Hasan Ali tak kisah jika digugur
KUALA LUMPUR, 22 Dis — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata, beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”
“Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 malam tadi.
Ia merupakan temu bual pertama bersama stesen televisyen milik Umno itu sejak beliau mengecam PAS secara terbuka sejak kebelakangan ini.
Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Hasan sudah mula mengisytiharkan perang ke atas partinya apabila mula mempersoalkan keputusan dan dasar parti.
Menyentuh mengenai PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus.
Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti.
Ini adalah kerana golongan ulama dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya dipetik Bernama Online.
Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja. -TMI
Ulasan GB
Jika demikian kenyataan Hassan Ali, maka mudah untuk kita faham mengapa beliau bertindak mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyerang PAS dan kepimpinannya.
Sememangnya beliau menunggu dirinya dipecat. Enggan keluar secara sukarela kerana terikat dengan bai'ah.
Dan Zulkifli Noordin difahami menjadi "broker" untuk Hassan Ali mengambil sikap sedemikian.
Hassan Ali telah lama menjadi "duri dalam daging" bagi PAS.
Justeru, jika PKR telah tegas memecat Zulkifli Noordin sebelum ini, PAS juga perlu tegas juga memecat Hassan Ali.
KUALA LUMPUR, 22 Dis — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata, beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”
“Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 malam tadi.
Ia merupakan temu bual pertama bersama stesen televisyen milik Umno itu sejak beliau mengecam PAS secara terbuka sejak kebelakangan ini.
Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Hasan sudah mula mengisytiharkan perang ke atas partinya apabila mula mempersoalkan keputusan dan dasar parti.
Menyentuh mengenai PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus.
Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti.
Ini adalah kerana golongan ulama dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya dipetik Bernama Online.
Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja. -TMI
Hasan akui ada persamaan dengan Zul Noordin
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Datuk Dr Hasan Ali mengakui beliau ada perbincangan dengan Zulkifli Noordin dan mengakui ada persamaan antara mereka berdua.
"Ada tempat-tempat bersama, keseirasan ada tapi dari segi detail tidak perlu diulas, secara besar memang ada persamaan.
"Apa pun kalau perjuangan itu sama, maknanya ada nada, suara dan tempo yang sama, tidak fikir ada masalah untuk berbincang," kata Hasan Ali dalam Bual Bicara dengan Datuk Ahmad Talib, TV3 malam tadi.
Zulkifli adalah anggota Parlimen PKR Kulim Bandar dan telah meninggal parti menjadi anggota Bebas.
Beliau kini menjadi peluru utama Umno untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat.
Dalam sidang media sebelum ini, Hasan mempertikai konsep Negara Berkebajikan yang dikemukakan Presiden PAS dalam muktamar PAS yang lalu dan kini bakal menjadi panduan utama PAS.
Ekoran itu, beliau diserang oleh pemimpin PAS di samping Pemuda dan Muslimat.
Hasan dalam wawancara kali ini mempertikaikan komposisi kepimpinan PAS yang dikatakan lebih ramai profesional dari ulama tanpa menyebut badan tertinggi PAS adalah Majlis Syura Ulama yang semua anggotanya adalah ulamak.
"Dulu majoriti pemimpin PAS adalah ulamak, sekarang majoritinya orang profesional, keadaan ini boleh mengubah parti, ulama tidak akan membawa PAS lari dari perjuangan dibanding dengan profesional, ada perubahan (shift), sebahagian ahli parti mahu PAS sama seperti 20 ,30 dan 50 tahun dulu," katanya.
Bagi beliau, punca-punca yang menyebabkan anjakan berlaku dalam PAS, logiknya adalah orang nak kemenangan dan hanya boleh dicapai melalui bergabung. -HD
Ulasan GB
Jika demikian kenyataan Hassan Ali, maka mudah untuk kita faham mengapa beliau bertindak mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyerang PAS dan kepimpinannya.
Sememangnya beliau menunggu dirinya dipecat. Enggan keluar secara sukarela kerana terikat dengan bai'ah.
Dan Zulkifli Noordin difahami menjadi "broker" untuk Hassan Ali mengambil sikap sedemikian.
Hassan Ali telah lama menjadi "duri dalam daging" bagi PAS.
Justeru, jika PKR telah tegas memecat Zulkifli Noordin sebelum ini, PAS juga perlu tegas juga memecat Hassan Ali.
26 ulasan:
JUST KICK THE FELLA OUT
end of story
pehal pimpinan Pas takut/susah/cuak sangat nak tendang pokcik ni kuar??
makin lama makin kuat sangat dia jadi racun berbisa dalam Pas khasnya, dan PR amnya
kot ada ke hikmah simpan dia lagi dalam Pas?.....
habis kalau tak kisah, kenapa bising2 dlm TV, melenting semacam aja... konon pas dah lari dr perjuangan asal.
apa perjuangan asal pas? tahu ke dia, sbb dia pun baru saja masuk pas, konon lebih tahu drp org2 yg seniour, pirah perasan.
yang sama zul kulum ngan asan ali ialah sama-sama banyak utang & guna agama utk mendapat sokongan.
Lebih elok biarkanlah Hasan Ali reput dalam PAS - jadikan dia kera sumbang didalam parti.
Kalau dah nak keluar tu buat la cara nak keluar jangan cari alasan lagi, Ana dari dulu lagi tk suka stail si anak ali ni kalau bercakap berdegar-degar akulah yang hebat
HAJAT DI HATI NAK 'M' TEMPAT MB SELANGOR...PERANGAI TAK SEMENGAH..JGN MIMPI LA......APA YG HASSAN ALI BUAT MASA JADI YB KAWASANNYA....HAMPEH JER??
KENAPA LA PIHAK BERKUASA DLM PAS SUSAH SANGAT NAK BUANG AJER SI TUA KUTUK NIE....DIA BEKERJA PUN KERANA NAK PULUS...PECAT JER...HABIS CITER.
setuju dengan alhusseyn, jangan pecat dia. Lebih baik sejuk bekukan dia dalam parti.
Abu Adam
Hei hassan ali ko pegi sambung balik jual propolis dan kuali periuk masa opis ko kat bangsar tu.
Jangan pecat dia. Simpan jer dlm peti ais. Sejukbekukan dia.
Apa yang tak faham dengan Hasan Ali nie asyik pertikai dulu PAS di bawah Ulamak n Jadi porak peranda kemasukan golongan profesional. . yang dia tu sapa ulamak ker profesional huhuhu terlupa kot sebab dia pegang exco agama so terasa jadi ulamak huhuhu
Bila perasan diri sendiri hebat...begini lah jadinya...Tak payah pecat Hassan Ali...Biarkan dia jadi kain burukk...boleh juga buat lap kaki...Kalau dipecat nanti dia akan jadi Hero UMNO...
Aku sebagai orang sri gombak, dah lame dah nyampah ngan tua kutuk nie..dah byk kali dah geng-geng kitorang sound bebudak pemuda gombak berkenaan hal si tue kutuk nie... tapi depa tak pecaya.. laa nih takkan masih tak pecaya lagik perangai mangkuk nie??
Sudah-sudah la tu tue kutuk... nyampah dah aku tgk muke ko!
ManPokken
Baik biar dia kesaorangan dalam PAS aehingga PRU-13. Jika dipecat maka bertambah galaklah beliar menghentam PAS/PR dari luar.
Biarkan...biarkan...
pas tak perlu bekuseujukkan hassan. itu menginayai namanya. cuma biarkan dulu. biarkan dia luahkan apa yang tersurat dalam kalbunya, itulah warna sebebar hassan ali.
kepetahannya bercakap (almaklum, pakar motivasi) beralaskan ayat2 al-qur'an serta hadis nabi, mempertahankan kepimpinan ulama dan menuduh golongan profesional dalam pas telah merubah perjuangan pas, amat mudah ditelah bulat2 oleh orang2 muda pas. mempertahan kepimpinan ulama merupakan candu kegemaran dewan2 pemuda pas, maka mudahlah bagi hassan 'mendakwahkan' mereka. baginya, hanya jenis profesional macam dia sahajalha yang layak memenuhi pas!
semua tahu hassan kini mengigau yang amat sangat, igauan yang boleh membelit tengkoknya. untuk melepaskan belitan dari rantai yang mengikatnya inilah menyebabkan dia merapu. nilai pakar motivasinya sudah menurun. rantai ikatan hanya mapu diburaikan dengan dia dipecat dari pas. jadi apa perlu ikut paluan gendangnya. pas boleh nasihatkan beliau supaya bersabar. rantai itu akan terburai dengan sendiri apabaila dun dibubarkan dia tidak lagi dicalonkan. ia semudah itu. cuma diharapkan hassan tidak perlu mendapat rawatan dari pakar psikologi menunggu dun dibubarkan!
wallahu'alam
apa yang aku fikir tak sama dengan korang fikir....eloklah bang hasan berundur cara terhormat, dulu jasa nya pun ada kita tak pula melupakan jasa beliau tapi sekarang senjata dah nak makan tuan makna nya nak membunuh tuan lebih baiklah kita "bunuh" dia dulu....
Org tua ni tak penah hadir usrah kot? Dlm hirarki PAS yg paling tinggi Majlis Syura Ulama. Klau presiden profesional skali pon, yg menentukan hala tuju PAS adlh majlis syura ulama, mursidul am dah tentu ulama. Apa yg kata lari dari landasan. Yg lari tu dia.. Aku yg dah lama duk dlm PAS pon tak bising2,ni kan plak yg baru brapa taon masuk PAS. Tpi ada betul jgk, klau boleh jgn pecat dia.. biar dia blah sendiri..
Kepada ahli2 PAS, lain kali jgn terus nak calon kan apa2 jawatan penting kepada org yg baru sertai PAS.
Rasanya tak perlulah Hassan Ali ni dipecat, sebab kalau pecat nanti saham dia naik. Orang akan kata PAS anti Islam, Melayu dan Raja pulak.
Dato Hassan bukan main lagi kuar tv3suku dgn dressup tie merah, tuala kocek merah...mcm dah ngidam jwtn menteri dlm kerajaan umno...pasni menteri agama kerajaan yg skarang ni stanby jelah angkat kaki...
Dari banyak komen diatas,satu kaedah yang baik jika manusia ni dibiarkan begitu aje.Tak usah layan dia dan tak usah nak pecat dia - biar aje dia begitu,hingga mati meragan.Kalau dia dah tak pegang apa-apa jawatan UMNO pun tak akan minat lagi dengan dia.Buat apa nak pikul biawak hidup.
Jangan layan dia lagi habis cerita.
pak asan ini dok cari pasal supaya pas pecat dia dimasa itu pak asan akan kata pas memang sudah tidak reliven lagi kerana sudah tergelincir dari perjuangan asal oleh itu saya tak sanggup bersekongkol dengan pas lebih baik saya bersekongkol dengan umno yg terang2 tidak mahu laksana hukum islam sekurangnya2 saya ada peluang untok dapat projek atau boleh jadi macam nakhaie.
untuk sertai program motivasi yang mamat ni anjur khabarnya kena sediakan rm450. ada kawan bagi tau tun dr mahathir penah tegur pekara ni. mamat ni dengan angkuh kata, "ikut suka sayalah". tun mahathir pun diam.
Lagi banyak dia bercakap lagi banyak kesilapan akandia lakukan. Daripada buang masa layan org tua banyak hutang ni lebih baik hangpa korek lagi mana MP yg kebas duit. Banyak lg benda lain yg boleh di buka supaya rakyat tau. Takat Hasan Ali tu toksahlah risau. Takdak apa pun...biarkan dia melalak sorang-sorang.
Inilah kejayaan UMNO...
Cerita mami lembu nampak mcm dah tutup buku je.
Hasan mesti faham dalam keadaan sekarang hanya ada dua posisi yang di ambil oleh individu yang bermain politik; iaitu duduk di sana atau duduk di sini. Politik hari ini memerlukan pendirian yang jelas kerana bagi pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan kepimpinan negara, mereka tidak mahu berketuakan mereka yang tidak di sini dan tidak di sana.
Bagi pihak yang menentang arus mereka mahu melihat pemimpin yang jelas mahu melihat pimpinan hari ini di ambil alih oleh pihak alternatif. Sebaliknya bagi mereka yang mahu mempertahankan pimpinan yang ada mereka perlu jelas duduk di sebelah pihak yang mempertahankan pimpinan itu dengan jelas dan nyata. Mereka yang cuba bermain politik mengikut jalan tengah pada masa ini pasti akan menghadapi masalah besar.
Alasan Hasan kenapa beliau tidak begitu sejalan dengan PAS ialah kerana PAS sudah jauh menyimpang dari perjuangan Islam kerana telah menumpukan perjuangan untuk negara berkebajikan. Dalam persoalan ini Hasan patut menjawab jika benar beliau sudah di lamar oleh Umno, adakah alasan yang di sebut beliau itu relevan?
Jika Hasan menyertai Umno adakah beliau benar-benar percaya yang Umno itu adalah parti Islam yang di cari-cari oleh Hasan? Soalan kepada Hasan lagi, adakah perjuangan untuk negara berkebajikan itu bukannya perjuangan Islam?
Sebenarnya Hasan Ali adalah seorang yang sangat tinggi cita-citanya. Beliau pun menilai dirinya begitu penting yang mempunyai “consequence” yang begitu besar dalam negara ini.
Jika seseorang yang memeriksa kertas peperiksaan sendiri selalunya markahnya akan menjadi tinggi. Itu lah sebabnya jika kita menduduki peperiksaan kertas jawapan peperiksaan yang kita duduki itu diperiksa oleh pihak lain yang mempunyai kredibiliti dan ilmu yang lebih tinggi dari kita yang menduduki peperiksaan itu.
Hasan Ali pada pandangan saya yang tidak pun ahli kepada PAS, elok beliau lakukan sesuatu yang baik untuk dirinya, kerana sekarang ini nampaknya beliau “datang tak dipanggil, perginya pun tak di halau”
Kalau semasa datang ke PAS dahulu nampak mukanya, sekarang jika beliau meninggalkan PAS, biarlah nampak belakangnya
Kalau dia ada pun nampak macam tak ada. Kalau dia tak ada pun dah memang tak pernah ada.
Ada ke..tak ada ke, memang tak ada apa-apa
aaaah...ptuih...ptuih...fuuuuuuh (ambik ko)
dulu aku ada dgr ceramah dia.. ape dia kata kalau saya msk umno maka terjatuh lah talak keatas isteri saya.. tu yg dia hentam pas dari dalam tu.. satu je kelemahan dia ni dari terus melalak.. jumpa dato ismail kamus ambil komen ttg dia ni pas tu siarkan..
Catat Ulasan