9 Ogo 2011

Kerja Kotor SPR Dibongkar : "Kg. Baru" Didaftarkan Sebagai Pengundi Di Besut

SPR cipta sejarah, Kg Baru sebagai pengundi

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan berkata, daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.

Berikut ulasan beliau berhubung perkara itu.

Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.

Maklumat pemilih yang mencipta sejarah ini adalah seperti di bawah:



Apabila semakan dibuat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) mengikut nombor kad pengenalan pemilih maka nama Kg Baru sebenarnya adalah Noraini Binti Abdullah. Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku? Apakah Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak di jawab oleh kerani SPR sahaja?

Maklumat Noraini Binti Abdullah adalah seperti berikut:



Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah menjumpai pemilih dari kalangan pengundi hantu di mana nama pemilih ini tidak terdapat dalam rekod JPN. Pengundi hantu ini bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan mengundi di Dun Wakaf Mempelam, Parlimen Kuala Terengganu.

Maklumat pengundi hantu ini adalah seperti berikut:



Semakan di laman Web JPN menunjukkan identiti Farhana Binti Abdul Rashid tidak wujud.



Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?

Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos 2011 di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia beranggapan mungkin telah berlaku kecuaian manusia yang menyebabkan sebuah kampung dibenarkan mengundi. Salah satu punca kepada masalah ini adalah kerana SPR tidak mempunyai sistem pengesahan pengundi yang benar-benar mantap. Kecuaian manusia tidak dapat dikesan oleh sistem selepas data-data dimasukkan.

Dewan Pemuda PAS juga mendesak kepada SPR agar menggugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak. Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.

Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih. Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR.

Tempoh bantahan juga terlalu singkat dan tidak munasabah iaitu hanya 5 hari sahaja termasuk 2 hari bercuti. Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga selasa. Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Bayaran dan tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan.

Dewan Pemuda PAS mendesak agar tempoh bantahan ini dipanjangkan dan bayaran kepada pembantah digugurkan. Ini bagi memudahkan semua pihak membuat pembersihan daftar pemilih di masa akan datang. -HD

Ulasan GB

Semalam, wartawan MSTAR, Ariffuddin Ishak tulis ayat macam SPR selama ini buat kerja macam bagus sangat sehingga ditulisnya Pembangkang Dicabar Kemuka Bukti :



Yang mencabar ialah Nazri Aziz. Sekarang sudah dibuktikan bahawa memang berlaku sejumlah pemilih yang disenaraikan dalam daftar pemilih adalah bukan sahaja yang berstatus Penduduk Tetap (PR), tetapi nama tempat pun didaftarkan sebagai pengundi.

Kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR, letaklah jawatan cepat sebelum anda berdua diheret ke muka pengadilan untuk dicampakkan ke penjara secepat mungkin. Rakyat dah tak sabar dengan penipuan-penipuan yang banyak ini. Suruhanjaya Diraja MESTI ditubuhkan untuk siasat perjalanan SPR selama ini.

Kami akan tetap terus berdoa kepada Allah mendedahkan kebenaran dan mengadili semua kerja-kerja jahat kamu-kamu yang bersekongkol dengan BN. Ingat di bulan Ramadhan ini, doa orang yang dizalimi lebih cepat diangkat ke langit!


10 ulasan:

kopiahijau berkata...

puak2 ini tidak yakin dengan rukun iman. apabila kepercayaannya tersasar maka kafirlah jadinya. Nauzubillahh..
berjaya menipu didunia tidak akan terlepas diakhirat. kalau mereka yakin kebenaran hari akhirat tidak akan berlaku penyelewengan didunia ini. insaflah wahai SPR semua. ruang pengadilan dipadang mahsyar lebih besar menanti kita...

apa maksudnya percaya pada hari akhirat?
Kita wajib percaya pada suatu hari nanti dunia akan hancur lebur , rosak binasa dan segala mahluk benyawa pasti akan mati , kemudian manusia akan dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan. wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

Nak kata besar kemaluan, tak tau dah berapa kali mencabar oleh Nazri, SPR dsb. Entah dah berapa kali kena malu dah, tapi buat muka tak bersalah sampai sekarang ni....

Tanpa Nama berkata...

orang spr ini bukan kisah sangat tentang hidup mati halal haram pahala dan dosa. Memang nama mereka melayu tetapi status kepercayaan kita tak tau dan tak berani tuduh sebab banyak dah terjadi melayu ..........

Tanpa Nama berkata...

HENTIKAN KERJA2 HARAM YANG MENDATANG KAN HASIL YANG TIDAK HALAL....KELAK ANDA MENANGGUNG BILA KEMBALI KEPADA ALLAH...SEDARLAH KERJA ANDA MENDAPAT LAKNAT DARI SEMUA MAKHLUK SAMADA DI LANGIT ATAU DIBUMI.....YA ALLAH GAGALKAN USAHA MEREKA YANG FASAD INI...

akula berkata...

Salam semua,

saya nak petik balik kata2 menteri dia atas tuh..

beliau berkata...


"Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, TETAPI KALAU MEREKA ADA BUKTI BAWALAH KEPADA SPR UNTUK DISIASAT,”


APA PUNYA STATEMENT NI!!!!!


Sepatutnya sbg menteri dlm negeri 'yg baik', beliau akan panggil dan meminta pihak SPR melakukan siasatan mendalam dan buat penyelidikan yg TELUS agar perkara yg dibangkitkan tersebut adalah TIDAK BENAR dan DIBUKTIKAN bahawa SPR adalah sebuah badan yg BEBAS dan BERSIH daripada perkara yg dibangkitkan ITU!!!


dan


BUKANNYA suruh pihak yg KOMPLAIN SPR tak betul bawak bahan bukti dan ketika itu barulah pihak SPR terhegeh-hegeh nak lakukan siasatan dan penyelidikan...


BETULLAH ZAMAN SEKARANG NI DAH IKUT UNDANG2 HUTAN...


DAH TERBALIK...SAMALAH MCM KATA2 DI BAWAH NI..


"Kamu adalah BERSALAH selagi tidak dapat dibuktikan bahawa kamu adalah TIDAK BERSALAH"


DAN YG SEPATUTNYA DILAKUKAN ADALAH..


"Kamu adalah TIDAK BERSALAH selagi tidak DAPAT dibuktikan bahawa kamu adalah BERSALAH"


Renung2 kan lah...

Tanpa Nama berkata...

Itulah nak cepat sangat key-in data. Agaknya berapa ratus data yg kena di key-in oleh seorang kerani SPR.

Sampai ter key-in kampung mewakili orang.

Atau

Dah habis orang, tinggal kampung aje.

Tanpa Nama berkata...

sama sama himpun bersih lagi lepas raya

Tanpa Nama berkata...

SPR dah pekak badak, kita kena BERSIH lagi, gegarkan KL dengan BERSIH 3

Tanpa Nama berkata...

WAHAI SPR DAN JPN BERSIHKAN MINDA JAHILIAH ANDA SEBELUM BERSIH 3.0 MENYUSUL.....

Tanpa Nama berkata...

Kg.Baru tu nama hantu yang akan mengundi diBesut.Betul kata Anon 11.59.Kerani JPN terlalu banyak mewarganegarakan PATI hingga Allah tunjukkan kesilapan mereka.Kerja yang tak betul tu,lama-lama dikesan juga.Depa ini semua adalah "traitor" kepada negara dan boleh diheret kemahkamah atas tuduhan "treason".