15 Nov 2011

[Video] Isu Feedlot: Shahrizat Perlu Letak Jawatan Dari Jadi Liabiliti Kepada UMNO & BN

Bung Moktar mahu Shahrizat letak jawatan

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

Bung Moktar membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Ahli parlimen Kinabatangan yang lantang itu, bagaimanapun tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Namun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang tadi, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar. -malaysiakini



Ulasan GB

Perkara yang salah akan tetap salah. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Walaupun perkara yang salah itu disokong oleh PM dan TPM.

Akan tetapi, tetap ada orang yang mendedahkan kebenaran itu sekalipun seluruh suara Pakatan Rakyat dinafikan sebelum ini.





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan sekadar letak jawatan, tetapi dakwa di mahkamah, jika terdapat penyelewengan wang awam. tidak ada seorang pun pemimpin umno yang bersih dari penyelewengan, sikap pemimpin parti syaitan memang begitu.

Tanpa Nama berkata...

Berbeza sungguh kenyataan MPBN ini jika dibandingkan denga Menteri BN. Lebih baik Menteri BN itu letak jawatan sekali.

Tanpa Nama berkata...

Jangan la buang mamiiii....hampa tolong laaa. Kalau mami kena buang, takkan mami nak balik penang berniaga nasi kandaq...huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

lebih baik lagi dia lakukan harakiri macam org jepun