3 Ogo 2011

Usaha Untuk Halang Dr Jeyakumar Tanding PRU13?

PSM6 didakwa, mohon dibicarakan

Enam aktivis PSM yang dibebaskan daripada tahanan mengikut Ordinan Darurat minggu lalu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana memiliki dokumen subversif.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan ataupun pertuduhan pilihan Seksyen 48 (1) akta yang sama.

Aktivis yang dikenali sebagai 'PSM 6' itu juga menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 29(1) Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) kerana didakwa memiliki dokumen 'subversif'.

Hakim Kamal Hisham Mohd Tajuddin menetapkan jaminan pada RM8,000 setiap seorang sementara menunggu perbicaraan kes bermula 10 hingga 14 Oktober ini.

Keenam-enam mereka adalah ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj dan aktivis PSM yang lain iaitu Choo Chon Kai, Sarat Babu, M Sarasvathy, M Sukumaran, serta A Letchumanan.

Mereka akan dibicarakan bersama 24 aktivis PSM lain yang telah didakwa sebelum ini.

Menurut peruntukan Seksyen 48, mana-mana orang yang didapati bertindak bagi pihak ataupun mewakili sesebuah pertubuhan haram dengan membawa bersama mereka 600 salinan risalah boleh dihukum maksimun lima tahun penjara ataupun denda RM5,000, atau kedua-duanya.

Sementara Seksyen 43 pula memperuntukkan seseorang yang menjadi ahli, menghadiri mesyuarat atau membantu sebuah pertubuhan haram boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau didenda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Tuduhan yang sama juga dikenakan ke atas 24 aktivis lain yang dithana di Sungai Dua, Pulau Pinang ketika dalam perjalanan ke program jelajah 'Udah Bersaralah' pada 25 Jun lalu.

Semua 30 aktivis itu pada mulanya dituduh cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong tetapi ia kemudiannya digugurkan. Mereka didakwa pula menjadi ancaman kepada kenteteraman awam.

Polis kemudian mendakwa keenam-enamnya ditahan kerana “peranan utama” mereka pada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. Semua mereka dibebaskan pada 29 Julai
.

Ulasan GB

Ramai berpersepsi bahawa tindakan KDN mengheret PSM6 ke mahkamah adalah langkah pihak parti pemerintah untuk menghalang Dr Jayekumar daripada bertanding di dalam PRU13 nanti.

Di dalam PRU12 lepas, Dr. Jeyakumar Devaraj (PKR) telah memperolehi 16,458 undi mengalahkan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu (BN) yang menerima 14,637 undi sementara calon Bebas Nor Rizan Onn menerima 864.

Melihat kepada perkembangan mutakhir dimana Najib melantik Presiden MIC sebagai menteri penuh, ia disifatkan oleh pemerhati politik sebagai sebahagian usaha Najib untuk memenangi hati kaum India. MIC pula menggunakan kesempatan itu untuk meraih semula sokongan masyarakat India kepada MIC yang hilang sewaktu PRU!@ yag lepas dan meminta BN tidak mengiktirafkan parti-parti kaum India yang lain seperti PPP dan IPF.

Justeru, penangkapan dan pendakwaan anggota PSM ini dilihat lebih bersifat politik bukan di atas isu keselamatan negara seperti didakwa polis.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang merancang untuk jadikan hampir 2 juta PATI sebagai warganegara itulah sebenarnya anasir subversif kerana terus-terang mengancam keselamatan negara.Bayangkan hampir 2 juta orang asing,yang tak diketahui asal-usul,latar belakang politik dan tujuan masuk kenegara ini serta ramai pula yang masuk cara haram - hendak dijadikan penduduk tetap dan munkin akan diserap jadi warganegara - bukankah ini kerja subversif?Fikirkanlah!!!