21 Dis 2011

Masih Tiada Tindakan Sekalipun Hassan Ali Isytihar Perang Ke Atas Parti?

Mahfuz anggap Hasan isytihar perang terhadap PAS

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu.

Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang.

azlankatanya, jika Hasan mempersoalkan konsep itu sekarang, ia nampak seperti exco kerajaan Selangor itu mengisytiharkan perang terhadap PAS kerana adalah tidak wajar untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat dalam muktamar.

Mahfuz bertanya sama ada apa yang PAS lakukan salah kerana Islam juga menganjurkan konsep negara kebajikan.

Mahfuz, bagaimanapun, tidak menggesa Hasan meninggalkan parti itu, tetapi berkata beliau (Hasan) boleh menentukan sendiri masa depannya dalam PAS.

Maka, katanya, adalah tidak perlu untuk beliau memberi apa-apa nasihat kerana Hasan yang merupakan seorang penceramah motivasi terkenal.

Tetapi, tambahnya, jika beliau dalam kedudukan Hasan, "saya akan angkat kaki". -mk

Kecaman Terbuka Hasan Ali, Tunggu Apa Lagi Baru Nak Bertindak?

MALAM ini, hari ini, waktu ini PAS terpaksa ‘membayar’ harga yang mahal kerana lambat mengambil tindakan ke atas Datuk Dr. Hasan Ali berhubung pelbagai tindakannya yang berlawanan dengan dasar parti tersebut dan Pakatan Rakyat secara amnya.

Tidak cukup dengan beberapa kenyataan terbuka kepada media sebelum ini yang mengkritik dasar dan kepimpinan PAS, Hasan Ali petang tadi mengadakan satu lagi sidang media di kediamannya dan membacakan kenyataan 3 mukasuratnya yang penuh dengan kecaman terhadap dasar PAS dan beberapa orang pemimpin kanannya.

Peluang terhidang ini terbukti tidak mungkin dilepaskan media-media pro UMNO seperti TV3 dan Utusan Malaysia. Malah, penulis dimaklumkan Utusan Malaysia telah menyediakan ruang penuh muka depan semata-mata bercakap tentang sidang media Hasan Ali petang tadi.

Penulis kurang peduli kalau Hasan Ali menggunakan kesempatan dalam sidang media tersebut untuk mempertahankan diri dari pelbagai tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebelum ini, antaranya menjadi talam dua muka kepada parti UMNO. Tapi penulis tidak boleh menerima bila Hasan Ali secara bersendirian mengisytiharkan PAS sudah tergelincir dari perjuangan asalnya kerana memperjuangkan Negara Berkebajikan daripada Negara Islam.

Setakat mana yang penulis difahamkan, Negara Kebajikan adalah tahap perjuangan baru PAS yang telah diputus dan dipersetujui di peringkat Muktamar parti Jun lepas. Justeru kenapa pula sekarang Hasan Ali berkata itu (Negara Kebajikan) adalah satu kesilapan dan kerananya PAS sudah tergelincir dari perjuangan asas?

Siapa Hasan Ali untuk mengatasi ketetapan muktamar dan jauh lebih penting, siapa Hasan Ali dibanding Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am untuk mengatakan PAS tergelincir dari perjuangan? Hasan Ali tidak layak untuk berkata demikian kerana dia bukan sebahagian daripada Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi PAS selepas Mursyidul Am dan Muktamar parti.

Hanya Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama pimpinannya yang mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada perjuangan PAS sudah tergelincir atau tidak dan mengambil tindakan yang sewajarnya, bukan Hasan Ali. Ini dijelaskan dalam fasal 7 dan 9 Perlembagaan PAS

Memperjuangkan negara Kebajikan, tidak langsung bermaksud menolak Islam. Melainkan hudud dan perkataan negara Islam itu sendiri, PAS bebas untuk memperjuangkan apa jua amalan Islam yang difikirkanya tidak wujud dalam sistem sekarang, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan nanti.

PKR dan DAP sebagai sebahagian dari komponen Pakatan Rakyat tidak akan menghalang dan kalau tidak salah penulis, perkara ini sudah berulang kali dijelaskan.

Itulah penulis katakan, bila laman ini mengambil ketetapan untuk mencadangkan penyingkiran Hasan Ali, ramai yang menganggap kami sebagai mengapi-apikan kedua pihak yang terlibat. Ini bukan masalah mengapikan sesiapa tapi penulis melihat sudut pandang yang lebih besar dan terbukti apa yang berlaku hari ini adalah kebimbangan yang penulis cuba elakkan sejak mula bercakap tentang hal ini.

Penulis pasti satu perkara, para pendukung UMNO sedang bersorak gembira melihat Hasan Ali sebagai seorang tokoh dalam PAS diberi ruang yang seluas-luasnya oleh media pro UMNO untuk memburukkan parti tersebut. Jasa PAS meletakkan Hasan Ali ke kedudukkannya sekarang sejak 11 tahun lepas, ibarat debu hama yang tidak memberi apa-apa makna.

Malam esok jam 11, sorakan mereka akan tambah bergema kerana Hasan Ali diperuntukkan slot khas oleh TV3 untuk ‘membongkarkan’ segala keburukan PAS kepada dunia dalam satu rancangan bual bicara. Dengan ’menjaja’ keburukan PAS kepada media pro UMNO ini, penulis tidak melihat maksud lain, selain Hasan Ali bersedia malah sudah pun mula membakar jambatan dengan PAS.

Menurut sumber penulis di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut, kepimpinan PAS pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam ini untuk membincangkan masalah Hasan Ali. Walaupun kelihatan agak terlewat tapi itu lebih baik dari tidak ada langsung, bak kata pepatah “Better Than Never”.

Walaupun menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS untuk menentukan kedudukkan Hasan Ali tapi demi kelangsungan PAS dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya, penulis mengharapkan satu keputusan dan satu keputusan sahaja – Hasan Ali disingkirkan terus dari PAS.

Period!! -suarapakatanrakyat



Muslimat PAS turut selar Hasan Ali

Dewan Muslimat menyelar tindakan bekas naib presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali ekoran tindakannya mempersoalkan ”Negara Berkebajikan” PAS serta menuduh parti itu terkeluar daripada landasan perjuangannya.

"Pendirian sebegini sesungguhnya adalah pendirian Umno yang senantiasa mahu memburukkan dan melemahkan PAS khususnya di mata orang Melayu," kata ketua penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi.

"Persoalan kami, apakah nawaitu Datuk Dr Hasan Ali ketika bercakap mengikut rentak musuh-musuh politik PAS?

NONE"Begitu juga bila beliau ”memainkan” isu 3R – Religion, Race and Royal (Agama, Bangsa Dan Raja) yang umum juga tahu ini adalah strategi dan senjata Umno untuk terus mendapatkan ”sokongan hayat” dari para simpatisan dan chauvanis Melayu?" katanya dalam satu kenyataan.

Aiman menegaskan bahawa Dewan Muslimat berpendirian bahawa ”mempertikaikan Negara Berkebajikan bermaksud juga mempertikaikan dan tidak menghormati presiden dan perwakilan Muktamar Tahunan PAS yang sebulat suara menerima ucapan dasar presiden.”

Katanya, Muslimat PAS menyifatkan tindakan terbaru Hassan melalui pendirian kenyataan medianya kelmarin, telah mempertikaikan sepenuhnya PAS, presiden, naib presiden, setiausaha agung dan perwakilan Muktamar Tahunan PAS 2011.

"Satu Malaysia telah menyaksikan tindakan ini kerana telahpun disiarkan oleh TV3 melalui slot Buletin Utama.

"Justeru, Dewan Muslimat menyarankan agar tindakan tatatertib yang tegas mesti diambil oleh PAS ke atas beliau agar tindakan seumpama ini tidak menjadi budaya dan ikutan," tambahnya.

Menurutnya, PAS wajar memperkasakan keperluan disiplin di dalam parti kerana PAS bukan sahaja dilihat sebagai parti politik biasa sifatnya tetapi juga sebagai sebuah gerakan Islam yang diterima di peringkat dunia - hatta dihormati kawan dan lawan.

"Ini juga yang kami fahami sejak muda remaja dalam asuhan dan tarbiyyah PAS. Ini kekuatan yang telah menghimpunkan generasi muda yang cintakan Islam untuk hadir berjuang dan memperjuangkan Islam bersama PAS," tambahnya.

Sehubungan itu, tegasnya, Dewan Muslimat menyeru kepada semua anggota gerakan Islam – PAS di semua peringkat baik ”Qiadah” (pimpinan) mahupun ”Jundiyyah” (pengikut/pelaksana) agar memahami dan menjiwai peruntukan dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Fasal 82 (1) (g).

"Dewan Muslimat juga menyelar percubaan dangkal dan nakal pihak-pihak tertentu yang berterusan memfitnah PAS dan kepimpinan PAS bahawa kononnya telah menjadi kuda tunggangan DAP dan seumpamanya.

"Sebenarnya, jika diteliti inilah nada dan ungkapan versi Umno kini. Malangnya kedapatan juga ”dilagukan” oleh segelintir pimpinan dan ahli PAS yang kami sifatkan berada dalam dua situasi - 1: Bijak tapi bermasalah; 2: Dungu dan gelap hati," tambahnya.

Sambil menegaskan bahawa PAS adalah parti paling ”senior” dalam lanskap politik Malaysia kini, Aman berkata: "Keanggotaan PAS pula adalah daripada pelbagai peringkat latarbelakang pendidikan, sosial dan usia.

"Pemimpin dan ahli boleh datang dan pergi tetapi Islam yang mendasari perjuangan PAS dan kekuatan ”infrastruktur organisasi” di dalam PAS itu insya-Allah semakin teguh dan utuh.

"Gagal memahami sejarah dan ”nilai-nilai” perjuangan PAS akan menatijahkan tindakan dan suara yang sumbang sekalipun individu itu galak melaungkan mereka mahu kembalikan PAS ke landasan asal kerana kononnya telah tersasar!

"Perangai seumpama ini telah kita lihat berulang kali dalam sejarah perjuangan PAS tetapi insya-Allah PAS semakin kuat kerana yang memelihara Gerakan Islam PAS ini sesungguhnya adalah Allah Azza Wajalla.

"Hakikat yang mesti kita semua sedari ialah Allah sedang merancang suatu yang lebih baik untuk PAS agar upaya merealisasikan Islam Rahmat Kepada Sekalian Alam. Dewan Muslimat berharap Pimpinan tertinggi akan mengambil langkah wajar seperti yang dicadangkan," katanya.

Muslimat PAS juga, tambahnya, menyeru semua anggota gerakan Islam PAS agar Fokus menghadapi PRU13, perkemaskan gerakan dan bersama-sama menuju ke Putrajaya.

"Insya-Allah, tanda-tanda Kemenangan semakin terserlah.

"Buat anak-anak muda yang kami kasihi, contohi dan susuri strategi kemenangan Sultan Muhammad Al Fateh ketika menawan Kota Constantinople, bukannya keliru dan dikelirukan oleh pemikiran dan pendirian Datuk Dr Mohd Hassan Ali!" tegasnya.


17 ulasan:

Pak Mat berkata...

Tak kan sama-sama pemimpin dalam saf kepimpinan ulamak pun nak perang jugak...sama-sama ulamak pun nak perang lain la kalau perang dengan bukan ulamak macam dulu-dulu.Aku lagi heran pasai apa Presiden dengan Timbalan Tak bunyi suara dalam hal ni... Kalau dulu-dulu depa la kepala dalam hal-hal macam ni, ada ka patut depa biaq dekat mahfus sorang2...Dah dekat PRU 13 ni aku rasa hanpa semua dah terperangkap dengan jerat amno bukan hasan Ali saja....

Tanpa Nama berkata...

Itulah pasai selalu sangat nak salahkan orang lain aja sepatutnya berani buat berani tanggung.

Tanpa Nama berkata...

Mahfuz bertanya sama ada apa yang PAS lakukan salah kerana Islam juga menganjurkan konsep negara kebajikan.

TIDAK SALAH, CUMA PAS BERUNDUR KEBELAKANG. DALAM ISLAM MEMANG ADA PERKARA BERKEBAJIKAN, TETAPI BERKEBAJIKAN HANYA SALAH SATU SEKTOR DARIPADA ISLAM SECARA KESELURUHAN. ITU LAH JAWAPAN KEPADA SOALAN DARI MAHFUZ YANG AGAK KEBODOH-BODOHAN...

bdkanyaq_takcukupgaram berkata...

depa yang berbalah ni cukup cerdik untuk tau apa kesan perbuatan depa,

itu yang menghairankan apa yang depa nak sebenaqnya

dari pemerhatian, Hasan Ali bukan jenis makan duit atau harta atau pangkat,

mungkin jenih "demi negara", "demi melayu", idealis,

tapi jangan la naif sangat,
dan kami yang memerhati pun tak naif sangat nak memahaminya

orang ikhlas dengan prinsip pun senang (memang akan) DIPERGUNAKAN jugak kalau terlalu naif

dah banyak kali jadi pun, semua orang tau benda ni


sekurang2nya jangan la menjual "senjata" kepada musuh dalam masa peperangan, itu bukanlah perbuatan yang bijak walau apa alasannya

depa semua bijaksana itu tak dinafikan

tapi apa yang depa nak capai tak tau la

wallahu a'lam

Tanpa Nama berkata...

Apakah HA(Hassan Ali)menghadapi masalah peribadi??? Berapa banyak umno sudah kasi sama dia supaya hentam PAS. Dekat2 PRU13 dia buat hal. Kenapa tak dari dulu lagi? Dia kasi bola tanggung pada umno. Kalau tak sebulu dengan perjuangan PAS tinggalkan saja PAS, join kumpulan bebas yang dianggotai malaun2 seperti Zul Nordin, Mohsin, Gobala,Osman Jailu dan yang ewaktu dengannya. Aku minta dengan baik kepada HA...berundurlah secara terhormat.

Tanpa Nama berkata...

strategi ka...atau sandiwara...?

Tanpa Nama berkata...

kesimpulannya HA gelojoh dan sombong, minta di pecat dr parti atau parti ikut ckp dia...

utk pengetahuan dia bukan ulama... dia tak layak berada dlm majlis syura ulama yg di ketua mursyidul am...

modus operandinya mcm zul 9/10... stand apa yg terbaik kat Malaysia utk #R yg di perjuangknnya? PAS adalah wadah terbaik.. Umno byk menghancurkan 3 R tersebut.. Perkasa pulak retorik lebih... lebih2 lg part agama.. hancur...

Tanpa Nama berkata...

Stlh meneliti kata2 HA dlm rcgn bual bicara, tiada istimewanya dia, hanya ckp2 yg mnguntungkan musuh dan BOASTING je lebey (bermegah2 dgn pncapaian2nya d sgor). Pecat shj org mcm ini..

Waris berkata...

Biarkan saja dia mampos sendiri. Killing him softly with his song. Akhirnya dia akan gone with the wind

sumbu berkata...

Menumpang pendapat Aduka taruna. Punca masalah ialah Presiden PAS iaitu Tuan Guru Hadi Awang. Nak kena buat lagi projek langgar hadi.

Tanpa Nama berkata...

Dalam jemaah suara ramai dipakai. Kalau Hasan Ali dan Nasha dah tak nak pakai suara ramai maka perlulah undur secara hormat.

Masa sibuk-sibuk kerajaan perpaduan (UG), Tok Guru Nik Aziz dah minta Nasha keluar parti PAS dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kata PAS undur ke belakang, tak payah ikut jemaah. Cari wadah lain untuk hang berjuang. Yang penting, berjuang. Kaedah, itu terpulang. Jangan hentam.

PAS tak terburu2 amek tindakan. Kalau GB jadi pemimpin parti, silap sikit nak amek tindakan segera, lagi hancuss.

Tanpa Nama berkata...

PECAT AJER HASSAN ALI......KERJA ASYIK NAK PULUS JER....

DAP DAH MANTAP...PKR DAH FULL SOKONGAN CINA....PAS PULA BUAT SPOIL.......PECAT SEGERA HASAN ALI....PECAT...PECAT DIA...AKU BENCI SIFAT BONGKAK DIA...PECAT LA DIA SEGERA......

Tanpa Nama berkata...

hasan ali ni nampak cam sombong, bongkak dan besar kepala, siapa dia nak bercakap pasal dasar PAS, dia pun baru aja masuk pas, dah lebey2. dia dpt jadi pemimpin dlm sekelip mata tu pun patut bersyukur sgt.

pemimpin2 dulu cam bang mat sabu, mahfuz, anak hj yusof rawa etc etc dah membesar dan bergelumang dgn perjuangan pas lama dah, tak ada komplen2.. biasa jadi pengikut bawahan, biasa tak ada jwt apa2 pun, biasa kena marah kena kutuk, tak ada pun dia org melenting!

SIAPA HASAN ALI ni??? baru aja masuk pas dah besar kepala, mlm tadi dlm rancangan apa tah dlm TV RTM, dia kata majoriti pengikut pas berfikiran macam dia... eh eh.. jgn cakap sembarangan, kami pengikut/penyokong dan ahli bawahan ini tetap sayang dan setia dgn pas, tak ada nak komplen2 pun.. jgn engkau sorang yg sakit hati nak babitkan kami.

cakap dgn dia 'boleh jalan'. ada dia menyusahkan dan merosakkan parti aja.

Tanpa Nama berkata...

PECAT AJE HASSAN ALI...JGN SAMPAI AKU LUDAH MUKANYA NANTI BILA BERSEMUKA. BILA DIA DAH DIPECAT...BIAR DIA MASUK UMNO...LAGI PUN HAJATNYA NAK JADI MB TAK TERCAPAI...BOLEH JALAN DAH!!!

azhari yari berkata...

hasan aliii jadi anak jantan yg punya maruah yg punya pegangan yg punya integriti... jgn jual maruah... bejuang walau ko tak ditempat yg ko nak

Tanpa Nama berkata...

Jangan kita dok bergaduh siapa betul siapa salah. Pihak satu lagi sedang menunggu masa yg sesuai melancarkan perang saraf atas keributan yg berlaku dalam PR. Lagu sama akan didendangkan mengenai ketidakharmonian@kesepakatan mentadbir di kalangan PR yg boleh menjadi 'U TURN ' kepada kembali menyokong BeeEnd.
Udah2 lah tu. Anggap saja ini ribut dlm cawan. Rapatkan saf dan teguhkan perjuangan...jangan lupa matlamat kita iaitu menguasai PUTRAJAYA. Ini semua cakap2 politik yg akan menguntungkan pihak lain. Kita tunggu jer tindakan drp pihak atasan PAS. Mereka mempunyai Majlis Syura yg akan membuat keputusan. Jangan kerana isu ini kita pula sibuk berdebat siapa betul siapa salah...
HIDUP PR...