7 Okt 2011

Dasyat: Polis Gunakan 262 Kanister Gas Pemedih Mata Semasa BERS✔H 2.0

PKR: Serangan gas pemedih mata keterlaluan

Jumlah 262 kanister gas pemedih mata yang digunakan untuk menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak seimbang dengan keperluan sebenar untuk memantau demonstrasi aman, kata naib presiden PKR, N Surendran.

"Tidak boleh dinafikan, bukti-bukti menerusi video dan gambar menunjukkan perhimpunan tersebut adalah aman," katanya.

Surendran yang juga seorang aktvis hak asasi manusia, berkata jumlah kelongsong gas pemedih mata yang begitu banyak menunjukkan bahawa pihak polis melepaskan tembakan sewenang-wenangnya dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat dan menghukum mereka yang menyertai perhimpunan itu.

Katanya, ini tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat semata-mata menyatakan hak mereka untuk berhimpun mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Disusuli cubaan kerajaan untuk memburuk-burukkan imej BERSIH 2.0, Surendran berkata polis juga telah disalahgunakan untuk memenuhi agenda BN.

"Polis digunakan bagi memastikan kegagalan perhimpunan tersebut dan meranapkan pergerakan BERSIH yang menuntut supaya pilihan raya yang adil dan bebas di adakan di negara ini.

"Ini adalah penyalahgunaan kuasa yang jelas untuk melanjutkan agenda politik sempit BN untuk terus berkuasa," katanya.

262 Gas Pemedih Mata untuk Bersih 2.0

KUALA LUMPUR 7 OKT : Sejumlah 262 kanister gas pemedih mata digunakan untuk menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, demikian menurut satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Menjawab soalan ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, Kementerian Dalam Negeri berkata 226 peluru gas pemedih mata (TS Shell) dan 36 bom gas pemedih mata (TS Grenade) digunakan ke atas peserta himpunan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kos TS Shell TS dan TS Grenades ialah masing-masing RM79.76 dan RM135 (tiap satu).

Katanya, kerajaan membelanjakan RM22,855.76 untuk membeli produk buatan Amerika Syarikat (ALS Technologies) itu.

Menurutnya, jumlah peserta yang ditahan semasa perhimpunan adalah seramai 1,509 iaitu 1,412 adalah lelaki dan 97 perempuan.

Menerusi jumlah itu, pecahan mengikut bangsa mendapati Melayu adalah yang tertinggi iaitu, 1,435 diikuti India, 29, Cina, 21, dan lain-lain keturunan 24.





2 ulasan:

1 Malaysia berkata...

Haram jadah sungguh. Wang Rakyat yang diguna untuk membeli kanister "DIGUNAKAN" dalam belasah Rakyat. Lupakan depa yang rakyat sedang membayar segala-gala perbelanjaan mereka termasuklah gaji mereka. Jangan lupa bahawa bukan kerajaan yang membayar gaji kamu semua tapi rakyat biasa yang membayar segala cukai. Sedarlah sebelum terlambat. Jangan tunggu sehingga adik beradik kita yang terkena kanister ni, barulah kita nak melenting.

Tanpa Nama berkata...

Tambahan RM200 juta yang diberikan oleh Najib kepada PDRM membolehkan PDRM beli lebih banyak gas pemedih mata untuk cedrakan rakyat.Melatih lebih ramai anggota jadi semseng,beli lebih banyak kereta penyembur air asid dan senjata yang lebih canggih untuk bunuh remaja.