22 Dis 2011

Pemuda Umno Guna Gangster Ugut Mahasiswa

Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam tindakan Pemuda Umno menggunakan gangster untuk mengugut ibu bapa Adam Adli di Pulau Pinang.

Pertubuhan itu mendakwa Umno turut membuat demonstrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendesak Adam dibuang pengajian.

SAMM kata pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin menyatakan solidariti bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memperjuangkan kebebasan akedemik.

“Kita secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun, siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa,” katanya.

SMS dan panggilan telefon

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, Adam diugut dalam media baru termasuk SMS dan panggilan telefon.

“Setelah berjumpa Adam, saya menasihatkan Adam membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, tunjuk perasaan mahasiswa pada Sabtu lalu adalah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini.

Katanya, jika Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk perasaan tersebut pasti tidak berlaku.

Katanya, kehadiran kumpulan lebih 400 mahasiswa selepas mereka menghantar memorandum di Suhakam selepas Timbalan Menteri

Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka. -FMT

7 ulasan:

ahlee berkata...

wah macam citer KL GANGSTER lak ya samseng lawan samseng

yes berkata...

ahlee,Kalau anda ibaratkan mereka ini samseng adakah saudara bersetuju mengibaratkan kebanyakan pemimpin masa kini sebagai lanun? dan saudara beserta ramai rakyat yg ada sebagai badut istana? ahlee, jangan senang senang nak panggil mahasiswa samseng. mereka memperjuangkan hak bersuara. walau pun saya setuju dg golongan yg pertama dan tak bersetuju dg golongan kedua tapi saya mempertahankan hak mereka untuk bersuara.

sumbu berkata...

Melayu sama melayu bergaduh sesama sendiri. Bangsa lain tepuk tangan gembira. Sama bahasa, sama bangsa, sama agama hanya berlainan fahaman politik.

Pergaduhan sesama bangsa bermula kerana amno tak puas hati bendera ketua mereka diturunkan.

Ada pula blogger popular lain balon pemuda yang turunkan bendera itu menambahkan lagi kepanasan isu.

Tanpa Nama berkata...

SALAM.... MELAYU SAMA MELAYU BERGADUH... BANGSA LAIN MEMANG MAHU KAN UMAT ISLAM BERPECAH BELAH... ITU TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN... DAJJAL DAH KELUAR DI BUMI INI... BERTAUBATLAH WAHAI MANUSIA YANG MASIH RASA BANGGA MENGAKUI ISLAM SEBAGAI AGAMA NYA....

Tanpa Nama berkata...

Dah wujud samseng UMNO.

Tanpa Nama berkata...

bila melayu berdemo kata gaduh sama sendiri...bila bukan melayu berdemo dikata tidak sedar diri

Tanpa Nama berkata...

Jangan pandai cakap "Melayu sama Melayu".Jangan jadi pencacai UMNO.Islam tak suka malah melarang asobiah.Yang asyik sebut "Melayu" ni adalah puak UMNO dalam pada itu depa yang "makan" Melayu.Apa yang berlaku diMesir,nak kata apa? Arab lawan Arab.Bagai mana diLibya pulak Arab lawan Arab? Melayu tu tak penting,yang penting Islam,Keadilan,Tiada Rasuah,tiada kezaliman,tiada salahguna kuasa,tiada kayakan keluarga dan kroni dan kekayaan negara untuk semua.Melayu kalau macam Melayu-UMNO satu sen pun tak ada guna.