Seorang pengawal keselamatan beristeri dua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tiga tuduhan merogol anak kandungnya yang masih di bawah umur ketika berada di rumah mereka di Taman Tas dekat sini antara Oktober hingga 3 November lalu.
Tertuduh yang berusia 50 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas ketiga-tiga tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Gin Han di hadapan Hakim Fathiyah Idris itu.
Dalam kertas tuduhan itu, tertuduh didakwa merogol anak gadis hasil perkahwinannya dengan isteri kedua yang ketika itu baru berusia 15 tahun 9 bulan dalam sebuah bilik di rumah mereka kira-kira jam 10 pagi, 15 Oktober dan mengulanginya kira-kira jam 10 pagi, 26 Oktober lalu.
Manakala kira-kira jam 8.30 malam, 3 November lalu, tertuduh didapati mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa di lokasi sama.
Gara-gara perbuatannya itu, tertuduh ditahan polis 7 November lalu sebelum dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan bagi setiap tuduhan.
Perbuatan tertuduh itu adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat dan kebiasaan untuk mereka berkahwin.
Mengambil kira faktor keselamatan mangsa yang mungkin berdepan gangguan dan ancaman tertuduh sepanjang perbicaraan kelak, pihak pendakwaan menolak sebarang ikat jamin terhadap lelaki tersebut.
Bagaimanapun, peguamnya, Mohd Saifuldin Abdul Rahman merayu supaya tertuduh dibenarkan diikat jamin dengan alasan, anak guamnya tidak akan mengganggu, atau mengancam mangsa sepanjang tempoh tersebut.
Menurutnya, jika tertuduh mengingkari perintah itu, mangsa boleh membuat laporan polis.
Fathiyah bagaimanapun meragui jaminan tersebut malah berpendapat mangsa perlu dipisahkan daripada bapanya dan diletakkan di bawah penjagaan selamat atau diserahkan bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Menurutnya, beliau akan mempertimbangkan jaminan ke atas lelaki itu selepas berpuas hati dengan status keselamatan mangsa yang berada di bawah jagaan selamat.
Bagi tujuan itu, mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh sebutan bagi mendengar status penjagaan mangsa sebelum membenarkan atau menolak jaminan ke atas tertuduh.
Sementara itu, dalam mahkamah berasingan, tertuduh didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas kesalahan lampau menjaga premis mesin perjudian tanpa lesen di belakang pasar besar di sini kira-kira 11 tahun lalu.
Tertuduh yang ditahan polis ketika itu pernah didakwa mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Hiburan 1993 bagaimanapun kesnya dihentikan pada 11 Jun 2011 kerana kegagalannya hadir ke mahkamah.
Bagaimanapun kes tersebut disebutkan semula semalam selepas tertuduh berjaya ditahan polis atas kesalahan merogol anaknya. -SH

4 ulasan:
apa lagi.. hudud la h penyelesaiannya!
Salam GB..
Rogol ialah satu jenayah yang paling kejam dan hina disisi manusia dan tuhan, apa lagi merogol anak kandung sendiri yang masih di bawah jagaan bapa dan keluarga. Sepatutnya bapalah yang harusnya bertanggungjawab dan melindungi anak-anak, bukan merogol hanya untuk memuaskan nafsu syaitan yang lebih hina dari binatang.
Mereka yang memiliki naluri manusia dan minda yang waras di dunia mana sekali pun nescaya akan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan demikian samada mereka dikalangan muslim atau tidak.
Jelas dalam Al Quran menunjukkan zina atau rogol adalah haram disisi Islam..
mahu huduuuuuud!
harapkan pagar,pagar makan padi..aku bapa aku berkuasa..banyak institusi keluarga musnah kerana sikap lelaki yang tidak berakhlak.
Catat Ulasan