19 Okt 2011

Pendandan Rambut Dicekup Bersama Pasangan Di Dungun

Limbong – Tindakan dua sahabat membawa rakan lelaki menumpang tidur di rumah sewa membawa padah, apabila mereka dicekup pihak berkuasa ketika sedang tidur di rumahnya dekat sini. Gambar fail

Serbuan kira-kira jam 4.15 pagi oleh sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Syariah Dungun itu dilakukan sebaik menerima maklumat daripada orang awam mengatakan penyewa rumah tersebut, dipercayai membawa pulang seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan disyaki bukan mahramnya.

Bagaimanapun, sebaik pintu rumah yang berkunci diketuk pegawai penguat kuasa terbabit, teman lelaki kepada salah seorang perempuan yang difahamkan seorang pelatih di salun rambut itu dikatakan cuba menyembunyikan diri di dalam bilik tidur.

Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, didapati seorang remaja lelaki berusia 20-an berada dalam bilik tidur dan soal siasat mendapati mereka bukan muhrim ataupun ikatan suami isteri.

Lelaki terbabit dikatakan menumpang tidur di rumah sewa teman wanitanya sementara menunggu hari siang untuk pulang ke rumahnya di Dungun.

Ketiga-tiga suspek termasuk gadis berusia 18 dan 22 tahun itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan setelah diikat jamin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir negeri Terengganu 2001.

Kesemua yang terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Syariah Dungun pada 21 November depan. -SH

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

len kali tumpang tido kat masjid/surau jer kalo tertinggal bas terakhir.

harap2 pagar surau/masjid jgn lah dikunci, benarkan lah org2 yg memerlukan bermalam menumpang tidor di koridor berbuat demikian.

Tanpa Nama berkata...

dungun lagi..banyaknyerr kes kt sini or tmpt lain penguatkuasa xambil port sgt..

Tanpa Nama berkata...

jgn pulak pasni kata org ramai yg report tu jaga tepi kain pulak, diorang report pun demi kebaikan budak2 tu gak. yelah, bila dah lahir baby buang2, nak laksana hudud kang mula r melenting, pulak negara ni diperintah oleh kerajaan sekular anti islam. so yg paling kuat yg boleh dibuat ialah serbuan. klu tanak serbu2 camni, takde jalan lain lagi dah, hanya hudud yang tinggal.

Tanpa Nama berkata...

mohon GB baiki sedikit perkataan dari MUHRIM kepada MAHRAM. Muhrim beerti orang yang pakai Ihram. MAHRAM ialah mereka yang tidak boleh berkahwin. BUKAN MAHRAM = AJNABI. TQ.