NFC: PKR pertikai kenyataan awal polis ‘bersihkan’ imej Umno
KUALA LUMPUR, 1 Dis – PKR mendakwa polis bertindak membersihkan imej bagi pihak Umno ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar tiada unsur pecah amanah dalam skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) setakat ini.
“Mengapa mengeluarkan kenyataan (sedemikian) ketika siasatan masih dijalankan. Dan, ketika perhimpunan utama Umno sedang berlangsung?” kata Naib Presiden PKR N. Surendran dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mempersoalkan kenyataan Khalid itu sedangkan pihaknya masih belum memanggil Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang keluarganya diberikan projek itu, untuk diambil kenyataan. -TMI
KUALA LUMPUR, 1 Dis – PKR mendakwa polis bertindak membersihkan imej bagi pihak Umno ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar tiada unsur pecah amanah dalam skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) setakat ini.
“Mengapa mengeluarkan kenyataan (sedemikian) ketika siasatan masih dijalankan. Dan, ketika perhimpunan utama Umno sedang berlangsung?” kata Naib Presiden PKR N. Surendran dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mempersoalkan kenyataan Khalid itu sedangkan pihaknya masih belum memanggil Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang keluarganya diberikan projek itu, untuk diambil kenyataan. -TMI
Setakat Ini Tiada Unsur Pecah Amanah Dalam NFC - TKPN
KUALA LUMPUR: Tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan sambil memberi jaminan proses itu akan dilakukan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak.
"Siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, kita masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.
"Kita sudah panggil 74 individu untuk diambil keterangan setakat ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Rondaan Bersama Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di bawah Strategi Gelombang Biru Kebangsaan di Taman Bukit Rahman Putra di sini, hari ini.
Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Robert Phang, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Md Rashid.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata siasatan masih diteruskan berhubung penahanan 13 individu termasuk warga Filipina dan Indonesia di Tawau, Sabah baru-baru ini, yang disyaki cuba menghidupkan kegiatan militan di negeri berkenaan.
"Mereka masih disiasat, sebab itulah kita tahan mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana siasatan perlukan masa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kegiatan dan rangkaian mereka.
"Kita mempunyai asas dan bukti yang kukuh untuk menahan mereka mengikut akta itu kerana membabitkan isu keselamatan negara dan rakyat," katanya. -mstar
12 ulasan:
SUNGGUH BANYAK PARA HULUBALANG PEMBELA DI MALAYSIA ,ASAL SAJA SEBUT DARI GEROMBOLAN UMPORNO PASTI KES CLEAR PUNYA ! APA PUNYA TURRR !
kuala geng PK kes bendera RM 3,000.00 boleh siasat sampai mati -- dulu kini selamanya ....
wow..pe lagi..kasi lawan la...tapi pape pun hati-hati ketika bersama kekasih atau kawan anda..tengok ni.. http://terubukbakar.blogspot.com/2011/12/artis-ini-ditangkap-basah-dan.html
Timb. KPN nih nampak sangat pencacai UMNO...nampak sgt tak cerdik. Benda masih dlm siasatan dah bg komen bela UMNo...bangang..
macam kisah hang tuah, yang keterlaluan?
ini statement dari TKPN ka dari konstabel percubaan?? jangan malukan warga polis la..
Ini kes moral.
Bini pegang jawatan dalam kerajaan. Laki dapat projek ratusan juta. Memang semua kertas kerja ada, tapi ini dinamakan KRONISMA.
Khalifah Umar r.a pun kerana nak elakkan KRONISMA, cahaya api pelita pun dia amek kira milik siapa.
Kalau suruh polis siasat, sampai kiamat tak jumpa bab moral.
hahaha..ni bukan nya hulubalang tapi LEMBU-LEMBU YG BODO JENIH KALDAI AKAQ termasuk la timb ketua polis otak kemetot cap ayam...
sebab tulah ipar gua haramkan anak2nya kahwin dengan polis!!!!
Bagai mana "tukang bersih" nak bersihkan,dia sendiri pun kotor.
negara akan terus jahanam di bwh lembu-lembi ni POLIS pun minum susu lembu..sekarang nikan berlansung persidangan LEMBU=LEMBU dan para GEMBALA B ARUA N EGARA dpusat ternakan dunia putera.perangai anak biasa mengikut cara susuannya..PASTIKAN kita sembelih habis lembu-lembu ini para gembala sekarang di pru 13 nanati.insha allah JIHAD menentang kezaliman penipuan salah kuasa dn sebagainya akan diredhai ALLAH SWT..AMINN
Pastikan barua ni tak sampai ke level KPN. Cukup sekadar timbalan saja. Kalau barua ni jadi KPN boleh lingkup malaysia. Malaysia akan kembali ke zaman lebih gelap dari zaman musa hasan.
Catat Ulasan