Memadu kasih lepas ‘tekanan’ ambil SPM
MELAKA: Tidak sampai beberapa hari habis ‘memerah otak’ selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sepasang kekasih melepas tekanan dengan bermadu kasih di sebuah hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, semalam.
Remaja lelaki berasal dari Kuala Lumpur dan pasangannya dari Negeri Sembilan berusia 17 tahun itu sanggup ke negeri ini semata-mata untuk memadu asmara.
Pasangan itu ditahan ketika pemeriksaan mendapati mereka berkurung di dalam satu bilik hotel dalam operasi bersepadu disertai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Invest Melaka.
Mereka antara empat pasangan berusia di antara 23 dan 35 tahun yang dicekup dalam serbuan di dua hotel berasingan bermula jam 1 pagi, semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, pasangan itu dipercayai mendaftar masuk ke hotel itu beberapa jam sebelum serbuan dilakukan.
Katanya, mereka dipercayai bersiar-siar di sekitar bandar ini sebelum menyewa bilik berkenaan.
“Soal siasat mendapati pasangan itu masih di bawah umur dan baru selesai menduduki SPM,” katanya.
Operasi bersepadu selama tempoh empat jam itu bermula jam 1 pagi dengan membabitkan seramai 30 pegawai dan anggota daripada Jaim, MBMB dan Invest Melaka.
Antara lokasi yang diserbu adalah Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.
Rahimin berkata, dalam serbuan di hotel sama, pihaknya menahan dua warga Indonesia yang memberi alasan sebagai sepupu.
Bagaimanapun, katanya, alasan itu tidak masuk akal kerana kedua-duanya tetap bukan mahram dan ditahan untuk siasatan lanjut. -hm

4 ulasan:
kan Melaka ada sekolah/universiti utk pasangan2 mcm tu..... bangga la Ali Rustam.....
melaka lagi........
Melaka...terlalu banyak hiburan. Tahniah kepada JAIM. Lipatgandakan usaha mencegah
same la bodohnya org yg beri komen tax letak nama...bacul..
Catat Ulasan