Pakatan tuntut ketuai JK reformasi p'raya
Pakatan Rakyat mengemukakan tujuh syarat sebelum menyokong penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk reformasi sistem pilihan raya, termasuk melantik pemimpin pembangkang untuk mengetuainya.
Dalam kenyataan Pakatan yang dibaca oleh naib presiden PKR, Nurul Izzah, di satu sidang akhbar di pejabat agung PAS tengahari tadi, enam lagi syarat yang dituntut gabungan tersebut ialah:
1. Ia harus mempunyai kuasa menyiasat, mengesah, dan mencadangkan perubahan yang menyeluruh. Jawatankuasa mesti diberikan kuasa dan kewangan yang secukupnya.
2. Siasatan ke atas proses dan sistem pilihanraya sedia ada harus melibatkan badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young, dsb).
Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dipertanggungjawab atas kesemua tindakan dan kenyataan bersifat partisan, yang telah menghakis kebolehpercayaan umum terhadap institusi tersebut.
Penambahbaikan mesti dilaksanakan ke atas SPR itu sendiri demi memulihkan kewibawaan institusi ini yang sebenarnya pelindung demokrasi negara.
3. Pengesahan harus melibatkan proses pengutaraan semua isu dan cadangan terutamanya 8 tuntutan Bersih 2.0, dan melibatkan parti-parti politik, masyarakat umum dan para akademik. Web 2.0 dan Media Sosial mesti diguna untuk membolehkan orang ramai memberi maklumbalas.
4. Satu kajian bagi membanding dan mengambilpakai amalan tatacara pilihanraya terbaik seluruh dunia harus dibuat dan dibentang untuk
pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen.
5. Oleh sebab perkara ini memerlukan penyelarasan, analisa, laporan dsb yang cukup meluar, satu unit pengurusan program yang diambil dari sebuah firma yang boleh dipercayai harus disediakan bagi kegunaan Jawatankuasa tersebut.
6. Semua penambahbaikan ini mestilah ditamat, diumum, dan dilaksanakan secara menyeluruh sebelum Pilihanraya Umum ke-13.
Lebih dari itu, tambahnya, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan Rakyat.
Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen itu.
"Ini mengesahkan isu-isu penambahbaikan sistem pilihanraya seperti yang dibangkitkan Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 dan kami menganggap ini satu kemenangan besar bagi pejuang demokrasi di Malaysia.
"Bagaimanapun, demi bertindak jujur, kami meminta perdana menteri menyertakan tuntutan-tuntutan berikut di dalam bidang tugas jawatankuasa khas berkenaan," tambahnya.
Menurutnya lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan Rakyat.
Menurut kenyataan itu lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang kerajaan Umno-BN daripada memperbaiki kecacatan yang terdapat pada senarai pengundi yang telah dibangkitkan hingga ke hari ini - yang telah menghakis kebolehpercayaan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.
"Maka diseru kerajaan pusat mengadakan satu perbicaraan awam demi mendengar kes-kes di mana nama-nama pemastautin tetap telah dimasukkan ke dalam senarai pengundi, setelah dijadikan warganegara dalam masa yang amat singkat," katanya. -mk

Panel Parlimen: Najib bertegas pilihan raya adil, tapi perlu terus baiki
KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Datuk Seri Najib Razak, yang semalam mengumumkan langkah mahu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen, hari ini berkata, pilihan raya negara ini memang adil tetapi negara mesti berusaha untuk melakukan penambahbaikan ke atas sistem sedia ada.
“Pilihan raya selalunya diadakan dengan adil di Malaysia, tetapi kita mesti berusaha untuk penambahbaikan dan kecemerlangan,” kata beliau (gambar) menerusi mesej Twitternya petang ini, kira-kira 24 jam selepas mengumumkan usaha terbaru itu.
“Semalam saya mengumumkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen dwipartisan untuk membincangkan pembaharuan pilihan raya,” kata beliau hari ini.
Pembangkang mendakwa sistem pilihan raya semasa mempunyai banyak kepincangan termasuk dakwaan terbaru membabitkan daftar pemilih.
Semalam, Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak-wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.
Najib berkata panel itu yang akan dianggotai oleh anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu.
Pagi tadi timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melahirkan pendirian yang sama dengan berkata pilihan raya negara ini bebas dan adil tetapi pembentukan jawatankuasa tersebut akan membantu mengemaskan sistem pilihan raya sedia ada.
Pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat menyambut baik perkembangan ini.
Bagaimanapun Pakatan Rakyat meletakkan tujuh syarat bagi memastikan jawatankuasa itu benar-benar berkesan.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen BN dari Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, satu usul perlu dibentangkan di Parlimen untuk membentuk jawatankausa pilihan khas yang dimaksudkan.
“Kedua-dua Whip BN dan Pakatan Rakyat akan mencalonkan wakil mereka,” kata beliau menerusi Twitter.
Pemimpin Kelab Penyokong-penyokong Kerjaaan BN (BBCBN) ini menambah, perbincangan jawatankuasa pilihan khas itu akan direkodkan dan akan menjadi sebahagian daripada penyata persidangan Parlimen atau rekod awam yang rasmi.
“Prosiding-prosiding jawatankuasa pilihan khas dijalankan mengikut peraturan mesyuarat Parlimen dan memiliki imuniti, seperti dalam Dewan Rakyat,” tambah beliau.
Terdahulu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah membentuk jawatankuasa pilihan khas bagi membincangkan soal sistem pilihan raya tidak perlu terlalu tergesa-gesa memandangkan Parlimen akan bersidang mulai awal Oktober ini.
Selain itu kata beliau, sudah tiada masa untuk mengadakan sidang khas Parlimen, sebagaimana diminta oleh Pakatan Rakyat, sebelum sambutan Aidilfitri kali ini.
“Tinggal lagi dua minggu lagi sebelum Aidilfitri, kita tiada masa,” kata beliau.
Malah kata Wan Junaidi, beliau tidak nampak “logik” sidang khas perlu diadakan sekarang memandangkan mengikut jadual asal, Parlimen akan bersidang mulai 3 Oktober.
Kerajan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober. -TMI
5 ulasan:
Jangan terperangkap dengan jerat PM Najib. Kita telah berjaya mendesak & membongkar kejahatan, ketidakcekapan,penipuan SPR hingga kini, momentum ini mesti diteruskan, jangan biarkan PM Najib memperalatkan PR dalam kes ini. Saya tak ada satu alasan untuk saya percaya PM Najib mahukan SPR yang bersih, kerana Parlimen dia sendiri punuh dengan keraguan. Berapa kali mahu ular patuk kita?
Tempoh 7 hari telahpun berlalu , apakah masih ada harapan lagi dengan kerakusan , pengkhianatan ,pencabulan dan penghakis kedaulatan undang2 oleh tangan2 ghaib yang telah terang lagi bersuluh itu. Teruskan BERSIH 3.0 dan dipohon DYMM YDP Agong merestuinya sekali lagi. Telah ramai dah rakyat marhaein ditindas oleh pemerintah yang ada, rakyat selalu disuruh berhemah ,ikat perut lah di dalam berbelanja tetapi pemimpin UMNO/BN terus menerus dengan pelahapnya menghabiskan khazanah negara.
jika pru bersih dan tiada seleweng....umno lama dah berkubur....tetapi jenis tak malu...makan gaji haram sebab jadi wb secara haram?
orang mukmin tidak dipatuk ular kali seterusnya dari lubang yang sama...hati-hati dgn umno
Kepada semua ketua2 PR...jom buat lg satu perhimpunan REFORMASI yg besar.. kami sanggup turun utk membela kami sanggup berjuang walaupun ketitisan DARAH yg terakhir DEMI MALAYSIA yg KAMI CINTAI....TURUN TURUN BUAT lg REFORMASI YG paling BESAR.....BIAR Najib sendiri yg turun dr title dia.. nyampah meluat.....reformasi3
Catat Ulasan