12 Dis 2011

Mengapa Utusan Sengaja Tonjolkan Isu Hassan Ali Mungkin Digugurkan?

Isu Hassan Ali: PAS Belum Putuskan Calon

SHAH ALAM, 11 DIS : Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak dakwaan media kononnya parti islam itu mengugurkan Exco Selangor, Hassan Ali daripda menjadi calon pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Abdul Hadi berkata pihaknya kini dalam perbincangan akhir menetapkan senarai calon untuk disenaraikan bertanding pada PRU yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Tarikh sebenar pilihanraya umum (PRU-13) belum diumukan, soal penetapan calon tidak timbul, jadi untuk mengetahui siapa yang tercalon kita tunggu pengumuman tarikh pilihanraya,"katanya.

Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Dokumen Negara Berkebajikan di ruang legar kompleks PKNS Shah Alam hari ini.

Hari ini akhbar Mingguan Malaysia melaporkan terdapat sumber-sumber yang mengesahkan bahawa Hassan Ali disingkirkan oleh Pas Selangor sekaligus pas Pusat merestui penguguran nama beliau untuk PRU akan datang.

Media arus perdana itu juga melaporkan PAS turut mengugurkan beberapa pemimpin PAS yang antaranya bekas Timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Mengulas lanjut perkara ini, Abdul Hadi bertegas apa yang dilaporkan itu bukan dari keputusan PAS tetapi hanya semata-mata dakwaan media milik Umno yang ketiadaan isu selain sengaja mahu memecah belahkan PAS dan gabungan Pakatan Rakyat.



Ulasan GB

Sebenarnya, isu yang diperbesarkan oleh Utusan Malaysia ialah untuk melihat sekaligus mendesak pimpinan PAS supaya mengekalkan Hassan Ali untuk bertanding.

Ini kerana sebelumnya, Utusan telah pun menyiarkan bahawa Hassan Ali diklatakan tokoh untuk menyatukan UMNO dan PAS, khususnya di Selangor.

Utusan mengangkat Hassan Ali dengan, sambil melabelkan Hasan sebagai seorang pejuang yang diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata hanya Hasan sahaja yang digeruni oleh kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh DAP. Ini kerana beliau mempunyai pengaruh yang luas di kalangan pengikut PAS dan penjawat-penjawat awam Melayu.

Justeru itu sepatutnya pemimpin-pemimpin PAS tidak terperangkap dengan sikap dan langkah Utusan yang sengaja menonjolkan isu Hassan Ali tersebut.

6 ulasan:

Mata Pedang berkata...

Pecah belah ni memang kerja lahanat Umno.

Strategi peperangan.

Berperang sampai ketitisan terakhir.

Harap ahli and pemimpin PAS tidak terperangkap.

Tanpa Nama berkata...

Hassan Ali nie...masuk UMNO pun lagi OK.....bukan boleh buat kerja utk rakyat pun....Harap PRU13 nie dia tak akan dicalon la...

Tanpa Nama berkata...

buat malu malaysia je kalau dinamakan utusan malaysia...sepatutnya dinamakan "Utusan Syaitan"...pecah belah,hasad dengki,fitnah ni semua bukan ajaran Islam, tp Syaitan laknattullah

Tanpa Nama berkata...

Utusan tu UMNO punya akhbar.Cerita Hassan Ali sengaja disiarkan untuk membela Hassan Ali agar jangan digugurkan jadi calun.Dalam pada itu nak pecah-belahkan ahli-ahli PAS dan memburukkan kepimpinan PAS.Ini semua kita kena tau dan faham.Sepatutnya,Presiden PAS,TGHH tak usah layan berita yang semacam tu.Jawab "No Comment" aje sudah cukup.

hussin berkata...

ni macam proses reverse psychology in the making. Jalan raja laut memang "segan" ngan hassan ali. utusan keluarkan dulu dongen ni, pastu jalan raja laut akan endorse pencalonan hassan ali untuk buktikan utusan memang pembohong, ha ha ha. gotcha!!! presiden can be doing the talking, but his trusted advisor will be doing the walking... see, how ug virus has infected jalan raja laut?

wallhu'alam

Tanpa Nama berkata...

UTUSAN TAK MAHU HASAN ALI DIGUGURKAN, NANTI SUSAH UMNO