16 Nov 2011

Jodoh Tok Imam 64 Tahun Dengan Gadis 26 Tahun

Tanah Merah: “Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi segala harta saya. Pada perkahwinan lalu, saya tidak memperoleh zuriat sebab itu saya membuat keputusan berkahwin lagi,” kata warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis berusia 26 tahun.

Perkahwinan Mat boleh diibaratkan seperti perkahwinan selebriti apabila dia bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Noor Mahayu Samsudin pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.

Mat yang juga Imam Masjid Mukim Bechah Laut, di sini, dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11, di sini, dan memberi hantaran berjumlah RM5,011 kepada isterinya.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai itu diadakan semalam dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung, diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.

Mat berkata, dia menjadi duda apabila isterinya meninggal dunia empat hari selepas Aidilfitri, Ogos lalu. -hm


SEPADAN... Mat dan Noor Mahayu mengenakan persalinan merah jambu
pada majlis resepsi mereka di Tanah Merah, semalam.



3 ulasan:

tanda soal berkata...

syukur, kahwin x salah... tapi masyarakat kita masih mengagung kebudayaan bukan islam 11.11.11... semoga menjadi seorang imam beriman ... serta mendapat zuriat untuk mewarisi harta di dunia & akhirat hendakNYA...

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah Ya Tuhan ku, TuHAN pemilik alam dan seisinya. Rezkikanlah juga AKU jodoh YANG seusia dan seumpama itu dengan ditambahkan sifat-sifat TAQWA yang menjadikan kami soleh dan solehah juga... Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Unknown berkata...

Dapatkanlah aku isteri yang muda dan cantik serta bertaqwa..