Pakatan: Jawapan SPR tak masuk akal
Anggota parlimen Pakatan Rakyat menolak penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa isu pendaftaran penduduk tetap (PR) sebagai pengundi mungkin hanya masalah kemaskini.
"Ini tidak masuk akal," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (kiri) yang mewakili wakil rakyat Pakatan dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman untuk membuat perjelasan kerana baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak SPR negeri semalam.
SPR malam tadi menafikan terdapat penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia boleh memohon bagi tujuan itu.
Sebaliknya, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof, kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Katanya, beliau fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaski.
Khairuddin (kanan) berkata, Abdul Aziz tidak dapat diterima kerana ia masih tidak menjawab persoalan bagaimana status penduduk tetap bertukar dalam tempoh beberapa jam.
Selain itu, tambahanya, timbul juga persoalan kenapa sistem dalam talian itu tidak dikemaskini secara automatik sejurus selepas maklumat baru diperoleh.
"Kalau tidak kemaskini, SPR kena kaji sistem itu," kata Khairuddin yang juga seorang pengamal undang-undang.
Sementara itu, beliau juga mendakwa mengenalpasti seramai 243 pengundi Cina di Paya Jaras namanya masih tercicir dalam daftar pemilih. -mk
Ulasan GB
Salah tetap salah. Mana mungkin anda boleh menjadikan "kesilapan teknikal" sebagai alasan untuk kesalahan yang terlalu ketara?
Ternyata ia alasan yang direka-reka. Ia alasan untuk memperbodohkan orangramai.
Mereka ini perlu disiasat dan dikenakan tindakan.
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR berserta dengan Jabatan Pendaftaran Negara perlu sangat dipenjarakan di atas konspirasi yang tidak bermaruah ini.

SPR nafi penduduk tetap didaftar sebagai pengundi
Sebaliknya, kata pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan penduduk tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi.
Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz dalam SMS kepada Malaysiakini malam semalam.
Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.
"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.
Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.
"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.
Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN. -mk
Ulasan GB
Salah tetap salah. Mana mungkin anda boleh menjadikan "kesilapan teknikal" sebagai alasan untuk kesalahan yang terlalu ketara?
Ternyata ia alasan yang direka-reka. Ia alasan untuk memperbodohkan orangramai.
Mereka ini perlu disiasat dan dikenakan tindakan.
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR berserta dengan Jabatan Pendaftaran Negara perlu sangat dipenjarakan di atas konspirasi yang tidak bermaruah ini.
13 ulasan:
jawapan lepas batuk ditangga oleh spr pecacai umno/bn, depa ni kalau tak kulum anu umno/bn tak senang duduk macam ketagih dadah.
ni kesilapan 'kerani' la tu. puuuiiii.... bodoh punya SPR.
biasalah, bila dah menipu sekali, akan menipu untuk kali kedua untuk menutup penipuan.
'Kebetulan' yang melampau.
Mismah didedahkan sebagai PR dan pada masa yang sama pengundi sah. Semakan online kad pengenalan mismah menunjukkan beliau adalah PR pada paginya, dan selepas perkara ini didedahkan tak sampai 4 jam, status semakan bertukar menjadi Warganegara.
Sedangkan sebuah blog pro BN mengatakan mismah telah memperoleh status warganegara seawal 11 Januari 2011 .
'Kebetulan' pulak 3 hari lepas JPN baru kemaskini database diorang ???
Pendaftaran PATI untuk status penduduk tetap pun mesti ada hadnya,bukan untuk selama-lamanya.Mesti ada perbedaan antara penduduk tetap dengan warganegara.Penduduk tetap tidak sah jadi pengundi dan mereka hanya layak menggunakan Mykad Merah.Syarat-syarat untuk jadi warganegara sudah ada dan wajar dilaksanakan,bukan hari ini dapat Mykad Merah esok boleh tukar pada Mykad Biru.Itu namanya peraturan haramjadah.SPR tak usah nak kelentong rakyat.
Apa gunanya beli kapal tak selam? Kerajaan sendiri yang menjemput musuh untuk masuk ke negara kita.
Cuba tanya penduduk-penduduk di Sabah. Adakah mereka merasa selamat?
Pengkhianat-pengkhianat ini sanggup menjual negara demi untuk terus berkuasa.
Tolong lah taubat UMNO oiii, dah lah asyik kelentong rakyat..ni sampai nak jual tanah air pasal apa.....jadilah...tunggu kau org JPN..SPR..yg kianat ni....bila PR ambil alih saja kau org taulah langit tu tinggi....!!!!!!
Mana Pesaka? maruah negara terancam...
Bangun semua RAKYAT semula utk 3.0 kerana UMNO/BN dah menjadi gila nak memerintah lg sampai sanggup mengkhianat NEGARA..selamatkan tanah air KITA semua kaum MALAYSIA
kalau dah banyak silap letak jawatanlah!!!
Buat BERSIH lagi kami pemuda nak berhimpun lagi, dah tahu cara nak tangani pemedih mata.....
Pendaftaran PATI menggunakan sistem biometric wajar dihentikan serta-merta.Hishammudin wajar semak semula PATI yang dia sudah luluskan untuk jadi warganegara.PATI yang sudah diberi Mykad Biru wajar ditapis semula kerana PATI tidak ada hak untuk berniaga,jadi pemandu teksi mahu pun diberi layanan setaraf dengan warganegara dihospital atau sekolah.Mereka bukan pembayar cukai dan tiada hak untuk menerima kemudahan seperti warga negara.Contohilah Singapura,jiran terdekat Malaysia.PAP tidak berharap kepada PATI untuk terus berkuasa.
A.salam. Pakcik saya mencari rezeki dengan buat outsourcing. Beliau juga orang Muktamar. Terus terang masa saya ikut tak nampak apa yang pincang dalam 6P ni. Malah penerusan rezeki kami nampak seperti jelas. Mungkin kita perlu kaji kekuatannya takut kalau kita tersilap
Catat Ulasan