15 Nov 2011

Gadis Diperkosa Rakan Sekolah Sendiri

Kuala Lumpur: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya menjadi mangsa rogol di dalam rumahnya sendiri ketika dia dan isteri sedang nyenyak tidur, kelmarin. Gambar hiasan.

Dia tidak menyangka remaja lelaki terbabit yang berusia 16 tahun yang juga rakan sekolah anaknya berusia 15 tahun sanggup menceroboh kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia sebelum memperkosa anaknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, bapa mangsa berusia 50-an terjaga daripada tidur sebelum keluar dari bilik untuk membuang air kecil.

Menurut sumber, bagaimanapun niatnya itu terbantut apabila mendapati pintu dan jeriji rumah terbuka menyebabkan dia mengesyaki ada pencuri menceroboh masuk.

“Risaukan keselamatan keluarga, dia bertindak berani memasang lampu untuk mencari pencuri terbabit dan ketika itulah dia melihat seorang remaja lelaki tiba-tiba melintas di depannya dan terus melarikan diri.

“Terkejut dengan tindakan pantas suspek yang datang dari arah bilik tidur anaknya, dia cuba tahan suspek namun gagal,” katanya.

Sumber berkata, dia berpatah balik dan terus ke bilik anaknya, terkejut apabila mendapati keadaannya tidak terurus dan sedang menangis.

Menurutnya, geram sebaik mendengar pengakuan mangsa dirogol rakan sekolah sendiri, dia ke Balai Polis Salak Selatan untuk membuat laporan. Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. -hm

Ulasan GB

Gejala rogol menjadi-jadi di kalangan pelajar sekolah. Apakah menteri akan kata jumlah kes adalah kecil berbanding dengan jumlah pelajar?


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

iyer ke rogol tu..mcm anak dia yg bukakan pintu je. dah kantoi report sebagai kes rogol sbb nak tutup malu.

siasat betul2.dgr dari pihak budak laki tu pulak.

Tanpa Nama berkata...

biasanya kes macam ni ialah bila tingkap bilik yang tidak berjeriji dibuka tgh malam.

Unknown berkata...

Menteri akan kata,kes terpencil...

TakSukeKakDjat berkata...

bawah umur = rogol
tak kisah le rela ke tak :P
ini kes bawah umur bukan kes belia mahupun org tua
Comment biar intelektual skit

Tanpa Nama berkata...

aku yakin rogol..mustahil bkn rogol..x kn bdk pompuan to nk nangis kalo bkln kne rogol,,ckp biar berakal sikit

Tanpa Nama berkata...

Nauzubillah..

Ya Allah, Kami berlindung dgn kalimah namaMu yang sempurna dari kejahatan apa2 yg diciptakan. Amin

Tanpa Nama berkata...

apa kata kita lepaskan perogol ni n kita g pakat2 tangkap alim ulama kita yg dok berbuih mulut beri ceramah kat masjid2....

ani berkata...

ada logik juga komen yg mengatakan budak tu mmg berkenalan dgn mamat tu.. tp agaknya sbb ppuan tu lurus bendul ingat laki tu baik sngt, tak sangka plak laki tu boleh rogol dia, tu yg die terkejut+nangis...dan mungkin time tu jugak dia menyesal.

kdg2 masalah terjadi disebabkan dtg dr diri kita juga.. Kalo budak ppuan tu baik dan jaga batas2, mungkin benda ni tak berlaku. mungkin dia terlebih baik dgn budak2 laki sekolahnya, tp ada lah sorang laki ni terlebih kuat nafsu smpai sanggup ceroboh rumah nk rogol ppuan tu...

Nauzubillah.

Tanpa Nama berkata...

Apasal susah sangat nk pikir, kalo rogol nape minah tu sengap je. Buleh ke rogol tak de bunyi, bab nangis tu biasala....dah kantoi.

tanda soal berkata...

ha ha ha.. ramai jugak peguam bela kat sini.. pikir pakai otak la.. jangan jadi bodoh & fasiq. bila sebut rogol, mesti ada pergelutan & selamatkan diri.. bukan senyap saja...

Tanpa Nama berkata...

skg ni byk kes rogol melibatkn org yg dikenali...