25 Sep 2011

Orang Takut Hudud Macam Takut Hantu, Bila Tanya Apa Itu Hudud Tidak Tahu"- Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangannya bagaimana masyarakat dan pihak tertentu begitu tidak menyenangi hukum hudud walhal ia sebaik-baik perundangan yang digariskan Allah S.W.T.

Malahan katanya, undang-undang sedia ada yang digunakan di negara ini lebih zalim kerana memperuntukkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan tertentu yang tidak terdapat dalam hukum hudud.

“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.

“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun... bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?

“Hudud tak mati... hudud adalah undang-undang Allah, benda ini hanya sekadar nak masuk dalam senarai undang-undang Kelantan dan yang laksanakan bukan saya tapi hakim.

“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,” katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di sini malam tadi.

Mursyidul Am PAS itu sebelum ini tetap dengan pendiriannya akan menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinannya berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.

“Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.

“Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan,” kata beliau.

Dalam ceramah itu juga, Nik Aziz mengatakan ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.

“Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS... dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.

“Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat... Islam datangnya dari Allah, bumi, langit dan kita, Allah yang punya,” katanya. -tvsews



4 ulasan:

1 Malaysia berkata...

Setuju dengan Tuan Guru. Bumi ini bumi Allah swt. Undang-undang tu Undang-undang Allah swt. Tak kan lah Allah swt begitu kejam terhadap hambaNya. Hanya manusia yang bahlol saja akan mengatakan Allah swt tu kejam setelah Allah swt kurniakan begitu banyak nikmat kepada mereka.
Sekali lagi, setuju dengan TGNA. Undang-undang ini hanya nak dimasukkan dalam senarai undang-undang yang sedia ada. Yang menjalankan penghakiman ialah HAKIM, bukan TGNA.
Ingat pesanan TGNA, ini ialah undang-undang Allah swt, bukan undang-undang PAS. Faham maksud yang disampaikan TGNA? Hanya munafiqun dan fasiqun saja yang tidak faham atau sengaja tak faham. Kasihan melihat Tok Yassin.

Tanpa Nama berkata...

“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,”

Respons,
Dah terang lagi bersuluh, orang UMNO BeEnd hanya fikir hidup untuk makan, bukannya makan untuk hidup. Sebab itu gerombolan songkok tinggi ini asyik mengelak untuk menerima hukum HUDUD.

Tanpa Nama berkata...

memang betul...tapi..kalau cakap banyak xgune jgak...sape penah masuk ipta...org negeri mane yg banyak...xpayh gtau dah tau dah...kalau kt bilik sebuk dgr ceramah pemimpin diorang yg dikatakan ulama...tapi bile hujung minggu...culture shocked...pegi clubbin...xkurang yang masuk ipta baru kenal air setan terus minum semate nk tunjuk hebat depan rkan senegeri...camane 2...memang hukum hudud patut dilaksanakan...

Tanpa Nama berkata...

ye btol.. mmg patut hudud dilaksanakan disana.. lebih baik semua 1 malaysia.. mmg byk yg culture shok dtg dari sana..