1 Dis 2011

Penipuan Dalam Daftar Pemilih Dikesan Lagi, Nama Lelaki Jantina Perempuan

Seorang lelaki terpaksa membatalkan hasratnya mendaftar sebagai pengundi buat sementara waktu apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai seorang pengundi dengan menggunakan nama individu lain.

Walaupun lelaki berusia 38 tahun itu menetap di Petaling Jaya, Selangor, namun sema­kan menggunakan laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.

Lebih aneh, apabila nama individu yang tertera dalam senarai berkenaan iaitu Zulkifly Mohamed Yusof dikategorikan sebagai berjantina perempuan.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, ia hanya disedari apabila lelaki terbabit ke DAP Melaka untuk mendaftar sebagai pe­ngundi baru.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

“Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ia mungkin satu kesilapan.

“Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya turut didaftarkan atas nama orang berkenaan,”
katanya kepada media selepas membawa perkara itu untuk perhatian SPR Melaka di Menara Persekutuan, di sini, semalam.

Poay Tiong berkata, aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR ketika mengesahkan laporan itu berkata, siasatan akan dijalankan sebelum tindakan susulan diambil. -SH

Lagi dakwaan penipuan dalam daftar pemilih

Seorang lelaki yang berhasrat untuk mendaftarkan namanya sebagai pengundi terkejut apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan atas nama individu lain.

Lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun dan kini menetap di Petaling Jaya, Selangor berkata, sebaik beliau melakukan semakan di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila nama individu yang tertera dalam senarai itu, dipaparkan sebagai Zulkifly Mohamed Yusof dan turut meletakkan status jantinanya sebagai perempuan.

Perkara berkenaan didedahkan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, ekoran lelaki berkenaan ke Pejabat Pusat Perkhidmatan DAP Melaka berhubung masalah itu.

Menurut Khoo, ketika semakan pada laman rasmi SPR, didapati nombor kad pengenalan lelaki berkenaan didaftarkan sebagai seorang pengundi di Kuala Krai, Kelantan, dengan menggunakan nama 'Zulkifly Mohamed Yusof,' sedangkan lelaki itu mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

"Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ini mungkin satu kesilapan.

"Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya juga turut didaftarkan atas nama orang berkenaan," katanya.

Khoo berkata, satu aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

"SPR perlu menyiasat dan memperjelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

"Pada masa sama, saya juga menyarankan kepada semua pengundi berdaftar supaya memeriksa daftar pemilih yang terbaru bagi memastikan nama mereka masih ada," katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR, ketika mengesahkan laporan berkenaan, berkata, satu siasatan akan dijalankan sebelum sebarang tindakan susulan diambil. -mk


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

strategi lautan biru...