Demi menjaga kelangsungan kuasa Umno-Barisan Nasional (BN), peserta-peserta Program Pemutihan Pendatang Asing (6P) diwajibkan untuk menyokong parti itu pada bila-bila masa.
Perkara itu didedahkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini dengan menyertakan salinan surat sumpah kepada media selain mendakwa ianya sebahagian daripada syarat tetap yang perlu dipatuhi warganegara asing.
Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar program tersebut dihentikan serta merta dan menggesa kerajaan membuka siasatan di peringkat tertinggi untuk memastikan ianya tidak berhasrat mencabul kedaulatan negara.
"Tindakan ini dengan jelas mensabitkan program pemutihan 6P dengan muslihat untuk menjual kedaulatan negara semata-mata untuk menjamin kelangsungan kuasa Umno-BN yang semakin ditolak rakyat," ujar beliau.
Merujuk kepada salinan surat yang dilampirkan, selain dipaksa berikrar untuk menyokong parti Umno-BN, peserta turut dipaksa menyimpan "RAHSIA" tentang perkara tersebut.
Malah sekiranya ingkar maka setiap individu "akan menerima padahnya".
Zuraida berkata, maklumat tersebut diperolehi melalui salah seorang peserta program 6P yang memberanikan diri untuk bekerjasama dan tampil mengemukakan laporan kepada PKR.
Katanya sehingga kini, pihaknya telah berjaya mengumpul hampir 10 orang peserta program itu dan menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan muslihat Umno-BN kepada umum beserta bahan bukti melibatkan program pemutihan warga asing.
Justeru beliau meletakkan tanggungjawab ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan program tersebut serta-merta untuk agar penjelasan dapat diberikan kepada umum.
"Sama ada PM tidak tahu apa yang dibuat oleh orangnya atau dia betul-betul bersekongkol.
"Saya juga mencabar pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PBS dan lain-lain untuk menyatakan pendirian mereka samada bersetuju dengan muslihat menyeludup pengundi-pengundi hantu atas alasan pemutihan pendatang asing yang dijalankan secara besar-besaran oleh Umno ini," ujar Zuraida.
PKR sebelum ini telah membuat beberapa siri pendedahan mengenai pemindahan pengundi warga asing di kawasan-kawasan parlimen yang dipegang Pakatan Rakyat.
Ini termasuk surat permohonan meluluskan status kewarganegaraan menggunakan kepala surat Umno yang ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri.

6 ulasan:
Sah pengkhianat umno ini makin lama busuk hanyirnya dapat dilihat disana sini insya'allah akan didedahkan satu persatu olih Allah tentang nawaitu jahat pemimpin tertinggi Umno hingga keakar umbinya selagi mereka tidak menghentikan perbuatan bahaya ini janganlah diadakan pilihanraya semuga Allah terus mendedahkan tangan2 kotor mereka untuk berkuasa dengan cara yang amat hina begitu ... Ya Allah hancurkanlah niat jahat mereka sehancur hancurnya !!
Yong tidak menentang mereka yang berjasa kepada negara diberi PR, dan jika memenuhi syarat boleh jadi warga negara. Tapi Yong amat marah jika diletakkan syarat yang tidak adil pada permohonan PR/KP tersebut.
PR yang dah jadi warganegara ikut pintu depan berhak menentukan sendiri siapa yang mereka nak pilih sebagai wakil mereka.
kertas tu leh fotocopy boleh bt sendiri..xde bukti laa,bongok
segala dakwaan itu samada benar atau bohong....banyak dah umno dok buat pembohongan....umno tak takut dosa atau tak percaya perkara tu dikira dosa....umno pegang kitab apa?
Syabas team dr PKR kerana anda telah pergi "extra miles to get to the bottom of this SPR shitting(cheating)". Kita harap pimpinan & rakyat akan terus membongkar penipuan dan kelemahan pengerusi SPR dan teamnya, kita "demand" team SPR letak jawatan segera. Ramai lagi rakyat yang berkelayakan.
Sistem biomatric ni wajar dihentikan dan tidak diguna pakai.Semua yang sudah dibuat dikira tak sah.Hishammudin wajar haramkan sistem biomatric bukan baju kuning.
Catat Ulasan