New York, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.
Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.
Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.
Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).
Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.
Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.
Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya. - Agensi

9 ulasan:
Kalau di Malaysia, kalau ada title prof. tapi kangkung... tak berapa cerdiklah namanya tu.
Rasanya hasil kajian tu tak tepat, sebab orang bijak pandai jarang nak layan soal selidik di internet, sebab mereka sibuk bekerja mana ada masa nak layan semua ni. Jadi sedikit sebanyak betullah sebab golongan yang mempunyai kelapangan yang terdiri bukan profesional akan menjawab sebab mereka mempunyai kerja yang tak menyesakkan.
Bro GB,
Sila beri link asal dalam bahasa ingeris.
Macam mengarut saja kajian ini. Atau terjemahan yang salah.
anon 12:28
Berita dari BBC
Internet Explorer users have lower IQ says study
najib razak guna IE
kat Malaysia, yg ramai pakai IE cuma org UMNO... mmg IQ depa rendah2 belaka wakakakaka
Bagaimana dgn Safari, browser nombor wahid paling laju.
betul tu , zaman skrg mana ada orang nak guna IE dah, kecuali la kat tempat kerja sbb terpaksa, aku skrg ni pun guna firefox untuk download, dan google chrome untuk surf internet,
anon 5:06
Safari pantas di platform Apple, tetapi utk versi Windows Safari tewas kpd firefox, Google Chrome, Flock, Comet Bird & K-Meleon.
bagi aku ffox senang set conguration kasi laju reload page, chrome dah ada sistem OS sendiri skg kalao guna browse chrome skali mungkin laju sikit dari guna OS windows. IE nie payah nak set, add on pun.
kao org cuba guna Lunascape Orion aku pun tgh guna skg, ada triple engine API (trident,gecko,webkit)siap built in 4 jenis browser(ff,IE,Safari,Chrome)..tak payah guna asing2. Performance boleh tak jugak Lunascape nie tapi kalao gun ram 1gig ke bwh mmg slow kena guna 2 gig keatas
Catat Ulasan