12 Dis 2011

Ghapur Pula Belasah Shahrizat, Tak Mahu Terpalit Najis Lembunya

Projek lembu: Ghapur pula gesa Shahrizat letak jawatan

Seorang lagi pemimpin BN hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13.

“Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.

Ghapur diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai kanak-kanak kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai di Kg Pasir Putih, di Tawau.

Ditanya jika Shahrizat masih mendapat sokongan Pergerakan Wanita Umno, Ghapur berkata, "Ini bukan soal sokong-menyokong tetapi ini soal keseluruhan parti. Bila kita buat salah, kita mesti bertanggungjawab".

Menurut Ghapur di negara maju seperti Amerika Syarikat jika sesuatu isu atau skandal menimpa seseorang pemimpin, pemimpin yang terlibat akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

"Kita juga perlu tahu bahawa bukan pembangkang yang bongkar isu ini tetapi ia didedahkan oleh Ketua Audit Negara,” tambah Ghapur. - Bernama

Ulasan GB

Semakin ramai di dalam UMNO sendiri yang sedar dan mahu Shahrizat letak jawatan.

Yang tak mahu Shahrizat letak jawatan adalah mereka yang sudah terpalit dengan najis lembu NFC tersebut - melantung busuknya - dalam erti kata mereka mempunyai kepentingan dengan projek berkenaan.

Diantaranya termasuklah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar, Ketua pemuda, Khairy jamaluddin, bapa mertuanya yang juga bekas PM, Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Di JPM, Nazri Abdul Aziz dan Perdana Menteri sendiri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Yang anehnya orang bukan politik, Timbalan Ketua Polis Negara yang bernama Khalid Abu Bakar turut terbabit sama.

Bagi orang politik, kesemua yang terpalit dengan najis lembu NFC tersebut sudah pasti akan dihukum rakyat sewaktu pilihanraya nanti. Rakyat melihat mereka bukan saja sudah terpalit dengan najis lembu tetapi sudah pun berotak lembu, yang tak dapat nak dibetulkan semula menjadi manusia yang berakal sempurna.

Teruskan perjuangan anda mempertahankan Shahrizat dengan projek lembu yang telah menelan wang rakyat secara haram itu, anda bakal disembelih di dalam PRU nanti...... insyaAllah.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mengikut ulasan Ghapur maka ramailah yang patut letak jawatan bukan Sharizat saja.

Tanpa Nama berkata...

Tak kan nak letak jawatan.... biar same-same.. makan ramai-ramai.. takan kene sorang-sorang