17 Ogo 2011

Rakyat Tak Ada Mood Nak Kibar Bendera Malaysia Selagi BN Yang Berkuasa

BN punca semangat sambut merdeka pudar

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Tindak tanduk Kerajaan BN yang amat mengecewakan rakyat menyebabkan semangat rakyat untuk merayakan sambutan kemerdekaan negara semakin pudar dari setahun ke setahun.

Pada dasarnya, semua rakyat Malaysia pasti ingin merayakan sambutan kemerdekaan negara, tetapi kekecewaan rakyat terhadap tindakan Kerajaan BN menyebabkan rakyat tidak bersemangat untuk menzahirkan semangat patriotisme masing-masing menerusi sambutan perayaan hari yang amat bermakna itu bagi setiap warganegara ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, keadaan itu agak berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakyat negara-negara lain di seluruh dunia, termasuk Indonesia, apabila tibanya bulan sambutan kemerdekaan negara masing-masing.

Menurut beliau, antara bukti kekurangan semangat rakyat negara ini untuk merayakan sambutan kemerdekaan negara boleh dilihat dari kekurangan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di rumah-rumah, kenderaan-kenderaan dan premis-premis masing-masing.

Katanya, keadaan yang tidak memberangsangkan itu pula ternyata semakin ketara dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi pada tahun ini apabila bulan Ramadhan yang lebih menguasai suasana.

"Kerajaan BN sepatutnya faham dengan reaksi rakyat itu dan patut bertindak bijak mengatasi masalah. Reaksi seperti itu sudah ditunjukkan oleh rakyat sejak beberapa tahun lalu.

"Antara kekecewaan rakyat dengan tindak tanduk Kerajaan BN termasuklah tindakan kerajaan yang amat mengecewakan dalam melaksanakan pilihanraya sehingga pilihanraya di negara kita tidak pernah bersih dan adil.

"Apabila rakyat memprotes dengan mengadakan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, Kerajaan BN mengarahkan pula pihak polis supaya berperang dengan rakyat yang berhimpun secara aman dan tanpa senjata yang menyertai perhimpunan itu,"
katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sepatutnya, menurut beliau, kerajaan mendengar suara-suara yang baik dari rakyat kerana dengan itu barulah boleh diperbaiki segala kelemahan yang ada dalam kerajaan, tetapi tindakan Kerajaan BN ternyata sebaliknya.

"Itulah yang mengecewakan rakyat dan menyebabkan semangat rakyat untuk merayakan sambutan kemerdekaan turut berkurangan atau luntur dari setahun ke setahun, bukannya kerana rakyat negara ini sudah hilang rasa cinta dan sayangkan tanah air," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, keadaan itu diyakini akan berterusan selagi Kerajaan BN tidak berusaha mengatasi kekecewaan rakyat berhubung segala tindak tanduknya yang tidak disenangi itu.

Namun selagi Umno memerintah negara ini, beliau yakin, seluruh rakyat tidak akan berpeluang untuk menikmati keadaan lebih baik dalam negara ini kerana para pemimpin Umno BN tidak mungkin akan berusaha memperbaiki segala kepincangannya disebabkan kepentingan mereka sendiri untuk terus kekal berkuasa.

"Sekiranya Pakatan Rakyat yang memerintah negara dengan perubahan yang dijanjikan, kita yakin keadaan itu akan berubah dan rakyat pasti akan kembali bersemangat untuk merayakan sambutan kemerdekaan negara.

"Jadi kepada seluruh rakyat, saya harap jangan menjadi lemah untuk terus melakukan perubahan yang baik terhadap negara kita, walaupun dikecewakan, walau siapa pun yang memerintah negara," ujar beliau. -HD

Ulasan GB

Apa yang GB dapat perhatikan ialah bendera Malaysia akan kembali berkibar megah di seluruh pelusuk negara apabila rejim BN ditumbangkan dan Putrajaya di perintah oleh Pakatan Rakyat.

Tak percaya? Tunggu detik keramat itu.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya setuju 100%....kita cuma nak tunggu BN tersungkur ..lepas tu kita akan kibar bendera sebanyak dan sebesar mungkin...tak caya tunggu masanya...nak cepat lagi...tentukan PR menang PRU...

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju.....Tunggulah UMNO-BN tumbang.Merekalah yang memutarbelitkan sejarah.Aku teringin nak kibarkan bendera tapi.....aku amat benci dengan cara hidup pemimpin UMNO-BN buat masa ini.Jadi aku pendamkan saja......Aku tetap bersabar......tak tau sampai bila.Tapi.....janji Allah untuk memberikan kemenangan kepada pejuangan ISLAM....itu yang ku nanti-nanti kan.

Hasmah Markom berkata...

Saya juga tidak begitu teruja untuk mengibarkan bendera, malah yang diberi percuma pun, seperti tidak ada makna apa2. BN Jatuh bendera Naik!

ayam hutan berkata...

Yang Merdeka ialah UMNO/BN. Mereka bolih buat sesuka hati macam malaysia ni emak bapak dia punya. Tak ada gunanya kibar bendera Malaysia. Rakyat dah lama menderita dengan kesusahan hidup

Jiazah berkata...

Klau kita mlihat mereka yg bsemngat mngibar bendera, ada yg hampir menutupi kenderaan mereka cthnya.. Itulah sbnar2nya karat Umno..

Tanpa Nama berkata...

Yang nak kibarkan bendera Malaysia ni adalah mereka yang patriotik.Kalau pemerintah sendiri tak patriotik,rela gadaikan warganegara kepada 2.5 juta PATI,tak ada sebab kita rakyat biasa pandai-pandai nak patriotik.Bukan sekadar gadaikan warganegara,malah beli kapal selam,tak boleh menyelam,beli jet pejuang tak boleh terbang,beli kereta kebal tak boleh jalan - ini semua bukan tanda kerajaan yang patriotik tetapi sebaliknya.Rakyat disuruh tunjuk patriotik tapi pemerintah sendiri mengkhianati negara.

Tanpa Nama berkata...

Kalau menteri penerangan pacak bendera keliling kepala dia pun rasanya tak ada semangat orang lain nak ikut.

Martoiriat berkata...

Salam GB
Saya bukan tidak patriotik malah saya tetap patriotik kepada negara saya Malaysia. Tapi untuk memasang bendera, maaf... kerana hati kecil dan jiwa saya merasakan, memasang bendera itu samalah saya memberi sokongan kepada Mat Mongolia dan kerajaan yang zalim. Kita disuruh patriotik tapi Mat Mongolia dan pemimpin UMNO yang lain sanggup gadai maruah dan kedaulatan negara kepada pengundi asing.

Tanpa Nama berkata...

Makin hampir hari Merdeka,saya berada di KBMC, di tngah2 kpg baru,dok di wad..tepi jln besar,konon nya nak kira berapa bnyk bendera yg di kibarkan?memang sah2 xde langsung yg kibarkan bendera malaysia...kalau dulu masa DSAI dlm kabinet setiap kereta ada bendera...itu lah tanda2 KAMI RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENYOKONG KERAJAAN UMNOGOK......sori no votes for u...BN

Tanpa Nama berkata...

kalau kibar bendera BN, kerajaan BN beri upah, kalau kibar bendera Malaysia kerajaan BN pun tak upah, mana lebih penting bagi kerajaan BN?

Tanpa Nama berkata...

Ditempat saya,jelebu...ketua2 kg diarah supaya memasang bendera2 msia ditepi2 jalan...mmg bnyk bendera berkibar..tapi klau x diupah dgn duit,mmg x de la jwbnya...keta2 yg psg bendera pun terdiri dr org2 yg msih x sedar diri diperkuda oleh umno...

halimah berkata...

salam,

setuju kita cinta malaysia, tapi kita benci umno dan kuncu2nya. Yang kibar tu mungkin kerana terpaksa :)