22 Okt 2011

Kalau Mahu Selamatkan Aqidah Islam, Mari Bersama PAS

PAS konsisten selamatkan akidah umat Islam

PAS istiqamah untuk membersihkan dan mempertahankan akidah kerana ia adalah dasar perjuangannya sejak 1951.

Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, dasar Islam di dalam Perlembagaan PAS fasa 3 tidak pernah diubah walaupun kepimpinannya bertukar, sama ada dalam suasana menang atau kalah.

“Malahan penubuhan PAS, apabila sekelompok ulamak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan sikap Umno mengenai isu Natrah pada tahun 1950,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, sejarah perjuangan PAS untuk mempertahankan akidah di negara ini terpaksa membayar harga yang begitu mahal.

Katanya, sewaktu PAS mempertahankan akidah umat, Umno bukan sahaja tidak membantu malahan memfitnah PAS sehingga pemimpinnya ditangkap ISA.

Beliau berkata, antara jasa PAS kepada umat ialah memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai batas-batas iman dan kufur sehingga masyarakat tidak berani menghina hukum Islam.

Di samping itu, ujarnya tidak ada lagi masyarakat yang menghina Islam seperti hukum Islam hanya sesuai di zaman unta, jika laksanakan hukum Islam boleh membawa huru hara.

PAS juga, katanya telah menekankan pendidikan akidah kepada ummah di negara ini melalui kuliah-kuliah dan ceramah umum.

“PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad. Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis,” katanya.

Selain itu, ujarnya lagi, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy, Hartina Kamarudin, maka PAS ke depan melawan isu gejala murtad pada ketika itu.

“Di manakah Umno dan NGO Umno?” soalnya.

Beliau menambah, penyokong PAS mengadakan demo membantah seminar untuk membenarkan orang Islam murtad di Pulau Pinang dan Johor tetapi malangnya seorang menteri Umno mengatakan itu tindakan bodoh.

Ini semua, katanya membuktikan bahawa PAS konsisten untuk menyelamatkan akidah ia bukan agenda bermusim.


“Kita harap Umno berubah sikap selepas ini terhadap Islam dan hukum Islam. Perlu diingat bahawa murtad bukan sahaja menukar agama, tetapi juga boleh berlaku jika menghina hukum Allah,” jelasnya. -HD

Ulasan GB

Tajuk GB menyimpulkan segala-galanya.

Kalau mahu selamatkan aqidah Islam, mari berjuang bersama PAS yang memperjuang Islam sepanjang masa, bukan bersama HIMPUN yang berjuang cuma sehari, jauh sekali bersama UMNO yang berjuang atas nama kebangsaan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

suruh hasan ali tubuh partai baru.........partai himpun.........
orang kata jngn dok pi..... dia nak sangat......besaq kepala....
menyusahkan jamaah.....

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

hasan ali x istiqomah.. xnak dgr arahan pimpinan jamaah. Buat hal sndiri, biarlah dia dgn dunianya.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum GB dan semua,

Aqidah diri itu bermula dari hati dan keimanan. Mengapa kita perlu berarak panjang. Berdemo ?. Di mana solat hajatnya. Telah ramai mula memilih PAS sebagai gaya-hidup, malah terdapat beberapa orang-filem yang biasa sekular kini menyedari hakikat ini, jestru mereka masuk berjuang kerananya. Alhamdulillah.

Kini terlihat pula kehadiran beberapa pemimpin parti yang mengingkari janji taat setia kerana punya motivasi diri, pemimpin yang berhati gelap biar pun belum menghitam. Jangan dibiarkan parti kita retak atas gegaran sekecil ini. Ketepikan sahaja pemimpin yang seakan-akan menyeleweng dari perjuangan. Sedarilah, membiarkan seseorang pemimpin yang dirasai ingkar akan melahirkan GANDAAN graduan YANG serupa dengannya.

Insafilah diri, sebuah parti gergasi Melayu yang disegani dunia mula kecundang atas angkara segelintir pemimpin mereka yang rakus tetapi masih dibelai, dihormati dan dipuja. Jangan biarkan rakyat memendam rasa. Kurang baik padahnya. Golongan ini MUDAH mencari pengikut yang akan taat setia kepadanya.

Kita tidak perlu belajar dari kesilapan parti lain kerana perjuangan kita berlainan. Juga kerana perjuangan pemimpin tertinggi dan ahli kita dahulu dan sekarang adalah berlandaskan aqidah yang tinggi dan keikhlasan.

Mengapa mahu ditutup najis dengan selembar daun pisang yang biasa diguna membungkus makanan ?. Wassalam.