29 Dis 2011

Kembalinya Datuk Ariffin Jaka Ke Rahmatullah, Apa Iktibarnya?

Bekas Hakim Datuk Arifin Jaka Meninggal

KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Arifin Jaka meninggal dunia pada Khamis dipercayai akibat komplikasi menghidap kencing manis.

Arifin, 78, meninggal dunia kira-kira 6.05 pagi di Hospital Serdang, dekat sini.

Bahagian Komunikasi Korporat Mahkamah Persekutuan Malaysia ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Arifin meninggalkan balu Datin Maznah, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Antara kes yang didengar dan diputuskan oleh Allahyarham ketika menjawat jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ialah kes liwat pertama membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 8 Ogos 2000, Arifin menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu keluarganya, di apartmen adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja di Tivoli Villa, Bangsar, pada 7.45 petang antara Januari dan Mac 1993.

Bagaimanapun Anwar, pada 5 Sept 2004, dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan selepas menang dalam rayuan terakhirnya bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara itu.

Jenazah Arifin dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Presint 20, Putrajaya, selepas solat Zuhur.

Arifin dilahirkan pada 30 Sept 1933 di Rembau, Negeri Sembilan dan berkelulusan Barrister-at-Law, Lincoln's Inn, London.

Beliau memulakan tugasnya dalam badan kehakiman sebagai Presiden Mahkamah Sesyen pada tahun 1970 dan jawatan tertingginya ialah sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2003 sebelum bersara setahun kemudian.

Allahyarham terkenal sebagai hakim yang banyak mengendalikan kes-kes sivil, antaranya kes melibatkan pengasas bersama Kumpulan Tan Chong, Datuk Tan Kim Hor dalam prosiding penutupan Tan Chong Consolidated Sdn Bhd.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang menziarahi jenazah Allahyarham Arifin , berkata negara kehilangan seorang tokoh yang disegani dan jasa Allahyarham yang telah banyak menzahirkan nas-nas perundangan yang akan sentiasa dihargai dan diingati.

"Kita kehilangan seorang negarawan dan bekas hakim yang telah banyak berjasa dalam bidang perundangan dan hal ehwal penentuan keadilan di negara kita," katanya.- BERNAMA

ULASAN GB

Baru-baru ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan juga Penasihat Agama kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Hamid Othman kembali ke rahmatullah.

Kini, Datuk Ariffin Jaka, bekas hakim yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar Ibrahim pada tahun 2000 di dalam kes Liwat 1.

Tan Sri Abdul Hamid Othman meninggal dunia sewaktu negara sedang kecoh membicarakan isu Menteri Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharum yang disahkan menyalahgunakan wang zakat untuk bayaran khidmat guamannya dan kedua Datuk Ariffin Jaka meninggal dunia sewaktu negara sedang menanti tarikh 9 Januari, di mana hakim Zabidin Mohd Diah akan memberikan penghakiman untuk kes Liwat 2.

Kebetulan?

Bukan! Ia terlingkung di dalam kehendak (iradat Allah s.w.t.

Setiap sesuatu peristiwa yang dijadikan Allah s.w.t. tidak ada yang sia-sia, apatah lagi soal "kematian" yang sepatutnya menjadi "guru" kepada yang masih hidup.

Justeru kepada kita yang masih hidup, apatah lagi kepada pengganti Allahyarham Abdul Hamid Othman di JPM iaitu Jamil Khir Baharum dan juga hakim yang mengadili kes Liwat yang menggantikan Allahyarham Ariffin jaka iaitu Zabidin Mohd Diah, agar belajar dari kematian tersebut - bahawa kita perlu berlaku adil dan saksama, kita perlu teguh mengikuti syariatNya, tidak melanggar batasNya dan bahawa Allah berkuasa mencabut nyawa kita pada bila-bila masa.

Kematian itu merupakan peringatan keras, bukan dari blogger bernama GB tetapi dari Pencipta kita semua, iaitu Allah s.w.t.

Jika enggan belajar dari kejadian itu, tunggu saat kematian itu tiba dan cubalah kamu-kamu berdua menolaknya, jika kamu-kamu mampu melakukannya. Ittaqullah!

Innalillahi wainna ilahi rajiun.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The Prophet (peace_be_upon_him) said: Judges are of three types, one of whom will go to Paradise and two to Hell. The one who will go to Paradise is a man who knows what is right and gives judgment accordingly; but a man who knows what is right and acts tyrannically in his judgment will go to Hell; and a man who gives judgment for people when he is ignorant will go to Hell.

Tanpa Nama berkata...

Hakikat jalan hidup pasti berakhir...dengan kematian maka bermulalah perbicaraan Alam Barzah atas perbuatan manusia dimasa hidupnya. Tinggal keluarga, tinggal harta, tinggal nama.
Yg hidup masih berpeluang untuk taubat. Semoga kita mendapat redha NYA.


Tiada fatihah sekadar diucapkan
Selamat Jalan. Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

Bekas ulama besar umno semasa menjadi menteri menjaga ugama dulu pernah berjanji bahawa kerajaan umno akan membawa draf hudud sebenar kerana umno menolak hudud yang dibawa oleh PAS yang kononnya sebagai 'hudud PAS'. Ini jadinya apabila ulama diperkudakan oleh madey.

Lagi sorang yang diperkuda oleh madey adalah hakim yang telah mengendali kes rasuh 'tanpa wang' melibat Anwar Ibrahim juga mengadap Illahi setelah 10 tahun menjatuhkan hukuman didalam mahkamah yang penuh kemuskilan. Tidak lama sebenarnya. Sekarang beliau masuk mahkamah tuhan tanpa madey dibelakangnya.

ISA berkata...

Salam GB,

Iktibarnya ialah... kalau nak buat jahat kat dunia jer... kat dalam kubur dah tak boleh jahat2 lagi.... hahahaha...

Tanpa Nama berkata...

Maksud diatas
Rasulullah (s.a.w) berkata: Hakim ada tiga jenis, salah seorang daripada mereka akan pergi ke syurga dan dua Neraka. Satu yang akan pergi ke syurga adalah seorang lelaki yang tahu apa yang betul dan memberi pertimbangan sewajarnya, tetapi seorang yang tahu apa yang betul dan bertindak secara penindasan dalam penghakimannya akan pergi ke neraka dan seorang lelaki yang memberikan penghakiman bagi orang apabila dia jahil akan pergi ke neraka.
Zabidin Mohd Diah : Ini peringatan buat kamu... pilihan di tangan kamu.. KAMU TAKUTKAN ALLAH ATAU KAMU TAKUTKAN NAGEEB. INGAT TAKUTKAN HAMBA NERAKA JAHANAM SELAMA-LAMANYA. KITA HIDUP TAK BERAPA SAAT. Mungkin 9 Januari giliran anda...

Tanpa Nama berkata...

Manusia selalu lupa yg akhirnya dia akan mati..dia akan dipersoalkan segala2 yg dilakukan di dunia...atau dia menyangka dia akan sempat bertaubat sebelum mati..tetapi dia lupa bhw taubat yg begitu tak diterima Allah..

Pada roh ini, selamat jalan...menjwablah kamu pd 2 malaikat Allah..gunalah amalan2 dunia n sedekah jariah dr wang yg kamu dpt utk menjaga diri kamu di lubang gelap itu..krn kamu sudah cukup bersedia utk ke mahkamah Allah dgn perbuatan2 kamu di dunia...

AHA berkata...

Tiada sogokan, tiada penipuan fakta dan tiada lagi pembohongan dalam pengadilan di alam barzah....nah rasakan apa yang telah kamu dustakan..

TIADA FATIHAH UNTUK KAU...
SEMOGA YANG HIDUP SEDAR...
TIADA APA YANG KEKAL...

Tanpa Nama berkata...

Sukar untuk sanjungi pekerti sebigini...!!

Tanpa Nama berkata...

Rasulullah (s.a.w) berkata: Hakim ada tiga jenis, salah seorang daripada mereka akan pergi ke syurga dan dua Neraka. Satu yang akan pergi ke syurga adalah seorang lelaki yang tahu apa yang betul dan memberi pertimbangan sewajarnya, tetapi seorang yang tahu apa yang betul dan bertindak secara penindasan dalam penghakimannya akan pergi ke neraka dan seorang lelaki yang memberikan penghakiman bagi orang apabila dia jahil akan pergi ke neraka.

pepe81 berkata...

tiada lagi kidung mu,.,.,.,balasan tuhan adalah benar,.,.jadikan iktibar kepada mereka2 di luar sana yang menggunakan kuasa hanya untuk mentaati tuannya bukan TUHANNYA,.,


TIADA FATIHAH UNTUK KAU...
SEMOGA YANG HIDUP SEDAR...
TIADA APA YANG KEKAL...

Tanpa Nama berkata...

astagfirullah..bertaubat lah wahai sahabat-sahabat...Fitnah itu pun ada lah satu dosa...al-fatihah juga adalah satu sedekah..ingatlah kita juga akan kembali kepada nya juga... alfatihah untuk arwah..

JAKA berkata...

hamba terbaca dari sumber ajaran kita mengatakan daripada 3 hakim, 2 masuk neraka, 1 je syurga.


tk tuju pada sapa2 ok.

tp mereka yg berkuasa tp takut pada manusia dan sanggup berlaku zalim demi takut pada manusia, dia pasti akan lebih ketakutan apabila berdepan dgn Raja segala Maharaja iaitu Allah Rabbul Jalil nanti.

yg masih bernyawa ikan tu ingat2 la. yg dah tua renta masih nk membohong pun jenis tak ingat kubur.

sebab hidup dalam kemewahan. dah lama tidak melawan org mati.

dah lama tak ziarah kubur.

lupa pada hari kematian yg tidak berguna bintang dan kuasa dan polis2 pembodek semua

1 Malaysia berkata...

Yang mati tu biarlah dia tu. Yang sedang hidup tu harus jadikan yang mati tu sebagai contoh dan iktibar. Sudah tentu yang baik tu jadi contoh manakala yang buruk dan jahat tu kita juga jadikan contoh tapi contoh supaya kita tidak mengulanginya.
Sudah tentu yang baik tu datang daripada Allah swt dan yang jahat tu ialah manusia itu sendiri.
Memang fitnah tu bahaya. Sebab tu kita jangan timbulkan fitnah. Kalaulah kita mengikut dan menuruti semua kehendak dan perintah Allah swt, dah pasti dan 100% pasti kita tidak akan menjana fitnah. Jadi tak usah mempersalahkan orang lain memandang serong pada kita kalaulah perbuatan kita sentiasa menimbulkan fitnah. YOU KNOW WHAT I MEAN.

Tanpa Nama berkata...

yang kau fitnah kat anwar ape criter wahai bangsa umno ???