7 Okt 2011

[Bergambar] Tiada Gasak Di Rembau, Ceramah Mat Sabu Berjalan Lancar

Alhamdulillah, Abg Mat Sabu tetap hadir ke Rembau dengan selamat walaupun diancam oleh puak-puak yang serba-serbi tidak bertamadun. Di atas kawalan keselamatan yang baik dari SAMM dan Unit Amal, semua program berjalan lancar di pentas walaupun terdapat kekecohan diluar pagar tempat ceramah.

Kedatangan lalat sememangnya tidak diundang. Cubaan untuk membuat kacau menjadi sebaliknya apabila puak PERKAKAS yang datang berarak hanya seramai lebih kurang 20-30 orang bertempiaran lari hampir 2kilometer.

Ini berikutan kerjasama utuh di antara SAMM dan Unit Alam bersama penduduk tempatan mula bergerak ke arah puak pengacau. Habis semua banner-banner berkos tinggi yang dibawa berarak oleh puak pengacau ditinggalkan di atas jalan. Lintang pukang mereka lari seolah-olah tak cukup tanah, walaupun sebelumnya menggelarkan diri mereka pahlawan. Ini pahlawan tahi kucing! Mungkin mereka akan gunakan efek ubat batuk sebagai alasan mengapa mereka cabut lari.

Pertembungan kali ini tidak seperti apa yang berlaku di Seremban tempohari. Puak pengacau tidak sesekali berani mengambil risiko membaling batu kerana jumlah mereka jauh lebih kecil berbanding anak muda dan penduduk tempatan yang bangkit pertahankan Md Sabu yang ketika itu duduk di pentas ceramah. Syabas kepada penduduk tempatan kerana bermatian pertahan Md Sabu, yang dialu-alukan sebagai tetamu kehormat.

Merujuk dari akhbar Sinar 6 Oktober 2011, puak 'geng jahat' mengeluarkan kenyataan mahu mengumpul sejumlah seribu bekas perajurit bersama mereka. Nyata 'geng jahat' tidak diberi sambutan oleh golongan bekas perajurit malah ramai juga bekas perajurit yang hadir terus mendengar ceramah Md Sabu. Perajurit juga bersama Mat Sabu kerana jika ruyung sejarah tidak dipecah oleh beliau, maka bekas-bekas perajurit ini pastinya kurang diberi perhatian sepertimana yang dilaporkan - 70% dari mereka hidup menderita.

Perkasa dah lari meninggalkan panji berupa banner-banner yang mahal. Itulah lemahnya jika datang dengan niat dan tujuan yang jahat, itulah natijahnya ketika hadir hanya berikhlaskan wang ringgit. Banner-banner tersebut kemudiannya dirampas selepas ditinggalkan berterabur di atas jalan. Ada di antara mereka yang keciciran handphone jenis nokia edisi paling cokia buat penyendal pintu, aduhai rata-rata pencacai yang hadir itu juga orang yang susah serba ketinggalan. Kalau sokong Umno BN menjadikan pencacai ini kaya-raya, itu tidaklah mengapa.

Kekecohan berterusan di kawasan yang agak jauh dari tapak ceramah yang juga dipenuhi wanita dan kanak-kanak. Ini merupakan satu kejayaan buat SAMM, Unit Amal dan penduduk tempatan kerana dari sudut ini walau pembaling batu bertaraf olimpik sekalipun tidak mampu sampai batunya di tapak ceramah. PERKASA berkumpul tidak mahu pulang dan kembali berterabur lari apabila kami menghampiri. Begitulah keadaan berulang kali berlaku.

Akhirnya che'GuBard meninggalkan pentas dan tampil ke zon kekecohan untuk selesai masalah. Sebagai perunding berkaliber dan dihormati, puak pencacai diberi peluang menghantar wakil bagi menyerahkan memorandum kepada Abg Mat.

Sifirnya mudah, kita cukup bertamadun untuk berbincang dan penyerahan memorandum adalah suatu yang tidak perlu dihalang. Namun di atas ancaman awal dan kejadian baling batu di Seremban, keadaan itu memaksa SAMM dan Unit Amal memastikan kedudukkan Perkasa jauh dari pimpinan dan orang awam di tapak ceramah. Difahamkan ketika itu Abg Mat telah sedia untuk menerima memorandum.

Selaku pemimpin yang cukup berpengalaman menghadapi pelbagai krisis serta konfrontasi, che'GuBard berjaya mengawal keadaan lalu membenarkan 2 orang wakil dari Perkasa bagi menghantar memorandum. Che'GuBard juga meletakkan tanggungjawab penuh supaya kedua-dua wakil tersebut tidak diapa-apakan.

Hasilnya kedua-dua wakil Perkasa itu berjaya dibawa masuk bertemu Abg Mat dan turut menyerahkan memorandum. Namun mereka 'dibasuh' kaw-kaw oleh Abg Mat dalam pertemuan itu. Abg Mat tidak bagi peluang selain memberi tarbiyah tentang apa yang sebenarnya berlaku dan menyindir keras salah seorang wakil berusia muda kerana tidak berusaha mencari kebenaran selain hanya tertumpu kepada Utusan dan TV3. Tertekan dengan pidato Abg Mat hingga apa jua yang mereka celah dijawab kemas oleh Abg Mat, kedua-dua wakil akhirnya meminta maaf kepada Abg Mat sebelum mereka beredar. Dengan muka yang pucat wakil-wakil pencacai meninggalkan tapak ceramah juga diiringi oleh che'GuBard dan SAMM bagi memastikan 'tetamu' tidak diundang ini berjaya keluar.

Selesai semua masalah, program ceramah diteruskan. Kelantangan che'GuBard dan Abg Mat berpidato sedikit pun tidak terjejas dengan kejadian sebentar tadi. Dari aspek ini dapat kita lihat bahawa kehadiran puak pengacau untuk mengganggu majlis adalah satu usaha yang GAGAL dan memalukan melayu Umno.

Difahamkan juga beberapa laporan polis telah dibuat kerana kononnya ada di antara pencacai-pencacai barua British ini tercedera. Itu mereka punya pasal sebab masuk kawasan orang mencari pasal. Ketika lari lintang pukang, ada antara mereka yang terjatuh dan ada juga yang tersembam ke dalam longkang. Nasib kau lah labu.

Ada juga seorang aktivis blogger yang dipukul dari belakang menggunakan haler (pembesar suara). Tetapi sebab itu blogger aktivis fisabiLillah, maka Allah pun turut melindungi pejuang jalanNya dan ia sedikit pun tidak terkesan. Cuma sedikit hairan Perkasa yang kononnya berani, rupanya hanya berani memukul dari belakang dan menggunakan haler sebagai senjata.

Justeru itu, sebagai sebuah negara yang punya undang-undang, Abg Mat akan tetap menyampaikan pidatonya di bumi mana sekalipun. Sesungguhnya rakyat terbanyak bersama Pakatan Rakyat, ia termasuklah bekas-bekas perajurit yang menunjukkan signal jelas tiada ruang buat pencacai menghasut mereka. Allah juga bersama pejuang yang menegakkan jalanNya!!

Kepada para pembaca yang budiman, tidakkah anda tertanya-tanya di manakah gerangannya pak polisi?? Barangkali tertelan ubat batuk gamaknya... -EDYES @ edyesdotcom

Bergasak lagi di ceramah NS

Satu kumpulan yang mendakwa mewakili veteran tentera yang cuba mengadakan protes berhampiran tempat ceramah pembangkang di Rembau, Negeri Sembilan malam ini telah dihalang oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Ianya bermula apabila sekumpulan 200 orang - yang dikenali sebagai Gerakan Memartabatkan pejuang Negara - cuba berarak ke tempat ceramah di Kampung Pulau Bintongan.

Menurut laporan Harian Sinar hari ini, kumpulan itu mahu mengadakan demonstrasi terhadap timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, yang merupakan penceramah utama malam ini.

Tetapi ketika menghampiri tempat itu, mereka berdepan dengan para penyokong Pakatan Rakyat yang cuba menghalang mereka.

Kedengaran salah seorang penyokong Pakatan melaung meminta mereka jangan datang dan membuat kacau di situ.

Kira-kira jam 9.30 malam, suasana menjadi panas dan beberapa individu dari kedua-dua pihak mula bergasak.

Keadaan itu berlaku selama kira-kira 30 minit sebelum ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berunding dengan kumpulan tersebut.

Kumpulan tersebut tetap bertegas untuk dibenarkan menemui Mohamad bagi menyerahkan nota bantahan mereka.

Akhirnya, penyokong Pakatan bersetuju membenarkan dua wakil kumpulan itu masuk dan menyerahkan nota tersebut.

Kumpulan itu mendakwa mereka mewakili bekas anggota pasukan keselamatan yang tidak berpuas hati dengan ucapan Mohamad di Pulau Pinang pada 21 Ogos.

Dalam ucapannya, Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, telah mempersoalkan catatan rasmi mengenai peranan Mohammed Indera dalam serangan ke atas balai polis BUkit Kepong pada 1950. -mk


Gambar-gambar ehsan edyesdotcom








Ulasan GB

Tahniah SAMM, Unit Amal dan semua yang berjaya menjadikan program tersebut berjalan dengan baik dan licin.

Kita mampu mebuktikan bahawa sekalipun polis enggan untuk memberikan kerjasama bagi menghalang provokasi dari pihak yang cuba menimbulkan kekacauan, kita mampu untuk membuktikan program-program kita sebenarnya sentiasa berjalan aman dan selamat.

Yang sebenarnya menjadi pertanyaan: Apa agenda polis membiarkan kehadiran golongan "pengacau" tersebut?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kebenaran disisi allah swt pun didalangi dengan pelbagai ancaman,kita bersabarlah mengharungi dugaan ini.berani kerana benar,hanya takut kepada allah swt.saja.

Tanpa Nama berkata...

polis oh polis apa nak jadi la polis
aku memang tak suka polis..sebab dah jadi barua...

Tanpa Nama berkata...

x boleh salahkan org yg dibawah, yg memberikan arahan 2 datang dari mana?..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa laporan agak berbeza? 1.hanya seramai lebih kurang 20-30 orang 2. sekumpulan 200 orang

zonsantai berkata...

ada tak link video ceramah mat sabu dan chegubard malam tu kat youtube?

Tanpa Nama berkata...

HANYA BABI HUTAN YG TAK BERTAMADUN AJE YANG SUKA MENYONDOL DAN BUAT KACAU KAT TEMPAT ORANG.

MACAM BARUA JE PENYANGAK2 UMNO NI