Palembang - Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pelarian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka.
KECERIAAN kuartet 4x400m negara (dari kiri) Mohd. Yunus, Kannathasan, Schezuan dan Yuvaraaj yang memenangi pingat emas kelmarin direntap selepas dihantar pulang sebelum dapat mencium pingat emas yang mereka menangi.
Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan kelmarin.
Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya di- nikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian.
Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.
Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.
"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?
"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.
"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.
Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga. -kosmo

16 ulasan:
pegawai KOAM dan pemimpin kesatuan semua sudah tua-tua sudah tidak releven pada masa kini dan perlu lah di pencenkan,ini lah bahana nya jika kesatuan sekerja minta naik umur untuk pencen 60 tahun kerja dan otak sudah tidak berfungsi lagi,salah satu caranya ada lah kalahkan BN pada PRU 13 sebab jika masih BN lagi yang menang pasti datuk/nenek ini masih duduk di KOAM...fikir-fikir lah rakyat malaysia
tak patut, tak patut
Selagi gagak menguasai KOAM selagi itulah kemelut sukan balapan dan padang tak akan habis. Kalau nak selamat, buang dulu gagak, baru selamatkan kapal. Dah perangai gagak, suka makan najis.....
KOAM dipimpin oleh mereka yg gila kuasa bertahun tahun.Seharusnya MOM masuk campur dgn mengambil alih utk kepentingan athlete dan negara.Kita mempunyai ramai athlete yg berpotensi dari SUKMA tapi dimana mereka semua.Seharusnya tindakan drastik harus dilakukan segera demi masa depan athlete..
KOAM tu sama kes lembu sharizat. sama2 bangang!!!
Setuju....gagak2 tu perlu dibuang. Selagi mereka dlm kepimpinanan KOAM selagi tu tak ke mana.
Ini bukan kerana umor tp gila kuasa. Pernah hadir dlm mesyuarat mereka, mmg buang masa. Kena letak muka2 baru dan muda yg mempunyai visi dan pandangan jauh utk kecermelangan olahraga.
ooo...mmg patutpon... sbb diaorang g 1 minggu awal dam balik 1 mngu slps.. mananyer x abis budget. atlet g hari nak lumba jer lps t balik nanti ngabiskan borehhh jer... bingai tahap gaban
Macam mana nak membela nasib atlit olahraga ni kalau dah Presiden KOAM sibuk dkt kolam renang aja hari2... asik2 muka dia aja yg bagi pingat Presiden Persatuan Renang takda pun nak sibuk mcm dia
kalau aku jumpa pegawai koam ni aku kencingkan kepala dia.....bodoh tak habis2.....
patut kena pecat semua pegawai yg bertaraf amatur walaupun ianya kesatuan olahraga amatur...
nama kesatuan tk penting..tk yg menerajui kesatuan tu yg penting..professional...dan tidak bias...
Atlet yang bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam acara-acara sukan tak dilayan sebagai mana pegawai-pegawai yang begitu ramai mengiring kontijen.Rombongan besar,terlalu ramai kaki tompang semangkok.Ramai pegawai yang tak punya tugas sekadar jadi tukang sibuk aje.Peruntukan inilah yang wajar diberikan kepada para peserta bukan untuk pegawai-pegawai tukang sibuk.
KOAM mcm sial haram jadahhh...
Sapa dia presiden KOAM ni ye? Lucutkan jawatan dia tu. FAM pun sama, BUBAR! Lantik yang baru. Kasi segar sikit. Aku amat kesian apabila terbaca artikel ni. Duit rakyat diperhabiskan oleh diorang je bkn utk atlet.
Harap menteri yang jaga sukan ambil tindakan segera. Kejadian begini mungkin melemahkan semangat anak muda dalam bidang sukan.
lain kali buat balapan sebelah airfield. Habis lari dan menang, terus kejar flight. lagi jimat duit KOAM.
Pada KOAM, naik podium dan kumandang Negaraku soal nombor 2. Tarak percaya ka?
James Bangang
HABIS MADU SEPAH DIBUANG......DIMANAKAH PENILAIAN PEGAWAI-PEGAWAI SUKAN.......TENTANG ERTI PENGORBANAN..........
WAJARKAH PERKARA SEBEGINI BERLAKU......DAN TERUS BERLAKU......
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN....ATHELIT DIHANTAR PULANG..........1 MALAYSIA.............WEEEEEEEEEEEEEEKKKKKKKKKKKKKKK...
Catat Ulasan