Tarian tiang unsur seks
AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.
Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.
Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.
Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.
Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.
Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.
Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.
Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya. -kosmo

Jubah bayaran ke ranjang
KUALA LUMPUR: Pemakaian jubah berwarna kuning, biru dan keemasan kepada pelayan pelanggan (GRO) paling cantik dan menawan serta pandai menari seksi di tiang dengan berbikini menjadi tarikan terbaru pelanggan ke pusat hiburan di sekitar ibu kota.
Bagaimanapun, pelanggan perlu membayar RM1,000 sebelum berhak menyarungkan jubah itu kepada GRO yang turut ditabalkan sebagai ‘Queen of the Night’ dan sebagai balasan, GRO berkenaan menjadi milik pelanggan terbabit untuk dibawa ke ranjang.
Taktik terbaru itu terbongkar selepas sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat ( D7 ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu sebuah pusat hiburan haram di bangunan Menara PGRM di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, seramai 37 wanita tempatan serta seorang warga Vietnam dipercayai pelacur ditahan ketika sibuk melayan pelanggan masing-masing.
Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, semua yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun. -hm
5 ulasan:
Sebut saja KL.... apa yang tak ada, nak syurga ada nak neraka pun ada. Buat sahaja pilihan yang mana mahu.
Nak wang zakat pun boleh, bagitau aje nak beli lembu... gerenti lulus. Kalau tak ada iman pun kita masih ada AKAL, so fikir la yob !
camnni la hub hiburan malam utk menjana ekonomi negara yg bang jib nak tu..
Biasalaa kalau dah kerajaan tidak bertanggungjawab...rasuah sana sini...hari ni kena serbu..esok bg rasuah pd org tertentu..dan malam esok lusa buka semula..begitu laa seterusnya...
hari2 kluar dlm berita tp x solve pun...setakat nak cover la yg depa ada buat keja pegi terjah sana sini..tula kenapa dlm Islam ada HUDUD!!!Undang2 manusia bukan main diagung2kan, tp undang2 yg ALLAH tentukan xnak pakai..tp mengaku ISLAM..Undang2 manusia kena dipinda..tp undang2 ALLAH xde amendment..maksudnya perfect! manusia boleh buat ke bodo? ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!
JAWI buat apa? Sibuk karang khutbah ampu UMNO.Menteri WP buat apa? Sibuk cari cukong nak gadai tanah Melayu Kampong Baharu.Dato Bandar buat apa? Sibuk ampu menteri nak teruskan pegang jawatan Dato Bandar sampai mati.
Catat Ulasan