Padah tiru aksi ‘panas’
HULU SELANGOR: Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain ‘pondok-pondok’ bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin. Gambar hiasan.
Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.
Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa.
“Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.
“Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya,” katanya.
Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit.
Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.
Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. -hm

1 ulasan:
Terus terang aku katakan, dulu masa kecik2 (>40 thn lalu), kami biasa main pondok2 & sanding2 dgn sepupu berlain jantina (sbb pengaruh tengok pengantin sanding2 le ni), siap ada mak andam, tukang kipas dll. Tapi setakat tu aje, sbb kami tak tau kisah seterusnya lepas tengok pengantin sanding2 tu.
Tv pun tak de masa tu. Sekarang ni, jgn main2 .. malah adik beradik lelaki perempuan, jgn salin pampers, mandi telanjang depan mereka..dsbnya.
Pesan kat anak memantu, kawan2 & jiran2 dsbnya. Semuga Allah beri petunjuk & rahmatNya.
Catat Ulasan