Rais dakwa peserta BERSIH 2.0 diupah RM50
Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, dakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.
Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.
"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur semalam.
Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.
Merujuk situasi di London, beliau berkata polis di luar negara tidak teragak-agak menggunakan kekerasan bagi menegakkan undang-undang, sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar.
"Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," katanya.
Beliau juga berkata demontrasi di negara maju berlaku ekoran masalah tekanan hidup, dan bukan disebabkan perkara remeh-temeh seperti memperjuangkan agenda politik tokoh pemimpin pembangkang. - Bernama
Ulasan GB
Demikian tahap akhlak seorang menteri UMNO BN yang sanggup berdusta di bulan puasa ini.
Dia ingat kita serupa macam dia, serupa macam UMNO BN yang kerap mengupah orang untuk berdemo dan melaksanakan kerja-kerja untuk mereka.
Ya Allah, Kau dedahkanlah kebenaran itu kebenaran....

10 ulasan:
ini lh yg di kata kn,pencuri mngata kn org lain pencuri
ceh ..Rais penipu besar...berapa ramai di luar sana kena pukul dengan polis..
Entri Menarik Di Sini:
Menarik!! Gambar Rusuhan Di UK Apabila Diphotoshopkan..
alahai...macam ni pun boleh jadi menteri...adeh~
Menteri pasola mmg camni...dia ingat ada org gila nk ambil upah rm50 dan makan free..lepas tu kena balun dek polis...
Kenapa laa org umPORno ni tk abis menunjukan kebodohan mereka pd rakyat..mereka pk rakyat bodoh lg mcm zaman 80an dulu..apa dia ckp..semuanya mcm burung belatuk..
daripada sibuk hal bersih, lebih baik dia jaga betul-betul kementerian dibawah dia, iaitu kementerian rogol amah.
RM50X 300RIBU PESERTA 2.0 BERSIH...AGAK2 BERAPA.... LIST LE
tak ada perkataan yang bolih dikaitkan dgn menteri songkok tinggi melainkan datangnya dari puak bodoh dan tidak cerdik langsung mengaitkan rakyat macam penyokong2 totok umno yang patut diupah jika ada program mereka ini rakyat yang cerdik dan berfikiran jauh melangkaui demi jenerasi akan datang termasuk anak2 jenerasi polis yang membelasah rakyat semasa perhimpunan supaya tidak terus dibodohkan olih gulungan songkok tinggi ...apa barang upah 50rm sedangkan tol dan minyak sahaja habis 150rm belum lagi tempat penginapan dan makan minum lagi lain lah kalau diupah 500rm seorang apalah menteri songkok tinggi ni punya bodo kami sesen pun tidak dibayar lah semuanya atas kesedaran kami ingin pemerintah yang benar2 berjiwa rakyat bukan gulungan yang perabis dan pencekik duit rakyat buat harta dari mentahkedarah keringat rakyat ... bangang punya statment!!
ni la menteri yg paling bodoh dan dungu...aku pi BERSIH 2.0 guna duit sendiri..beli baju BERSIH pun guna duit sendiri la...setakat RM50 tu..duit sekolah anak aku lg banyak...ni la sebab kalau menteri ada masalah..anak dia pun bercerai berai...
apa kata kita saman dia kat mahkamah.. dia ingat peserta bersih 2.0 ni macam dia...
suruh dia settle kan masalah AStro tu dulu la....., suka2 caj rakyat!
Rais...Rais...kubur kata mari, banglo kata pergi...
Catat Ulasan