7 Okt 2011

Intipati Bajet 2012: Ada Apa Pada Bajet 2012? [updated]

Intipati BAJET 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan.

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

* Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.

* Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.

* Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.

* Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan

Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen

600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.
-mk

Elaun baru Ahli Parlimen

Ahli Parlimen akan diberi elaun baru bermula 1 Januari 2012 selepas jumlahnya dipersetujui semua pihak.

Warga Emas

Semua warganegara berumur 60 tahun ke atas tidak perlu lagi membayar caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan.

Mereka juga akan diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel

Intipati Belanjawan 2012

* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan di lima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagi Syarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusan perbendaharaan di Malaysia.

* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.

* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.

* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.

* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3 tahun mulai tahun taksiran 2012.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014. -Bernama


Ulasan GB

Bajet Pilihanraya. Tiada apa yang signifikan sangat kecuali:

Felda nak disenaraikan di BSKL.

Seorang penganalisis berpendapat:


Yang menyedihkan pengurusan Felda dan warga peneroka adalah perkara ini tidak dibincangkan secara menyeluruh terdahulu dan keputusan ini menampakkan Felda benar-benar kesusutan dana sedangkan Felda tidak memerlukan sebarang dana hasil dari penyenaraian tersebut.

"Pihak yang bakal untung besar tentulah CIMB (milik Nazir Razak -adik Najib) yang menikmati hasil jutaan ringgit seperti hasil menyenaraikan syarikat gula MSM milik Felda sebelum ini serta syarikat kroni Isa dan Najib yang berusaha memiliki perniagaan-perniagaan Felda yang selama ini sangat menguntungkan walaupun tidak disenaraikan dalam bursa,"


Bonus Penjawat Awam

Harapan Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) masing-masing memohon kerajaan memberi bonus dua bulan tidak kesampaian. Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan saja diberikan kepada penjawat awam di hujung tahun nanti.


Ulasan lain akan menyusul

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Banyak nye one-off. Siap PR, nanti calon BN akan bagi duit one-off tu.

Tanpa Nama berkata...

swasta dapat 10 bulan gaji,penjawat awam dapat setengah bulan je?padahal dalam brita kecoh pelaburan sana,pelaburan sini.takkan takleh kongsi..

Tanpa Nama berkata...

bajet pilihanraya.sport toto,magnum,kuda buat special draw tiap minggu.duit judi buat top up bajet.gaji penjawat awam naik harga barang dah lama naik.rakyat dah tanggung lama.yang kerja swasta bila nak ada gaji minimum?tak naik ke?pastikan sekolah dan juga guru2 sekolah tak menanggung kos pembelajaran murid jika yuran sekolah percuma.kos photostat,kertas jgn di pikul oleh guru.rm 500 kepada pendapatan rm3000 kebawah?kena daftar lhdn.bust susah org kpg nak gi daftar tu.harga brg betul ke boleh turun ni?swasta mana ada bonus 10 bulan gaji?contohnya MAS.sebulan pun tak dapat.jgn cakap sedap di mulut je..

Tanpa Nama berkata...

Belanjawan mcm2 konon utk naik taraf hdup rakyat.bejuta2 konon utk rakyat.tp pecayalah xkn smpi kt rakyat pn.rakyat menanggung harga brg keperluan dh lama.tp nk naikkn gaji punyalah pyh..kalo PR naik esk ni.jgn la jd benda yg sama.jd la pemimpin yg ikhlas..

Tanpa Nama berkata...

nak p daftar kat lhdn.kesian kat orang kampung, yang kurang berpendidikan. depa ni bukan tahu sangat apa tu lhdn. nak kena p daftar n nak layan kerenah lhdn tu lagi. dpt 500 ja.sebulan pun tak cukup. bajet untuk setahun. walaupun aku tak layak utk dpt, tapi aku kesian jugak kat orang kampung cam ni.

Tanpa Nama berkata...

bank rakyat bonus 10 bln gaji.produa bonus 7 stengah bulan gaji.tu belum maybank,petronas n telekom..aku cakap x ikut sedap mulut ye..x caya gi tnya org yang keja swasta la..

Tanpa Nama berkata...

Bank rakyat bagi 15 bulan bonus untuk k.tangan depa, bukan 10 bulan. Guru-guru di sesebuah sekolah pinjam ada yang lebih 1 juta kat BR, ada ka patut BR bagi sebijik kek dalam RM 15.00 untuk 80 orang guru makan masa hari guru. Dah le jamuan raya BR tak jemput, buat pulak sebelah pagi hari kerja, Cikgu-cikgu tak leh pi,nganga saja.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat yang angkat mereka mengendalikan negara. Kini rakyat diumpamakan pengemis. Dah puas menadah tangan dapat 'seposen'. Siapa yang undi BN dulu tuh yang bengong.

Tanpa Nama berkata...

atleast seposen pun dpt gak. kalo bkn BN yg memerintah, seposen pun xmerasa weh.., mcm negeri2 yg bkn dibwh naugan BN, ntah ape2 da jd.