Skandal NFC: Dana untuk beli Mercedes, biayai percutian mewah Oleh Mohd Rafizi Ramli
Memandangkan Ketua Wanita UMNO langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:
1. Pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat Jalil (gambar bawah) menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.
2. Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis.
3. Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman
http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/).
Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS. Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?
4. Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda UMNO mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?
Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan - sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong UMNO dalam masa terdekat, atau terus mengheret UMNO dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.
KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.
Ulasan GB
Bengong punya Ketua Wanita dan Ketua Pemuda. Hukum kebenaran nak dilawannya. No way. Truth is mighty and will prevail, and the guilty will be punished. Stupid fellas.

PKR: RM5j dana NFC biaya Benz, tanah di Putrajaya dan cuti
PKR meneruskan serangan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dengan hari ini mendakwa RM5 juta dana awam projek ternakan lembu itu digunakan untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta wang tunai RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Dakwaan terbaru oleh pemimpin PKR berhubung salah guna ini muncul beberapa jam selepas Shahrizat mempertahankan dirinya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini pagi ini.
PKR juga berkata NFC telah mengeluarkan sebanyak 15 cek bagi agensi pelancongan Impian Global Network Services.
Mendedahkan perkara itu petang ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat “memberitahu siapa yang pergi bercuti.”
Rafizi menambah RM534,622 digunakan untuk membeli Mercedes Benz CLS350, dana NFC yang disalurkan kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan RM588,585 lagi dipindahkan kepada Meatworks (Singapore), kedua-dua syarikat yang milik penuh keluarga Shahrizat dan tiada apa-apa kaitan dengan rancangan perniagaan NFC.
“Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin) ada mengatakan bahawa NFC tiada bisnes di Singapura... jadi mengapa sejumlah wang itu dipindahkan ke sana?” kata beliau pada sidang media di sini.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, tanah juga dibeli di Precinct 10 Putrajaya, yang sebahagian besar merupakan kawasan kediaman.
“Saya pasti pelan induk Putrajaya tidak melibatkan ternakan lembu di sana,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.
Semasa mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpotensi untuk menerajui Projek Fidlot Kebangsaan, anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.
Saifuddin (gambar) uga berkata, PKR bertegas bahawa proses anugerah projek NFC kepada keluarga Shahrizat adalah tidak telus dan menyeleweng kerana salah satu syarikat yang paling awal mencadangkan projek ini langsung tidak dipanggil untuk turut serta.
“Ini telah menjadi penyakit dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat.
“Oleh itu, PKR mendesak Perdana Menteri bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan beliau kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha,” katanya.
Merujuk kepada kenyataan-kenyataan pimpinan Barisan Nasional termasuklah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa penganugerahan NFC kepada syarikat milik keluarga menteri terbabit dibuat mengikut prosedur bidaan dan tender yang betul, kata Saifuddin:
“Saya juga merujuk kepada kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri.”
Katanya, mengambil kira keangkuhan pimpinan Umno terutamanya Shahrizat yang sedikit pun tidak mahu memahami kemarahan rakyat mengenai isu ini, PKR pada hari ini mendedahkan bahawa idea asal untuk mewujudkan sebuah industri daging dan penternakan komersil telah dibawa seawal tahun 2003 oleh sebuah syarikat usahawan muda Bumiputera.
“Cadangan asal yang dibincangkan di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mardi dan kerajaan Negeri Sembilan langsung tidak membabitkan suntikan dana atau pinjaman dari kerajaan.
“Syarikat terbabit hanya memohon persetujuan kerajaan negeri untuk menyewa tapak ladang penternakan di Gemas,” katanya lagi.
Kata beliau, syarikat terbabit juga telah berjaya mendapat khidmat nasihat dan kerjasama dari Profesor Jerry J Reeves, seorang pakar teknologi penternakan dari Washington State University.
“Ladang ternakan tersebut bakal menggunakan teknologi terkini untuk membangunkan baka terbaik tempatan melalui proses artifisial ‘insemination’ menggunakan mani dan embrio baka lembu wagyu.
“Proses sebegini dijangkakan adalah lebih mudah dan murah untuk membangunkan ladang satelit dan membantu penternak kecil berbanding dengan kaedah mengimport lembu untuk digemukkan di fidlot seperti yang dibuat NFC,” katanya lagi.
Malah menurut beliau, syarikat terbabit telah mengadakan perbincangan lanjut dengan Mardi dan hampir menandatangani memorandum persefahaman.
“Cadangan ini juga telah dibawa ke peringkat tertinggi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan Negeri Sembilan.
“Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputera ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan,” kata beliau lagi. -TMI
Ulasan GB
Bengong punya Ketua Wanita dan Ketua Pemuda. Hukum kebenaran nak dilawannya. No way. Truth is mighty and will prevail, and the guilty will be punished. Stupid fellas.
11 ulasan:
MEREKA TIDAK HERAN KERANA UMPORNO ADA 'KEKEBALAN LUARBIASA'! SELEWENGLAH BANYAK MANA DAN LINGKOP LAH BANYAK MANA PUN SETIAP TAHUN TARAK APA PUNYA ,NO ACTION DAA ! SELAMAT MEREMBAT & MENGAUT KHAZANAH RAKYAT MALAYSIA DENGAN SENANG HATI !
aku setuju dengan amuraria...harta negara macam makbapak dia punya dan dilindungi olih undang2 rimba malaysia,jadi apa aku takut,dari kepala ke ekor semua telan jadi dah jadi satu budaya dalam geng2 gerombolan ini...itu pun masih ramai dongoi2 tukang sorak tahap nasibungkus dan air kotak bersepah sana sini....nasib kau lah labu!
makcik-makcik umno yang terlompat2, terjerit2 semasa dengar ucapan sharizat... apa dapat..?!!
Balik kampong, merempatlah mcm biasa.. sharizat mewah dgn duit rakyat...
Gen "Mamak"= seperti restaurant/ Premis textile mamak. Komuniti ini dekenali dengan dolar hunter. Apakah mereka akan melepaskan peluang ini begitu saja bila mereka dikeliling dengan duit dan kuasa.
Sebelum Tun M dipuncak kuasa cuba sebutkan berapa ramai mamak diberi jawatan menteri ada kuasa.
Siapa memberi laluan para mamak ini merembat wang negara kalau bukan UMNO.
Normah : En. Ramlee, kenapa jadi begini?
Ramlee : Saya kena tipu dengan wanita umporno lah Cik Normah
Normah : Tu lah, En. Ramlee, nak cari perempuan hindustan. Perempuan yg dekatkan ada
Ramlee : Perempuan yg dekat tu siapa?
Bijak Pandai Melayu dulu pernah berpesan:
"Jangan Jadi Pak Kadok
Menang Sorak, Kampung Tergadai"
Itulah....berpatah balik pada adat dan budaya Melayu yang tersohor.
Bagi akak-akak dan makcik makcik kain merah yang dok bersorak tu....hah lepas ni dapat sorang seratus, naik bas balik.......
Atap bocor nak bertampal
Beras nak masak tinggal sekepal
Sorak sorai tak masuk akal
Ingatlah, liang lahat tinggal sejengkal
Guna akal...dan Iqra'!
Bila menang nanti, jailkan dia orang ni cukup2, biar mampos dalam tahanan dengan duit2 haram tu.
Terbaca dalam akhbar hari ni Shahrizat suruh Wan Azizah letak jawatan Presiden Kadilan.Nampak sangat bangangnya Anak Mami ni,Wan Azizah tak pegang sebarang jawatan kerajaan(Menteri).Apa pun dia buat itu soal dalam parti Keadilan.,Tapi Anak Mami ni pegang jawatan menteri dalm kabinet yang sedang memerintah.RM250 juta tu wang rakyat.Macam mana dia kata tidak ada kena-mengena sebab orang yang jadi ketua syarikat lembu tu,tidur sekatil dengan Anak Mami ni.Kesian dan simpati kepada makcik-makcik yang pakai kain merah tu,terkinja-kinja dan melompat beri sokongan kepada Anak Mami ni.Kamu semua apa dapat sekadar air liur tapi Anak Mami dah enjoy.
Geng tudung merah bukan nak berpolitik sangat hanya nak enjoy di KL. Dijamu sedikit hilanglah nak kritik ketuanya.
kita jangan jadi lembu, senang ditarik tali kemana saja, dengan tali yang berharga beberapa ringgit saja, bukan rantai emas permata.
Saya cadangkan kepada pemimpin2 PR supaya mengajak penternak2 lembu dan persatuan penternak lembu serta gabungannya mengadakan piket serta boikot utk tidak memelihara lembu lagi sekiranya kerajaan UMNO tidak memberi geran atau bantuan sepertimana kerajaan UMNO memberi bantuan kepada keluarga Shahrizat dan suaminya.
Jangan matikan isu ini serta skandal2 yang lain sehingga PRU13.
Allah memberi petunjuk kepada orang yang adil dan benar.
Catat Ulasan