19 Okt 2011

PAS Selangor Larang Ahli Sertai HIMPUN, Mujahid Pertikai Sikap Double Standard Polis

Badan Perhubungan PAS Selangor mengarahkan semua ahlinya tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan 22 Oktober ini, harakahdaily melaporkan.

Dalam SMS yang dihantar kepada Harakahdaily, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman memberitahu, arahan tersebut dikeluarkan berikutan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi yang memutuskan bahawa PAS tidak terbabit dalam Himpun.

"Presiden PAS telah menyatakan bahawa PAS tidak terlibat dalam Himpunan Sejuta Umat, oleh itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengarahkan semua ahli PAS di Selangor, agar tidak terlibat dalam himpunan tersebut," tegas beliau.

Tegas Khairuddin, arahan terebut dikeluarkan Pesuruhjaya PAS Selangor selaras dengan arahan yang diterima daripada Presiden PAS.

Dalam kenyataan Presiden PAS selepas mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat malam tadi menegaskan bahawa PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan parti politik.

Keputusan diambil PAS, dialu-alukan pemimpin Pakatan Rakyat di semua peringkat.

Sementara itu, Harakahdaily turut melaporkan bahawa Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.

Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.

Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.

“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.

Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.

Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini.

Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.

“Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain.

Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah.

Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain.

“Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil.

“Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu,”
katanya.

Ulasan GB

Sebelum ini pun GB sudah pertikaikan sikap double standard polis. Bagaimana mereka begitu keras menghlang pemberian permit kepada perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu di atas pelbagai alasan seperti keselamatan, kesesakan dan bermacam-macam lagi. Tetapi bahi HIMPUN, semua alasan sudah tidak ada lagi, terus dapat permit.

Kedua, kita pun hairan bagaimana gerombolan yang satu ketika menentang hukum Allah dilaksanakan tiba-tiba kini bergegak gempita nak berhimpun mempertahankan aqidah umat Islam?

Sedangkan perjuangan menegakkan hukum Allah itu sendiri adalah sebahagian dari impilikasi daripada aqidah?

Alangkah hipokritnya mereka!

2 ulasan:

hussein berkata...

Himpunan 1 juta - Presiden sudah buat kenyataan,semua wajar akur.
Himpunan 1 juta ini tidak akan mendatangkan sebarang faedah selain membuang masa dan tenaga sahaja.Disebalik himpunan ini ialah UMNO.Kalau himpunan ini sekadar hendak "show force",tetkala PAS mengemukakan hukum Hudud diParlimen dulu,UMNO ada majoriti 2/3 dan UMNO menggunakan "force" ini untuk menolak cadangan PAS.Baru-baru ini Najib sudah pun menyatakan Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan dinegara ini.Dulu,Mahathir Kutty yang menyekat Kelantan untuk melaksanakan Hudud.
Jadi apa faedahnya himpunan ini? Untuk Che Gu Azmi Hamid dari TERAS
harap faham pepatah Melayu: 10 jong masuk,anjing tetap bercawat ekor juga.Dalam situasi ini,10 juta berhimpun pun,UMNO tetap bercawat ekor juga.

Tanpa Nama berkata...

Badan Perhubungan PAS Selangor wajar pantau,muka mana dari PAS yang akan sertai himpunan ni.Ambil gambar,rakam dengan video - boleh muatkan dalam internet.