PSC cadangkan S'jaya Diraja siasat 'Projek IC'
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya hari mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan warga asing diberikan kerakyatan membolehkan mereka menjadi pengundi.
Dalam laporannya itu, PSC menyatakan bahawa syor itu dibuat berikutan banyak aduan berhubung Projek IC yang diterima jawatankuasa itu semasa inkuiri awam di Kota Kinabalu minggu lalu.
"Walaupun perkara ini meliputi ruang yang luas dan di luar terma rujukan jawatankuasa ini, tetapi kami mencadangkan pembentukan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu sebagai penyelesaian jangka panjang," petik laporan itu.
Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno.
Semasa inkuiri awam PSC, selama dua hari di Kota Kinabalu bermula 25 November lalu, kecuali Umno, semua wakil-wakil parti komponen BN dan pembangkang mendesak supaya suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu.
Laporan awal itu juga mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan pengesahan semua nama-nama dalam daftar pemilih di Sabah.
Bagi daftar pemilih yang lain, jawatankuasa itu mencadangkan supaya SPR melantik Mimos Berhad, sebuah agensi teknologi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjalankan audit dengan terma-terma rujukan berikut:
# Dua orang dengan nombor kad pengenalan yang samaPengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih dalam daftar pemilih
# Pengundi berumur 90 dan ke atas
# Pengundi bukan tempatan
# Bilangan besar pengundi di alamat yang sama
# Pengundi yang telah hilang kelayakan untuk mengundi -mk
Ulasan GB
Jika demikian penemuan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), maka adalah TIDAK WAJAR samasekali diadakan pilihanraya umum sebelum daftar pemilih dibersihkan.
Pengkhianatan JPN & SPR perlu disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Siasatan, bukan sahaja menyiasat Projek IC untuk membersihkan daftar pemilih tetapi juga menyiasat penyelewengan dan salahlaku JPN dan SPR berkenaan serta mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

2 ulasan:
Bukan kah pembersihan senari nama pemilih satu usaha yang baik untuk menjaminkan pemilihan yang adil?
Mengapa semua komponen parti dalam BN bersetuju dengan cadangan itu tetapi UMNO saja yang bantah? Takut kerana bersalah? Ada sesuatu yang cuba disembunyikan?
mana UMNO mahu supaya ditubuh kan RCI sebab ketua 6 jahanam yang di katakan oleh KJ adalah dari UMNO cuba renung yang ini:
1) Pembuat IC Project =UMNO
2) Pendaftar PTI di SPR =UMNO
3) Pembangkang untuk Buat RCI =UMNO
4) Pengamal rasis NO 1 = UMNO
5) Pengamal Rasuah = UMNO
6) Perampas kerajaan PBS = UMNO
itu lah 6 jahanam KJ h....oi
Catat Ulasan