Sungai Siput (U) – Seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja sebagai pembantu kedai makan didakwa mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun. Gambar fail
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim berkata, pada 14 Oktober lalu, lelaki berumur 21 tahun itu menjemput seorang pelajar di hadapan sebuah sekolah di Pekan Sungai Siput.
Menurutnya, perbuatan remaja itu menunggang motosikal bersama lelaki warga asing tersebut disedari beberapa guru dan rakannya.
“Difahamkan pelajar berkenaan memang mengenali lelaki itu dan sudah berhubung melalui telefon pada malam sebelum kejadian.
“Mereka berjanji untuk bertemu di hadapan sekolah sebaik sahaja pelajar itu turun dari bas,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, kelmarin.
Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa yang berusia 48 tahun, lelaki berkenaan didakwa mencabul anaknya dan ada memaksa pelajar itu membuka seluar.
Jelasnya, menurut laporan, lelaki itu membawa pelajar berkenaan ke rumah sewanya di Taman kemiri dan anaknya memberitahu diraba di situ.
“Lelaki itu juga ada memaksa mangsa membuka seluar trek yang dipakai dan kebetulan pada hari kejadian terdapat aktiviti kokurikulum di sekolah.
“Pelajar itu menolak perbuatan lelaki tersebut dan warga asing berkenaan kemudiannya meninggalkan mangsa di belakang sebuah kafe siber di pekan Sungai Siput,” katanya.
Azman berkata ,kira-kira jam 10 pagi pada hari yang sama, suspek ditangkap orang awam apabila guru dan rakan mangsa menyampaikan maklumat mengenai tindakan pelajar itu kepada ibunya.
Katanya, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Sungai Siput untuk siasatan lanjut dan dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.
“Lelaki itu disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat jika sabit kesalahan.
“Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 yang dibayar majikannya dan lelaki itu memiliki Kad Pendatang Asing menerusi program pemutihan baru-baru ini,” katanya.
Ulasan GB
Murid sekolah yang masih mentah. Awasi perlakuan anak-anak kita, agar tidak ditmpa musibah kepada satu keluarga.

3 ulasan:
Jangan salahkan Mat Bangla sebab budak melayu sekarang memang gatal tak kira apa bangsa,boleh belaka,apa2 mat pun kira ok la..janji hilang gatal...
Bila kerajaan BN terus bagi permit impot pekerja asing tanpa sekatan inilah jadinya. Sebab yang dapat permit mengimpot pekerja asing jika diteliti satu persatu ternyata orang UMNO,MIC Aatau MCA. Inilah akibat bila surat sokongan Menteri dikepil semasa permohonan dibuat. Tanyalah pada diri kita sampai bila nasib Melayu akan terbela jika BN terus berkuasa.
macamana anak gadis baru berumur 13 tahun dah berani mengikut teman lelaki ... apakah kurang kasih sayang ibubapa sehingga sanggup mencari kasih sayang mat bangla ni ..
masih bernasib baik lagi hanya dicabul/diraba sahaja .. bagaimana jika dirogol mat bangla ni.. atau dirogol beramai-ramai dengan kumpulan mat bangla ni .. lepas tu dibunuh dan dibakar ..
memang kita bleh buat report polis dan masuk mahkamah .. bagaimana dengan anak kita .. maruah anak dan ibubapa ..
siapa yang perlu dipertanggungjawabkan kerana berlakunya kejadian ini ..
menghukum atau mencegahkah lebih baik ????
Catat Ulasan