1 Dis 2011

Anggota Polis Direman 7 Hari Kerana Kes Rompakan Bersenjata

Kuala Terengganu - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal antara dua lelaki yang ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di Pekan Wakaf Tapai, Marang, Isnin lalu.

Perintah reman sehingga 6 Disember ini dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Rusli Ahmad mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Difahamkan, anggota polis berusia 20-an yang dipercayai bertugas di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Hulu Terengganu bersama rakannya, orang awam juga berusia 20-an ditangkap petang kelmarin.

Sinar Harian keluaran Selasa lalu menyiarkan seorang pemilik kedai emas dan dua kanak-kanak nyaris terkena tembakan dalam satu keja-dian rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di Pekan Wakaf Tapai di sini.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi, tembakan itu dipercayai ditujukan ke arah pemilik kedai emas terbabit, Fong Swee Heng, 48, namun tersasar dan mengenai cermin hadapan sebuah kereta yang diletakkan di hadapan kedai yang mana terdapat dua kanak-kanak berusia 9 dan 6 tahun di dalamnya.

Dua penjenayah berkenaan yang memakai baju hujan serba hitam dan bertopi keledar melarikan diri dengan sebuah motosikal sejurus melepaskan tembakan kepada pemilik kedai tersebut serta sempat melarikan sebahagian kecil loket dan subang emas. -SH

Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana menteri KDN sendiri yang membelanya - bahawa bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya.

Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah.

Sekali lagi ingin GB tegaskan, kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dah hati jahat, jadi apapun memang tetap buat benda-benda jahat. ingat ka jadi polis boleh ubah hati jadi lebih baik dan berdisiplin, rupanya sia-sia belaka....

Tanpa Nama berkata...

macam jaga lembu, curi lembu

Tanpa Nama berkata...

Mereka ini datang dari jabatan yang nak "bersihkan" Shahrizat Jalil.