Mewah & Restoran Meatwork Di S'pura

Isu NFC: Jingga 13 rakam kondo mewah di S'pura

Sebuah pertubuhan bawah PKR, Jingga 13 hari ini mendedahkan rakaman video yang menunjukkan kemewahan unit kondominium Orchard Scotts yang didakwa milik menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata krew penggambaran itu berdepan pelbagai cabaran, malah dihalau oleh pengawal keselamatan ketika cuba merakam bahagian hadapan kondominium tersebut.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun berjaya menyelinap masuk ke kawasan kondominium di Anthony Road itu dan merakam kawasan umum bangunan berkenaan, termasuk kolam mandi dan juga bilik airnya.

"Kalau itu dah cukup canggih, bayangkan (keadaan) dalam rumah," kata Fariz ketika menunjukkan video berkenaan kepada wartawan di ibu pejabat PKR petang ini.

Katanya, video sepanjang 2 minit 20 saat itu bertujuan untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Kita akan ledakkan video ini di Facebook dan laman lain untuk tunjukkan... penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh keluarga Shahrizat, termasuk pembelian tanah, kondominium, kereta Mercedes benz dan lawatan luar negara

Awal bulan ini, PKR mendakwa suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka merupakan pemilik bersama kepada kondominium bernilai RM9.9 juta itu.

PKR bagaimanapun tidak dapat menunjukkan bukti bahawa kondomonium berkenaan dibayar dengan dana NFC. (walau pun tidak dapat menunjukkan bukti ia dibayar dengan dana NFC, keluarga Shahrizat perlu menjelaskan dari mana dana diperolehi membeli harta-harta berkenaan jika bukan dari NFC -GB)

Turut ditunjukkan hari ini ialah rakaman di dalam restoran mewah MeatWorks di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka Singapura, ION Orchard.

Restoran mewah berkenaan, yang menyajikan minuman keras dan tidak mempamerkan logo halal, turut dikaitkan dengan keluarga Shahrizat. -mk

Jingga 13 tinjau kondo mewah milik Shahrizat


PETALING JAYA 29 Dis: Ekoran laporan KEADILAN terhadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembelian kondominium mewah berjumlah RM9.9 juta, badan bebas Jingga 13, mengadakan misi lawatan ke Singapura bagi melakukan siasatan.

Sebelum ini, KEADILAN mendakwa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dianugerahi projek lembu telah menyeleweng dana duit rakyat sebanyak RM250 juta yang dimiliki syarikat National Feedlot Corporation (NFC).

“Kami (Jingga 13) telah ambil keputusan turun ke Singapura pada 23 Disember lalu untuk mengenal pasti aset, benar ataupun tidak. Akhirnya kami bertemu dengan kondo yang tersergam indah,” kata Pengerusinya, Fariz Musa pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun mengalami kesukaran kerana berulang kali dihalau oleh pegawai keselamatan, namun akhirnya berjaya menyelinap masuk ke dalam kondo tersebut.
“Kondo Orchard Scotts – kondominium mewah yang sangat selesa serta dikawal rapi. Nak ambil gambar pun kena ada kebenaran. Jingga 13 berjaya membuat rakaman video untuk menunjukkan kondo mewah keluarga Shahrizat tersebut,” katanya.

Jingga 13 turut menjumpai restoran mewah Meatwoks di ION Orchard Mall iaitu sebuah gedung terbuka yang merupakan perniagaan peribadi keluarga Shahrizat.

Bagaimanapun restoran tersebut lengang malah tidak ramai pelanggan.

“Restoran lengang tiada orang, kedai di kiri kanan ramai orang, Meatworks kami tunggu sampai tengahari tidak ada orang lain yang masuk. Syarikat ini bukan saja mampu menyewa satu shop lot tapi dalam masa sama disewa ruang legar. Sudah pasti kos adalah lebih tinggi,” katanya.

SPRM bercakap dengan ‘lembu’?

Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin pada sidang media yang sama turut mengecam tindakan kerajaan yang masih lagi tidak menyoal siasat suami Shahrizat, Datuk Salleh Ismail.

“Setakat ini laporan polis telah dibuat di seluruh negara. Sekurang-kurangnya Datuk Salleh sudah dipanggil untuk disoal siasat. SPRM kata dah 75 orang telah ditemubual tapi takkan tiada apa yang dapat dikesan? Melainkan kalau dia bercakap dengan lembu.

“Malah satu jawatankuasa ditubuhkan oleh SPRM dan penyiasatan akan merangkumi semua aspek, tapi sekiranya tidak ada apa-apa yang berlaku lepas ini mengenai skandal ini, kita akan desak Shahrizat dedahkan aset mereka dalam tempoh lima tahun ke belakang,” cabar Zuraida. -KD






Ulasan GB

Kain dah terselak, nampak semua. Di Singapura tersimpan banyak rahsia rupa-rupanya. Kondo mewah dan restoran ternama.

Kamu juga punya mahu bukan? Hari tu kamu (Shahrizat) sendiri sinsing lengan; dan ugut untuk selak kain kamu sendiri dan perlakuan kamu itu mendapat sokongan gemuruh perwakilan Wanita, yang rata-ratanya bertudung merah.

Kini hukum kebenaran terserlah, Allah "menyelakkan kain kamu" supaya ia terang dan nyata! Amacam?

GB dah pesan berkali-kali sebelum ini. Letak jawatan atau akan terus "dibogelkan". Itu adalah hukum kebenaran - hukum itu dari Allah s.w.t., Dia Al-Haq, Dia Yang Maha Benar.

Tapi kamu yang beranama Shahrizat amat degil! Terima nanti padahnya.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas pada mereka2 yg susah payah menyiasat utk kesedaran rakyat. Sbenarnya Kak Ijat kena berterima kasih, sebelum nyawa diambil mudah2an dpt mengyedarkan & menginsafi.

Jgn lepas ni Jingga 13 kena saman pulak sbb mengintip.

Tanpa Nama berkata...

http://milosuam.blogspot.com/2011/12/bukti-restoran-mewah-meatworks.html