24 Dis 2011

Hassan Ali Minta Maaf Isu Negara Berkebajikan Tapi Terus Serang Mustafa Ali

Kritik Negara Berkebajikan: Hasan Ali mohon maaf

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengaku tersilap membuat kenyataan mengenai konsep ‘Negara Berkebajikan’ yang dipersetujui ahli parti dalam Muktamar PAS dan disahkan Majlis Syura Ulama’ Jun lalu.

Dr Hasan sebelum ini mengkritik PAS yang sudah lari daripada perjuangan asalnya iaitu membangunkan Negara Islam dan menganggap Negara Berkebajikan hanya konsep ‘biasa’ yang berjaya diamalkan oleh mana-mana negara maju termasuk di negara Eropah.

“Sebagai ahil PAS dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, saya mengaku terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan terhadap perkara itu.

“Dengan ini saya menarik balik komen saya mengenai ‘Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya mohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya dalam sidang media di rumahnya sini hari ini.

Nafi bertemu pemimpin Umno

Sementara itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau dan bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa bertemu dengan orang Umno di Hotel Le Meridien selepas solat terawih Ogos lalu.

Beliau menegaskan dirinya tidak pernah bertemu dengan mana pemimpin Umno sama ada peringkat bawahan, pertengahan mahu pun atasan pada tempat yang dinyatakan.

“Setahu saya yang ada ialah pertemuan yang sebahagiannya berulang kali di antara setiausaha agung dengan pemimpin tertinggi Umno.

“Bahkan terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini setakat yang sama maklum belum dapat diadakan,”
katanya sinis.

Katanya Mustafa sekali lagi terperangkap dengan prasangka buruk api fitnah sesama Muslim dan ahli jamaah.

“Sebagai setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam, tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dati mulut seorang setiausaha agung yang berwibawa,” katanya.

Unit risikan dan intipan

Beliau turut mempersoalkan sejak bila pejabat setiausaha agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung parti dan keperluannya dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan dalam parti.

Beliau sekali lagi menegaskan apa yang disebutkannya itu bukan pandangan peribadinya semata-mata, tetapi sebahagian ahli dan penyokong PAS selain anggota masyarakat lain.

“Mereka bersimpati dengan perjuangan PAS kerana melihat parti ini seolah-olah semakin tersasar daripada perjuangan asalnya.

“Ini mungkin disebabkan pendekatan akomodatif yang diambil PAS terhadap parti komponen demi bersama-sama mencapai hasrat menawan Putrajaya.

“Ramai yamg menyatakan kekhuatiran sikap ini akan dijadikan senjata oleh musuh politik PAS untuk menyerang PAS dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya. -FMT

The game is over, kata Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU, 24 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yakin, isu kekecohan yang berlaku dalam PAS sudah selesai.

"The game is over - permainan ini sudah selesai, bagi saya ia sudah selesai," kata Mustafa ketika memberikan ucapan dalam majlis makan malam di Markas PAS Kuala Terengganu, di sini malam tadi.

Mustafa mengulas kekecohan yang berlaku dalam PAS ekoran perang dalam media antara beberapa pemimpinnya.

Ia memuncak apabila Mustafa menyifatkan dua pemimpin Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa terperangkap dalam agenda musuh PAS iaitu Umno.

Menurut Mustafa, ia selesai melalui kenyataan beberapa pimpinan dan mesyuarat lajnah politik baru-baru ini.

"Dalam mesyuarat, saya tanya kepada semua yang terlibat dan masing-masing kata, apa yang mereka cakap lain, yang disiarkan media lain.

"Jadi jawapan saya dalam sidang media yang lalu harapnya yang terakhirlah," kata Mustafa.

Bagaimanapun, katanya, Dr Hasan akan membuat kenyataan hari ini dan dia akan melihat kenyataan itu samada untuk memberi respons atau tidak.

"Kalau dia (Dr Hassan) cabar suruh dedah, saya akan kajilah apa nak jawab," kata Mustafa.

Kes itu, katanya selesai dengan cara Presiden PAS memanggil tiga orang yang terlibat dalam kes ini termasuk Adun Hulu Klang yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib. -HD


Ulasan GB

Memang "UG" membawa petaka yang amat dasyat kepada parti sehingga porak-peranda jemaah parti.

Dan kebenaran itu kini dipertontonkan dimana kedua-dua mereka yang telibat di dalam gagasan itu kini berbalah sesama sendiri.

GB sudah menyatakan dari awal dulu bahawa konsep gagasan UG bakal membawa "fitnah besar" kepada parti dan kini ia menjadi bukti yang amat nyata.

Ketiadaan ketegasan di dalam parti terhadap isu Hassan Ali menjadikan 'biang" Hassan semakin menjadi-jadi, ulas GB sebelum ini.

Yang anehnya dahulu, di dalam kes Khalid Samad, Lembaga Disiplin mengambil keputusan untuk mengantung jawatan-jawatannya dalam parti yang sedang disandangnya ketika itu selama 6 bulan. Jawatan berkenaan adalah sebagai YDP kawasan Shah Alam dan sebagai ahli Lujnah Politik PAS Pusat.

8 ulasan:

Yong berkata...

Ada yang sangat sayang dengan Hassan Ali yob.

hussin berkata...

kita tunggu siapa lagi yang terlibat selain dari mustafa ali?

artikel terhebat abad ini dari presiden pas pulak tak mahu sebut nama (keluar ke tidak ni?)

kini 'pertemuan dalam gelap' sudah disahkan berlaku...

Allah memiliki caraNya sendiri untuk mendedahkan mereka2 yang khianat terhadap perjuangan parti. hanya rakyat paslah yang perlu bertindak untuk membersihkan parti dari elemen2 yang sedang didedahkan ini.

rakyat pas jangan jadi macam rakyat umno. presiden 'pecat' timbalan pun takpe. tahun 1987, umno split, apa semangat 46 tak cerita pasal kebejatan pemimpin umno. rakyat umno ok je. 1998, reformasi menggegarkan negara, apa keadilan tak cite pasal kebejatan pemimpin umno, rakyat umno ok je. dua kali Allah swt bagi petunjuk kepada rakyat umno, depa buat dak je.

hari ini lihat betapa sakitnya umno. apakah rakyat pas juga mahu pas ikut umno? tepuk dada tanya iman.

wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

pertelingkahan diantara hasan ali dan mustafa ali hanya lah mnguntungkan "UMNO perompak wang cukai rakyat" tindakan mereka merugikan PAS. oleh itu disarankan bahawa pemimpin PAS menyiasat tindak tanduk mereka. kepada Pemimpin PAS jangan bangga sangat.. kerana ahli PAS dan penyokong pas keluar wang saku sendiri untuk memperjuangkan Parti PAS dengan mengunakan duit sendiri dan derma untuk parti.
Jangan anggap kami penyokong dan ahli parti semuanya buta dan bodoh belaka kerana tidak dapat berfikir seperti "AHLI UMNO yang sentiasa di perbodohkan oleh pemimpin atasan UMNO".
satu ketika dahulu puak UG dalam PAS telah di pertikaikan dan telah diketahui kenapa MUSTAFA ALI tidak bersuara dan menjelaskan kedaan sebenar.
Diharap kedua mereka jangan tipu diri sendiri berjuanglah dengan IKHLAS.
HASAN ALI dan MUSTAFA ALI mempunyai ajenda tersembunyi untuk menghancurkan PAS...itulah jawapanya.

Waris berkata...

Penyangak tipu penyamun. Belum keluar lg cerita presiden yg lembab & flip flop. Presiden juga perlu ikhlas berjuang. Kalau rasa diri tak mampu utk capai tahap pemimpin yg hebat maka letaklah jawatan sebelum diletakkan jawatan secara paksa atau dgn cara yg mengaibkan. Nanti rosak seluruh institusi ulama.

Tanpa Nama berkata...

Hassim Samsudin - said.

Both of you (Hassan and Mustaffa) better shut up,the game is over.Is much better we think to strengthen the party, and to think how to diminish the name of UMNO in the Malaysian History foreever, ever and ever.

Tanpa Nama berkata...

Dato Hassan, jangan le keluar Pas. InsyaAllah, kami akan calonkan Dato utk lawan Najb di Pekan.

Tanpa Nama berkata...

saudara2 ingat x kes hukuman hasan ali n khalid samad dulu?

Khalid digantung, hassan diberi warning je..

laa ni, hassan, nasha, saari sungip. Saya rasa la yg kena gantung saari, yang kena amaran hassan n nasha.

oohh dunia dunia nk trbalik..

Tanpa Nama berkata...

Allah sudah memberikan petunjuk kepada ahli-ahli PAS kebenaran tentang UG. Tidak perlu siapa menafikan lagi. Akhirnya pemimpin yang terlibat dengan UG sendiri membuka pekung masing2.

Secara jujurnya kepada Dato' HA dan Dato' MA, eloklah Dato' berdiam diri tidak perlu cari publisiti media lagi lepas ini. Diamlah kerana apabila terbuka saja mulut Dato', memudaratkan parti semata-mata. Tak perlulah Dato' mempertahankan diri dan membuktikan Dato' setia pada parti, sayangkan perjuangan Islam, Melayu dan Sistem beraja. Siapa-siapa pun boleh melaungkan perjuangan itu sewenang-wenang. Yang penting tindakan Dato' berkiblatkan kepentingan diri, bukannya kepentingan jamaah.

Eloklah Dato' berdiam diri atau lebih baik angkat kaki.