22 Dis 2011

Antara Turunkan Bendera Najib Dan Kencing Gambar Pemimpin PR

Petaling Jaya: Tidak semena-mena nama seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli menjadi sebutan gara-gara tindakan beliau menurunkan bendera bergambar Najib di hadapan PWTC Ahad lalu.

Tindakan yang dilakukannya dalam demontrasi sekumpulan kira-kira 100 mahasiswa bagi mendesak Auku dimansuhkan itu akhirnya telah mengakibatkan tindakan balas keras oleh penyokong-penyokong Umno.

Selain hampir ditumbuk oleh seorang lelaki yang marah dengan tindakan itu, Ketua Wira Perkasa yang juga ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Armand Azha Abu Hanifah, turut mengancam untuk menampar dan meludah ke muka Adam Adli sekiranya beliau berpeluang bertemu mahasiswa terbabit.

Bagaimanapun, tindakan menurunkan bendera Najib tidaklah dapat menandingi perbuatan tiga penyokong BN yang kencing pada gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu kempen pilihan raya kecil tidak berapa lama dahulu.

Apatah lagi, ketika menurunkan bendera itu Adam dikatakan melakukannya dengan tertib serta hormat dan hanya mengambil masa kira-kira lima minit sahaja sebelum dinaikan semula.

Umumnya, selain dianggap sebagai ahli politik dalam PAS, Nik Aziz dan Hadi juga dianggap sebagai golongan ulama.

Penglima Ludah Umno

Semalam, mengulas dua kejadian tersebut, dalam satu entri blog amenoworld.blogspot telah mencabar Armand yang lebih popular di alam siber dengan gelaran Panglima Ludah Umno itu agar menjelaskan pendirian beliau mengenai isu ini.

Malah pengendali blog tersebut turut melontarkan cabarannya kepada blogger pro Umno, menteri-menteri Umno-BN termasuklah Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican.

“Benda yang sama ditujukan kepada blog BN dan Umno, menteri-menteri Umno dan BN termasuklah Reezal yang pong-pang dalam Utusan kelmarin, aku ingin sangat melihat apa pendirian kamu dalam isu ini,” tulisnya.

Tindakan Adam menurunkan bendera pemimpin Umno di bangunan ibu pejabat mereka dianggap sebagai satu penghinaan terhadap parti itu.

Dalam peperangan, menurunkan bendera lawan dan menggantikan dengan bendera lain memberi maksud kawasan tersebut telah berjaya ditawan oleh lawan.

Dalam pilihan raya di negara ini, BN juga dikatakan sering memberi upah yang tinggi kepada pihak yang sanggup menaikkan poster BN di kawasan bilik gerakan parti lawan dalam memberikan mesej kekuatan BN sekaligus satu penghinaan kepada lawan mereka. -FMT





9 ulasan:

yes berkata...

Menurunkan bendera tu perbuatan manusia, kencing pada gambar tu perbuatan lembu. Jangan kita samakan.

Tanpa Nama berkata...

base x reti base..kure aja pulop tu..

sokong adam berkata...

tp kan, lebu kencing mcm tu ker? bukan ker a*j**g ker yg kencing bersepah cenggitu...hehe..
gurau2 ptg hari..xtuju kat sape2..sape mkn cili die yg rasa pedas..an??an?? hehe

batu pelangi/BZ berkata...

Aku sokong tindakan ADAM ADLI.
Suruh ARMAND mai ludah muka aku!!!
Kalau setakat PERKASAM ini aku tak
akan berganjak!!!!

Tanpa Nama berkata...

SEmoga buruk konek dia.

Tanpa Nama berkata...

Salam GB dan semua,

Dulu kita kerap terlihat anjing kencingkan tayar-kereta, pokok dan terkadang2 dinding bangunan. Tetapi sekarang ni dah macam tak ada lagi. Mungkin anjing-anjing sekarang dah diberi makanan berhasiat dalam tin. Kalau ada pun yang kencing macam tu mungkin dari kumpulan anjing kurap yang tidak bertuan. Jumlah anjing kurap pun hampir nak pupus.

Sayang ada anak muda didikan UMNO sekarang yang dah berperangai lagu tu. Ambil alih kencing di tempat terbuka. Agak-agak apa jenis makanan dan minuman yang mereka tibai tiap hari. Tapi aku gerenti kalau babi mereka tetap tak makan. Tengoklah muka tiga orang tu .... selamba sahaja.

Benarkah mereka ini orang UMNO ?, Kalau iya aku harap tak ramai pemudanya yang macam tu. Mereka tu bukan apa, saja nak MALUkan PM Najib dan anak Yatim sahaja. Tengok saja lambang kat baju tu. KJ! tolonglah buat sesuatu, kamu tak malu sama ke?. Ingat pemuda harapan bangsa!. Jangan main2 nanti bengkak benda tu baru kau tahu.

Tanpa Nama berkata...

Anjing jantan kalau nak kencing akan mengangkat sebelah kaki. Gaya mereka ini gaya babi.

Tanpa Nama berkata...

utk B arua N negara minta AGONG mulai
skrg tidak perlu Bubar parlimen dn pilihanraya...biar menongkat langit hgga kiamat...krna takut KALAH,tidak ada demokrasi.memeperkudakan segala penguatkuasa spr,sprm,polis,hakim,dn
agensi kjaan,media melaksanakan akta rimba,rasuah dipelihara dan terus diamalkn,undang-undang yg berat sebelah-JADI boleh dendangkan lagu DUULU KINI DAN SELAMAHYA BOLEH PERENTAH NEGARA INI,HANYA ALLAH MAHAA KEKAL

Tanpa Nama berkata...

nampak bebeno ler jahilnyer.... Allah da bagi akal utk pk mana baik dan buruk....yg buruk jg ko nk ikut... tobat2 le teman!!! kat dunia ni bley la ko wat perangai...kat akhirat sok ko tau la golongan mcm ko ni duk kat mane...time tu le ko nk nyesal??? hadooiii... Hidayat2... Astaghfirullah....