12 Dis 2011

Karenah Birokrasi: Timbalan Menteri Selar Pentadbir UM Halang Debat

Saifuddin kecewa birokrasi, UM tak beri kebenaran anjur debat AUKU

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Datuk Saifuddin Abdullah duka cita kerana Universiti Malaya (UM) tidak memberi kelulusan mengadakan debat berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kelmarin, yang berakhir dengan kekecohan ketika pengurusan didakwa cuba menghentikan program itu.

Sambil menjelaskan siasatan menunjukkan debat itu sebenarnya tidak dibatalkan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, program tersebut telah cuba dihalang oleh pentadbir UM daripada diteruskan dan perundingan diadakan membabitkan mahasiswa dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

“Sebaik perundingan selesai, debat juga selesai. Bermakna, debat tidak batal.

Tapi saya dukacita dengan apa yang berlaku iaitu kelulusan tak diberi,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, sebenarnya mahasiswa ada memohon kebenaran Fakulti Undang-undang bagi menganjurkan forum berkenaan.

“Saya telah menghubungi kedua-dua pihak iaitu penganjur dan (Timbalan Naib Canselor) TNC HEP,” katanya.

“Tapi ada kurang komunikasi antara fakulti dan HEP. Bagi saya ini kerenah birokrasi yang tak patut berlaku,”
kata Saifuddin sambil menambah, “saya junjung peraturan, tapi pentadbir perlu guna budi bicara.”

“Patut memudahkan, bukan mengecewakan. Saya harap kerenah birokrasi begini ditamatkan,” katanya lagi.

Semalam, TNC HEP UM Datuk Rohana Yusuf memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya terpaksa campur tangan dengan meminta debat di Fakulti Undang-undang universiti berkenaan dihentikan kerana ia diadakan tanpa kebenaran.

Rohana berkata, pihaknya tidak bermaksud mahu menyekat kegiatan pelajar, tetapi seharusnya program berkenan diadakan menggunakan saluran yang betul.

“Mereka langsung tidak membuat permohonan untuk menganjurkan debat malam tadi, dekan Fakulti Undang-undang sendiri tidak tahu ada penganjuran program tersebut sedangkan ia dijalankan di dewan fakulti itu,”
jelasnya.

“Universiti tidak halang pelajar nak buat aktiviti, tetapi gunakan saluran yang betul, HEP hanya menjalankan tugas sahaja,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, penganjur seharusnya peka terhadap peraturan kampus, lebih-lebih lagi program debat turut melibatkan penyertaan orang luar, bukannya pelajar UM sahaja.

“Pihak keselamatan sendiri tidak diberitahu tentang penganjuran debat berkenaan sedangkan ia melibatkan orang luar UM,” tegasnya.

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) melahirkan kekecewaannya terhadap pentadbiran UM kerana program itu terpaksa dibatalkan ketika sedang berlangsung.

Setiausaha Agungnya Khairul Naim berasa terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan “special branch” ketika debat antara Ahmad Shukri Che’ Ab. Razab yang merupakan bekas aktivis Pro-Mahasiswa dan Syamsul Salleh iaitu bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sedang rancak berjalan pada pusingan kedua.

Menurut Khairul, beberapa pengawal keselamatan dan “special branch” telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya aktiviti berkenaan dihentikan dengan segera. -TMI


Mahasiswa Kecewa Birokrasi Melampau Pentadbiran Universiti

Kuala Lumpur, 11 Dis : Aksi Mahasiswa Peduli (AKsi) menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah kerana merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk mahasiswa diberikan autonomi.

Setiausaha Akhbar AKsi, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham menyatakan demikian sebagai respons terhadap pelbagai reaksi mengenai debat yang mereka anjurkan di Universiti Malaya, kelmarin.

Antaranya daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM, Prof Datuk Dr Rohana Yusuf yang meminta bahagian keselamatan untuk memberhentikannya kerana penganjur telah melanggar kesalahan universiti di atas sebab tidak meminta kebenaran daripada pihak HEP sendiri.

Tambahnya, tindakan itu tidak menunjukkan keprofesionalan beliau dan memalukan profesyen pensyarah serta ahli akademik umumnya.

Mengapa dua program sebelum itu lancar?

“Di atas paksi kebebasan berakademik, kata beliau sewajarnya pihak universiti menyambut baik program yang kami anjurkan kerana ia adalah untuk mematangkan konsep ilmiah dalam minda mahasiswa itu sendiri.

“Dan kami berasa hairan mengenai program forum yang dianjurkan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) sendiri pada dua hari sebelum debat ini berjalan, mengapa pihak universiti memberi kebenaran untuk dilaksanakannya?

“Adakah pihak universiti takut dengan memberi autoriti kepada panel-panel dalam forum itu?” soalnya.

Justeru, katanya AKsi berasa janggal terdapat sebuah universiti yang gah namanya pada suatu ketika dahulu, kini seakannya mahu mengekang mahasiswa dari terus bersuara dan melontarkan idea, malah dimomokkan dengan AUKU itu sendiri.

Pihaknya, kata beliau mendapat respons mengenai pembatalan tempat di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang UM selepas Speaker Corner di Masjid Ar-Rahman UM selepas solat Jumaat kira-kira jam 4 petang.

Walau bagaimanapun, katanya AKsi tetap meneruskannya di sebelah perpustakaan Fakulti Undang-undang yang kecil ruangnya dan kami begitu teruja dengan kehadiran kira-kira 300 orang mahasiswa serta mahasiswi walaupun program tersebut disabotaj sebegitu rupa.

Ternyata Datuk Saifuddin lebih terbuka

Lantaran dari provokasi itu, ujarnya Datuk Saifuddin Abdullah dalam laman twitternya berasa dukacita debat AUKU di UM terbatal ketika ia sedang dijalankan dan beliau akan menyiasatnya.

“AKsi menyambut baik kenyataan beliau itu kerana kami merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk mahasiswa diberikan autonomi,” ujarnya lagi.

Ini, katanya berbeza dengan TNC HEP UM yang mendidik mahasiswa dengan mengagungkan birokrasi yang rumit daripada konsep ilmiah itu sendiri lalu menghalang mahasiswa dan tidak meminta penjelasan daripada mahasiswa.

“Tujuan kami hanya satu iaitu perbincangan ilmiah serta mahukan percambahan idea daripada mahasiswa kepada mahasiswa sendiri dan sebab itulah kami menganjurkan debat kelmarin,” katanya.

Oleh sebab itu, ujarnya lagi AKsi seiring dengan pendirian BEBAS yang mahukan autonomi sepenuhnya kepada mahasiswa.

“Kami mahu mengingatkan tangan-tangan yang tidak sepatutnya agar tidak memandomkan minda mahasiswa sendiri dari terus matang dan mampu menilai serta menjadi agen perubahan sedangkan ‘anak kecil bermain api, terbakar hatinya yang suci’, begitu jugalah kami di pihak mahasiswa yang menginginkan perubahan,” ujarnya. – GZD


Ulasan GB

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin, siasatan menunjukkan debat itu sebenarnya tidak dibatalkan, program tersebut telah cuba dihalang oleh pentadbir UM daripada diteruskan dan perundingan diadakan membabitkan mahasiswa dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Kata beliau lagi, sebenarnya mahasiswa ada memohon kebenaran Fakulti Undang-undang bagi menganjurkan forum berkenaan.

“Saya telah menghubungi kedua-dua pihak iaitu penganjur dan (Timbalan Naib Canselor) TNC HEP,” katanya.

“Tapi ada kurang komunikasi antara fakulti dan HEP. Bagi saya ini kerenah birokrasi yang tak patut berlaku,”
kata Saifuddin sambil menambah, “saya junjung peraturan, tapi pentadbir perlu guna budi bicara.”

Dan sebelumnya TNC HEP UM Datuk Rohana Yusuf memberitahu bahawa pihaknya terpaksa campur tangan dengan meminta debat di Fakulti Undang-undang universiti berkenaan dihentikan kerana ia diadakan tanpa kebenaran.

Rohana berkata, pihaknya tidak bermaksud mahu menyekat kegiatan pelajar, tetapi seharusnya program berkenan diadakan menggunakan saluran yang betul.

“Mereka langsung tidak membuat permohonan untuk menganjurkan debat malam tadi, dekan Fakulti Undang-undang sendiri tidak tahu ada penganjuran program tersebut sedangkan ia dijalankan di dewan fakulti itu.”

Inilah akibat apabila jawatan pentadbir diisi oleh kalangan yang bebal, yang hanya memberi alasan ikut peraturan, tetapi tidak tahu menggunakan budibicara.

Semalam GB sudah katakan, gejala seperti ini amat malang bagi masadepan negara kerana ia akan hanya melahirkan pemimpin yang sama bebal seperti pentadbiur yang bebal itu.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





2 ulasan:

mahasitua MU berkata...

sdr......

perkara seperti ini tidak pernah terjadi dulunya dlm era pak ungku.....era 70an.....

sekarang MU sudah 'out class'......
fakulti undang undang pun mcm tak paham undang undang.........

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

lakonan saja, tahu sama tahu...