16 Ogo 2011

Isu Pembesar Suara: UMNO Sengaja Perbesarkan Untuk Burukkan Imej Pulau Pinang

Mufti: Larangan guna mikrofon bukan isu politik, tapi arahan Nabi

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

“Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

“Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni,” katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.


Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka baginda.

“Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

“Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita,” katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.


Isu Pembesar Suara : Ia Bukan Arahan, Tapi Pemberitahuan, Kata Malik

SHAH ALAM 15 OGOS : Pekeliling yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bersabit hukum membaca Al- Quran sebelum waktu Subuh menggunakan pembesar suara adalah salah disisi syarak', adalah pemberitahuan bukannya arahan mutlak, menurut Exco Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim.

Justeru beliau berkata, terpulang kepada kebijaksanaan pengurusan masjid dan surau seluruh negeri itu, sama ada mahu menerima pemberitahuan tersebut ataupun tidak.

"Ini bukan surat arahan tetapi surat surat pemberitahuan untuk masyarakat setempat mengamalkannya, di dalam kehidupan bermasyarakat.

"Terpulanglah kepada masjid- masjid dan surau untuk melihat keputusan ini dan menerima keputusan jawatankuasa fatwa tersebut," tegasnya.

Malik menjelaskan hukum tersebut diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri sejak April lalu dan hanya disahkan pada bulan Jun 2011.

Tambahnya lagi, mesyuarat jawatankuasa itu dipengerusikan mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan disertai ulama, professional agama serta wakil daripada istana.

Keputusan itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang untuk dihebahkan kepada setiap masjid dan surau dinegeri ini.

"Keputusan itu kemudiannya disampaikan kepada Jabatan Agama Islam untuk dipanjangkan sebagai maklumat kepada masjid- masjid," katanya.

Keputusan tersebut dicapai setelah mendapati bacaan ayat suci Al- Quran sebelum waktu Subuh menggunakan pembesar suara mengganggu masyarakat setempat dan menerbitkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat berbilang bangsa.

Mengulas tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan kerajaan negeri dengan keputusan tersebut, Malik menegaskan kerajaan negeri tidak pernah campur tangan dalam isu tersebut berikutan ia adalah dibawah bidang kuasa majlis fatwa.

"Perkara ini langsung tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri dan tidak pernah dibincangkan pada mana- mana peringkat," jelasnya.

Malik kemudiannya membacakan kepada Tv Selangor, surat pekeliling yang ditandatangani Pengarah Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bertarikh 3 Ogos 2011.

Pekeliling itu menyebut, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang, bilangan 2/2011 yang diadakan pada 7 April 2011 memutuskan bahawa bacaan Al- Quran dengan pembesar suara daripada masjid dan surau adalah dilarang menurut hukum syarak'.

Turut disertakan catitan minit mesyuarat Jawatankuasa Fatwa perkara 6.2 untuk perhatian dan tindakan susulan Jabatan Agama Negeri.

"Sehubungan dengan itu dipohon kerjasama tuan- tuan supaya menampal surat pekeliling berserta cabutan minit supaya umat Islam setempat memahami hukum tersebut sekaligus mengamalkan didalam kehidupan bermasyarakat," ujar Malik ketika membaca surat pekeliling tersebut.

Keputusan jawatankuasa fatwa itu disokong Mufti Perlis Dr. Juanda Jaya dengan berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

Turut menyokong tindakan itu adalah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.






Ulasan GB

Hal ini kecil tetapi UMNO membesarkannya untuk mendapatkan political mileage daripada isu ini.

Memang sudah jelas bahawa memang ada hadith sahih yang melarang umat Islam membaca Al-Quran dengan suara nyaring sehingga mengganggu orang lain.

Jika demikian sepatutnya semua pihak kena akur dan patuhi termausk pihak JAKIM sendiri.

Apabila sudah dibuktikan wujud hadith sahih mengenainya, maka fatwa sudah tidak perlu lagi. Fatwa hanya untuk perkara samar yang tidak ada nas sahih daripada Al-Quran dan Hadith.

Malangnya di Malaysia institusi fatwa pun berpolitik. Nak jaga parti UMNO. Itulah taraf kebanyakan mufti di negara ini.

Sementara pengikut UMNO pula menggunakan emosi dan sentimen terhadap isu ini untuk untuk mewujudkan kebencian kepada negeri yang tidak diperintah oleh mereka.

GB kukuh berpegang dengan pendapat GB ini.


6 ulasan:

hyhhh berkata...

hmmm...memang sengaja la perbesaq isu nie sebab nak rampas balik...

Entri Menarik Di Sini:
1)Menarik!! Gambar Rusuhan Di UK Apabila Diphotoshopkan..
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4

Tanpa Nama berkata...

Semasa Gerakan berkuasa diPulau Pinang tak banyak UMNO(baca Geng Mamak)buat angkara di pulau tu.Dikira Gerakan lebih Cina dibandingkan dengan DAP.Munkin sebab Gerakan adalah komponen BN dan DAP bukan.Begitu banyak yang telah dilakukan oleh Ketua Menteri PP terhadap Islam dibandingkan zaman Gerakan.Sah UMNO geng Mamak ni memang sekadar nak membesarkan perkara kecil untuk cari publisiti murah.

Khairi berkata...

Kepada Pimpinan Islam PR,

Saya merayu anda semua berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. UMNO akan semtiasa mencari peluang kesalahan maupun kesamaran kenyataan yang anda semua keluarkan. Dalam politik, UMNO bukan kira halal, haram, wajib, sunat maupun harus, yang penting mereka akan cuba timbul keraguan rakyat samada Islam atau bukan Islam untuk mencurigai PR dan seterusnya tidak sokong & undi PR.Siapa untung?

Tanpa Nama berkata...

UMNO PARTI ISLAM YANG TAK TAU HARAM ATAU HALAL

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kita beria-ria nak larang pembesar suara untuk bacaan azan sebelum subuh...di Pulau Pinang...kat negara arab..depa pasang lagi kuat..kerana nak naik syiar Islam dan kenapa pula kat Pulau Pinang tiba-tiba kita nak larang pulak!!!

Tanpa Nama berkata...

Akar serabut UMNO harus sedar, selama ini mereka berada di pihak yang salah, berubahlah sekarang sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu, jika sesuatu kaum itu sendiri tidak mahu mengubahnya.