Kuala terengganu - Seorang wanita yang merupakan isteri nombor dua dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menceroboh dan merosakkan harta benda di rumah madunya dalam kejadian pada Jumaat lalu.
Gambar: RUSNAH ditenangkan anggota polis ketika mengamuk kerana gambarnya dirakam oleh jurugambar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.
Tertuduh, Rusnah Awang, 31, dari Kampung Pekan Sari, Tembila, Besut dekat sini hanya menundukkan kepala selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.
Mengikut kertas pertuduhan, dia yang bekerja sebagai tukang sapu didakwa menceroboh masuk ke rumah Azizah Awang, 40, yang beralamat di No. 1296C, Jalan Kenanga, Batu Buruk di sini pada pukul 10.15 pagi pada 12 Ogos lalu.
Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak sampai tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh pula diwakili peguam bela, Mohd. Hayatuddin Muhamad.
Majistret Nor Azizah ketika membacakan keputusan itu turut memberikan nasihat kepada tertuduh agar tidak terlalu mengikut perasaan dalam melalui kehidupan bermadu.
"Hukuman ini adalah satu pengajaran buat kamu agar tidak melakukan perbuatan sama pada masa akan datang," kata Nor Azizah.
Tertuduh membayar denda itu
Sementara itu, suasana kecoh di luar mahkamah apabila tertuduh mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Azizah iaitu isteri nombor tiga terkejut melihat kelibat seorang perempuan merupakan madunya yang menaiki motosikal berhenti berhampiran rumahnya.
Sejurus selepas itu, mangsa yang duduk di sebuah warung berdekatan terdengar bunyi bising suara perempuan menjerit-jerit dari dalam rumahnya.
Selepas diteliti, mangsa mendapati madunya itu sedang mengamuk dengan memecahkan pelbagai barangan kaca seperti cermin tingkap dan pasu bunga.
Turut menjadi sasaran adalah cermin kereta milik mangsa.
Mangsa juga mendakwa tertuduh sebelum ini pernah melakukan tindakan sama dengan memecahkan harta benda di rumahnya pada Oktober 2009.
Suami kepada dua wanita itu bekerja sebagai penarik kereta. Azizah tidak hadir ke mahkamah semalam.
Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan suaminya yang berkahwin dengan Azizah. -kosmo
Ulasan GB
Pekerjaan suaminya penarik kereta saja.
Agak GB lah, bukan kereta saja ditarik, pemandu kereta yang perempuan bujang pun kena tarik jika tak bayar ansuran kereta. Tu yang mudah sangat dapat peluang kahwin lebih ... sekadar renungan bersama. wallahu alam bissawab...

9 ulasan:
Adess...
Kalau aku jadi perempuan tu pun aku tak puashati gak, sebab masih muda baru 31 tahun, laki cari bini tua 40 tahun buat apa.. dah dekat nak menopause...
Kalau cari bini yang umur 25 ke atau 18 ke boleh tahan la jugak... ni dah 40 tahun...
Kalau sekali pandang perempuan tu masih cun lagi... memang dasar Jantan Gatal atau perempuan tua tu yg ngurat laki dia?
Moga aku tetap dengan bini aku dan tak menggatal sebab dah masuh 5 series ni.
AzMir
Jodoh, rezki serta ajal seseorang bukan kita yang tentukan. Kita dibenarkan berkahwin dengan siapa saja wanita yang bukan muhrim kita walau berapa umurnya.
Mesti ada hikmah disebalik sesuatu perkara yang Allah tentukan. Jangan terlalu terkongkong dengan budaya melayu. Kebenaran tetap kebenaran walau ia pahit untuk ditelan.
Masuk fasa menopause bukan bermakna it's the end of the [married] world, bro....
Marriage is not all about sex, you know....
Sapa tau apa rahsia wanita berumur 40 tahun keatas boleh pikat lelaki yang walaupun dah ada bini 30-an?
Jangan pertikaikan kerja Allah swt. Kan Jodoh dan Mati tu di tangan Allah swt. Takut-takut nanti jatuh kafir.
Polis kat belakang tue lagik cunnn..hehe
hamba pun setuju dgn pendapat anda...polis tu lagi cun...hik hik hik..
2 X 5 (dua kali lima)
betoi polis kat belakang tu cin jugak
Catat Ulasan