Tasek Gelugor: Hubungan dengan PAS sejak kemenangan Pilihan raya Umum tahun 2008, banyak mengajar masyarakat bukan Islam, khususnya dalam DAP untuk mengenali dan memahami Islam dengan lebih mendalam.
Demikian dinyatakan oleh Bendahari DAPSY Pulau Pinang, Steven Sim (gambar), ketika menyampaikan ceramah bersama dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz di Markas PAS Padang Menora malam kelmarin.
Menurut beliau lagi, jika sebelum ini pemikiran bukan Islam banyak diracuni oleh MCA dan Gerakan dengan membuat pelbagai dakwaan yang menakutkan, tetapi kini setelah menjadi rakan dengan PAS, bukan Islam telah banyak memahami Islam yang sebenarnya.
"Kerana berkawan dengan PAS jugalah, majlis berbuka puasa turut dianjurkan oleh pemimpin DAP seperti Lydia Kok di Berapit, Bukit Mertajam bagi meraikan sauadara-saudara Islam yang berpuasa.
"Dulu kita tidak diajar untuk memahami unsur-unsur baik dan harmoni ini. Kini, pemimpin di kalangan DAP bukan saja boleh turut sama untuk berbuka puasa bersama-sama seperti mana yang sering dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, tetapi juga berjaya memahami konsep hubungan baik tersebut.
"Hubungan baik ini juga tidak berjaya diresapi oleh pimpinan MCA dan Gerakan, walaupun mereka telah sekian lama berkawan dengan Umno. Oleh kerana itu jugalah, kita melihat kecelaruan sentiasa ada dalam komponen parti tersebut," tegasnya lagi.
Turut hadir sama dalam majlis ceramah tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Pinang Pinang, Yusni Mat Piah. -hd

7 ulasan:
itulah bezanya antara tarbiah PAS dan tarbiah umno selama 54 tahun,,umno menakutkan bukan islam dengan mengaitkan hukum hudud yakni potong tangan dsb semata-mata walhal islam adalah ad-din yang meliputi semua aspek kehidupan kita,,umno banyak meracuni pemikiran org2 bukan islam...hancur umno hidupkan islam!!!
haha....memang banyak perbezaan antara PAS dengan UMNO ...
Entri Menarik Di Sini:
1)Menarik!! Impian Wanita Zaman Sekarang
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
mudah2an beliau mendapat hidayah dan pertunjuk dari Allah....
Salam Nuzul Quran..moga ada ahli DAP mendapt hidaya Allah di atas usaha PAS..Inshaallah..
http://waksab.blogspot.com/2011/08/nuzul-al-quran.html
Tiada UMNO aman Malaysia. Selepas lebih 50 tahun merdeka tahap kefahaman Islam orang Melayu sangat mengecewakan, bangsa lain di Malaysia menjadi takut dgn Islam ala Melayu.
umno masuk sarkas je la...
semoga Allah swt memberi sinar Islam yg sejati orang2 bukan Islam di negara ini...ameen
Catat Ulasan