31 Ogo 2011

Akhirnya Che Rosli Buat Pengakuan Tak Sokong Lynas

Che Rosli: Saya tak langgar dasar PAS, tak sokong Lynas

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Dr Che Rosli Che Mat berkata akan akur dengan sebarang tindakan parti Islam itu sambil menegaskan, beliau hanya muncul di TV3 atas kapasiti peribadinya sebagai seorang saintis.

Menjawab pendirian kontroversi mengenai loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dan desakan agar dikenakan tindakan disiplin, Che Rosli berkata, beliau sebenarnya telah memaklumkan saluran swasta itu bahawa tidak akan hadir sebagai wakil PAS, sebaliknya selaku seorang pakar dalam bidang sains nuklear.

Che Rosli mengetepikan kritikan banyak pihak dengan berkata, “seperti Dr Ahmad Termizi Ramli (Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan), saya muncul di TV3 sebagai saintis. Itu sahaja.”

“Saya memberitahu wartawan TV3 bahawa saya perlu mendapatkan kebenaran presiden parti, tetapi oleh kerana wartawan Karam Singh Walia telah menelefon saya dua tiga kali, saya pun kata bahawa saya hanya akan hadir atas kapasiti sebagai seorang saintis,” kata bekas pensyarah sains nuklear kepada The Malaysian Insider.

Malangnya tegas Che Rosli, beliau telah diatribut sebagai wakil PAS — “Ahli Parlimen PAS” sehingga membawa kepada kontroversi sekarang.

“Bila saya disebutkan sebagai Ahli Parlimen PAS, maka ia menjadi kontroversi,” kata beliau.

“Saya hanya pergi sebagai seorang saintis, saya tidak bertindak bertentangan dengan parti, saya juga tidak menyokong Lynas,” katanya dengan merujuk kepada pandangannya bahawa hanya memberikan cadangan bagaimana sisa buangan loji Lynas boleh diuruskan.

“Sekarang sudah jadi isu kontroversi,” kata beliau yang bersedia untuk bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Saya akan bertemu dengan presiden parti, tetapi kalau nak saya beri penjelasan... boleh, tiada masalah, sila hantar surat secara formal, melalui surat berdaftar... saya akan pergi, sekarang saya baru dengar melalui akhbar, belum ada surat rasmi,” kata wakil rakyat ini sambil menambah, “saya dengar akan dikenakan tindakan kerana melanggar disiplin, katanya nak panggil saya beri penjelasan.”

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan dipanggil ke ibu pejabat parti pada minggu kedua bulan depan.

Dalam satu kenyataan Mac lalu, Che Rosli pernah berkata, negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah dengan mendahului kerajaan persekutuan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui ini demi masa depan rakyat dan lestari alam.

Katanya, jika sisa-sisa buangan ini dijana dengan betul satu penghasilan tenaga baru akan meningkat.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider, partinya akan memanggil Che Rosli, yang dilaporkan menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan, untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun pucuk pimpinan tidak menganggap kenyataan wakil rakyat itu sebagai satu tindakan melanggar disiplin parti walaupun bercanggah dengan pendirian PAS.

“Kami akan minta YB Che Rosli agar memberi penjelasan kepada pucuk kepimpinan kerana apa yang dikatakan oleh beliau bercanggah dengan pendirian parti,” kata Tuan Ibrahim sambil menambah, “setakat ini apa yang dikatakan oleh beliau tidak boleh dianggap sebagai isu disiplin.”

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Che Rosli kemungkinan telah memberi pandangannya mengikut kepakaran beliau dalam bidang nuklear, tetapi pendirian parti adalah berlainan iaitu tidak bersetuju dengan loji Lynas didirikan di Gebeng.

Akhir minggu lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Che Rosli yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar memanggil Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad memberitahu The Malaysian Insider tindakan Che Rosli itu tidak boleh diterima kerana beliau sepatutnya menyatakan sokongan melalui akhbar rasmi parti, Harakah.

“Kita tahu beliau menyokong loji itu semasa kali pertama kita bincangkan isu ini pada 2009. Tetapi selepas berunding dengan pakar lain, pendirian PAS adalah membantah projek itu. Tetapi sekarang beliau telah masuk ke musuh untuk serang parti sendiri,” katanya.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh mengatakan Dr Ahmad Termizi dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli didakwa bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

Fuziah berkata, Che Rosli hanya bercakap tentang soal bahaya radiologi sedangkan beliau dan penduduk di sekitar loji itu telah berunding dengan ramai pakar dalam beberapa bidang termasuk kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar. -TMI

Ulasan GB

Dan kita berharap isu ini sekali lagi memberi pengajaran kepada YB-YB dan pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat.

Isu ini menjadi kontroversi kerana Che Rosli tidak dapat menepis pelawaan Karam Singh Walia - yang kemudiannya "bersetuju" untuk pergi sebagai seorang saintis.

“Saya memberitahu wartawan TV3 bahawa saya perlu mendapatkan kebenaran presiden parti, tetapi oleh kerana wartawan Karam Singh Walia telah menelefon saya dua tiga kali, saya pun kata bahawa saya hanya akan hadir atas kapasiti sebagai seorang saintis,”


Kita tidak dapat memisahkan diri kita menjadi dua. Seorang YB PAS, seorang saintis. Orang sudah kenal siapa kita. Dan apa-apa juga perkataan kita yang berbeza pandangan dengan dasar parti di kaca TV arus perdana sepastinya dieksploitasi dan dimanipulasi sepuasnya oleh mereka.

Che Rosli akhirnya membuat kenyataan beliau tidak bersetuju dengan projek Lynas. Baguslah.

“Saya hanya pergi sebagai seorang saintis, saya tidak bertindak bertentangan dengan parti, saya juga tidak menyokong Lynas,”

Kenyataan seperti itu sepatutnya disuarakan semasa wawancara berkenaan untuk mengelakkan ia menjadi kontroversi. Tetapi Che Rosli terus bercakap dengan menyerang YB Pakatan Rakyat pula. Jadi beliau tidak boleh menyalahkan pihak yang berpersepsi negatif terhadapnya.

Natijahnya, berlakulah apa yang dikatakan kontroversi itu.

Episod ini sepatutnya membuka mata semua pemimpin parti komponen PR. Jangan mudah terpedaya dengan bujukan media arus perdana. Jangan timbulkan kekecohan menjelang pilihanraya.

Ulasan GB sebelum ini di SINI. Petikan:

Kita sentiasa mengingatkan supaya berhati-hati terhadap mikrofon wartawan dari media arus perdana, tetapi yang kali bukan sekadar mikrofon, siap dengan paparan kaca TV lagi!

Dan yang aneh beliau berdalih menyatakan hendak dicakapkan adalah hal-hal teknikal sedang yang berlaku ialah serangan sesama ahli parlimen di kalangan Pakatan. Bukankah itu pendustaan namanya di bulan puasa?

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh Walia mengatakan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik. -TMI


dan tanpa segan silu beliau menghentam akhbar Harakah melalui kaca TV3:

Che Rosli turut mengkritik akhbar rasmi PAS, Harakah kerana bersikap tidak adil terhadap beliau berbanding Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fauziah Salleh yang sering disiarkan kenyataan-kenyataannya berhubung nuklear dan isu Lynas yang bertentangan dengan pendiriannya. -Harakahdaily



19 ulasan:

TarakNama berkata...

nak buat camna gb..
perangai gila microphone tu
tak boleh nak buang...
cuba cakap no komen
habih cerita.. nie tak...

entahlaa GB...apa2 pon..
Salam aidilfitri dari saya...
teruskan perjuangan anda..
kerana anda ada kekuatan
dalam bidang ini....

modesto berkata...

sebagai saintis, dia sokong, sebagai ahli parti, dia tak sokong. ape kebenda cakap ni? tak merepek ke? boleh pulak tukar-tukar pendirian macam tukar baju.

mohamad berkata...

kata Dr Rosli beliau hadhir sebagai saintis, bukan sebagai Ahli Pas dan bukan sebagai Ahli Parlimen PAS. Aku heran dan rasa pelik. Adakah pendirian PAS mengenai LYNAS tidak ada penasihat sains. Bangkang projek tersebut atas alasan kerana nak bangkang? Adakah Dr Rosli akan dipanggil kalau dia bukan ahli PAS? adakah Dr Rosli sorang saja pakar nuklear dalam Malaysia ni atau dalam Asia atau dalam Dunia. Dr Rosli berpendidikan tinggi seharusnya dapat membaca tektik musuh. Karam Singh kerja dengan TV3, kalau bukan kerana Dr Rosli itu ahli PAS, tambahan pula ahli Parlimen ia tidak akan dipanggil. Ramai lagi ahli sains yang ternama boleh dipanggil. tapi oleh kerana niat mereka nak melemahkan bangkangan terhadap projek tersebut maka di panggil Dr Rosli kerana ahli PAS. Dr Rosli bukan lah orang bodoh, mungkin Dr Rosli juga ada agenda lain. Kenapa Dr Rosli tak bawa usul ini dalam mesyuarat PAS terlebih dahulu untuk dibincang. dijadikan satu pendirian parti. pendirian yang ada justifikasi. Sekarang ini Dr Rosli telah menyusahkan banyak pihak dalam pakatan rakyat. menyusahkan presiden, setiausaha, Naib-naib dan ketua penerangan. cukupkah Dr Rosli menarik balik pendapatnya setelah semua melihat alasan yang diberikan dalam TV3 yang ditontoni oleh ramai rakyat malaysia. kali ini atas alasan apa pula? alasan kerana dijemput berkali-kali oleh Karam Singh adalah alasan cap ayam. siapa karam singh? pembuat dasar kerajaan ke? pakar nuklear ke? kalau setakat karam singh dr Rosli sudah tak betah untuk duduk diam dirumah bila dijemput, tak tau lah aku bila nazri aziz, muhyiddin atau Najib yang jemput. mau-mau seminggu tidak tidur menunggu pelawaan yangh berikutnya. ada sedikit habuan semua beres. aku adalah salah seorang ahli PAS bawahan yang hidup penuh derita angkara UMNO. bagi aku Dr Rosli tak layak untuk menjadi pemimpin. kalau nak hidup senang, dalam PAS bukan tempatnya. Berambuslah kalau nak cari kekayaan ketika usia masih muda. Jamaah tidak memerlukan orang yang menyusahkan Parti. kalau tak sanggup mati untuk perjuangkan islam, jangan duduk dalam parti islam.

Tanpa Nama berkata...

Bro... dia cakap guna akal dan status.. dia cakap dari segi intelek. Dan sudah terang bahawa projek tersebut selamat mengikut beliau so napa tak nak akui pendapat beliau... korang lagi terer ke?

Khairi berkata...

YB & YB PR yg lain, kita berjuang menentang UMNO & BN, sudah tentu mereka juga akan cari jalan utk tembak PR, media TV3 itu kepunyaan mereka, maka fahamilah kita yg mereka akan mencari "point" utk "attack" PR. Takkan itu pun YB tak faham. YB mungkin gunakan kepakaran YB utk menyatakan pendapat YB tetapi YB telah membuka peluang & ruang utk UMNO menjatuhkan PAS & PR. Masa utk kita pilih pemimpin berdasarkan individu & kewibawaannya telah lama tak relevan, itulah yg cuba diperjuangkan oleh pengikut DSAI masa dalm UMNO dulu. Kalau pimpinan UMNO mahu berubah, nescaya selepas kejutan pilihanraya 2008, mereka telah mengambil tindakan yg drastik dgn membuang semua pimpinan yg rasuah atau nampak rasuah dan juga pemimpin yg bermasaalah. Pokoknya, kalau UMNO nak buang pemimpin seperti itu, tak ada siapa lagi dalam UMNO, semua kena buang.Persoalannya disini, kenapa YB gunakan saluran yg tak betul ini? Apa yg saya cuba utarakan disini ialah walaupun YB seorg "Pakar" tetapi kalau YB bertanding atas tiket BN, kita rakyat tak akan undi YB, yg akan undi YB adalah org UMNO yg berkepentingan, hantu-hatu yg diberi nyawa oleh SPR dan PATI yg diberi warganegara secara licik dan jahat oleh manusia pengkhianat negara.Siapa mereka? Usah lah YB nak cuba selamatkan mereka yg dah tenat itu. Marilah kita jatuhkan mereka, UMNO/BN dan kita tegakkan masa depan Malaysia yg lebih baik.

pcbahar berkata...

Apa jenis pemimpin cakap berdolak-dalik.. Lepaskan saja jawatan tu, senang..

Waris berkata...

Dah pandai putar belit dah. Bapa borek anak rintik. Presidn belit, anak buah pun sama belit.

Nak nafi apa lagi sekarang ni? Nasi dah jadi bubur. Orang felda dah dengar dan percaya. Orang felda tak tau pun YB mangkuk hayun ni nafi.

Kalau dah bodoh jangan jadi pemimpin pas. Masuk je umno dan jadi menteri alam sekitar. Hadi awang pun boleh letak jawatan sebagai ahli pas dan jadi menteri agama.

Bebal betul lebai-lebai pas ni. Tak reti nak baca niat busuk orang lain.

Tak guna jadi alim ulama tapi bodoh.

zamani berkata...

ada 2 dr dalam pas yang aku sangsika ,kenapalah korang masuk pas,apa tujuan korang,islam agama suci,tolong jangan serabutkan fikiran aku,aku ni rakyat bawahan tak ada dr,datuk atau apa2 yang setaraf dengannya cuma hidup ku adalah untuk islam dan pas,korang dah buat aku marah geram dan rasa nak sepak kepala korang,kalau korang nak duit tolong tinggalkan pas,kami miskin wang tapi jiwa kami lebih baik dari kamu pada zahirnya,apa2 pun korang berdua tidak lagi di perlukan dalam pas,,,,berambuslah....

hussin berkata...

Bayangkan pas dalam kerajaan perpaduan st miguel beli exxon mobil! Kepimpinan ulama bukan bererti presiden, timbalan presiden mesti ulama. Bayangkan pas dilihat sanggup menjadi penghapus dosa umno? Ada akai ke?

Kalau dah pilih politik, biarlah sesuai ucapan dan tindakan dengan baju yang dipakai! Kaji semula kedudukan dan perkasakan majlis syura ulama, pas tak akan jadi celaru macam hari ini. Nabi saw dulu pun pengkhianat kerana menetang bangsa baginda sendiri. Tidak wujud arab-islam, islam- arab, apatah lagi melayu-islam, islam-melayu!

Kalau tak leh sesuaikan kelulusan dengan iklim politik, keluar baris lagi baik, tak pening jemaah! Ingat, khalifah abu bakar as sidiq habis harta untuk agama, bukan membuat harta dengan agama!

Ramadhan telah berlalu, hendaknya perjuangan lebih mantap, tiada lagi kecelaruan. Jika masih berlaku flip flop, maknanya ramadhan yang lalu tidak berjaya merubah sikap untuk menjejaki perjuangan para sabat ra.

Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah okey..okey lah...Punyalah bodoh puak PAS ni...asyik nak bangkang saja...dasar bangsat..

Tanpa Nama berkata...

PENGISTIHARAN

ADALAH DIMAKLUMKAN BERMULA DARI TARIKH INI 2 SYAWAL 1432, SEMUA AHLI PARLIMEN ATAU AHLI DEWAN UNDANGAN NEGRI ATAU PEMEGANG APA APA JAWATAN PAS PUSAT ATAU PAS NEGERI DAN JUGA ATAS KAPASITI PERIBADI, KEPAKARAN PERIBADI ATAU SELAIN NYA PERLU MEMATUHI UNTUK TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG KENYATAAN KEPADA PIHAK MEDIA TV1, TV2, TV3, TV7, ATAU MANA MANA TV SWASTA BN, MEDIA CETAK BN DALAM APA APA ISU MELAINKAN MENDAPAT KEBENARAN KETUA PENERANGAN PAS PUSAT.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun dia saintis @ pakar, tak bermakna pendapat dia boleh terima.
Logiknya, dalam perubatan pun kita kena dapatkan 2nd atau 3rd opinion berkenaan satu2 kaedah rawatan walaupun pendapat pertama juga dari doktor yg arif dalam perubatan.
Tanyalah mereka2 yg berpengalaman dalam mencari 2ndf opinion dalam masalah perubatan. Kadang2 pendapat pertama suruh potong jari, tapi pendapat kedua ada kaedah lain yg lebih baik.
Lagi satu, kalau takdak logi ni pun bukannya boleh menjejaskan umat. Jadi, ianya hanya bersifat harus. Sedangkan taat pada pimpinan adalah lebih dituntut dalam jemaah Islam. Maka ada baiknya Adun ni belajar prioriti dalam membuat keputusan.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya ramai orang tahu Ahli Parlimen ini seorang yang sombong, takbur dan angkuh.

Saya pun hairan bagaimana beliau boleh terpilih jadi calon dahulu. Sekarang terbukti sgt keangkuhannya.

PAS perlu berhati-hati memilih calon nanti.

Tanpa Nama berkata...

Ini merupakan masalah perwakilan dalam politik Malaysia. Pihak-pihak berada, berkemampuan dari segi kekayaan dapat meluangkan penuh masa dalam kerja-kerja politik.

Maka timbullah keadaan golongan bangsawan membolot politik dengan kacamata peluang-peluang kekayaan untuk menjadikan asas perjuangan dengan meminggirkan kepentingan rakyat kebanyakan.

Ini harus difahami kenapa golongan guru-guru tidak lagi mendapat peluang dalam UMNO dan juga siapa menjadi pemimpin dalam MCA jang juga terjadi kini dengan DAP.

Adalah penting perwakilan dalam politik benar-benar memberi peluang kepada aktivis-aktivis yang rapat dengan akar umbi untuk menerajui jawatan-jawatan utama serta juga menjadi YB. Ini memerlukan sistem pembiayaan politik yang telus untuk menyokong aktivis-aktivis yang berkaliber dan berintegriti.

Tanpa Nama berkata...

Taat pada ALLAH,
Taat pada RASUL,
Taat pada KETUA!
Taat pada PARTI (kalau nak berpolitik). Tak kan Dr.Panadol ni tak paham atau kocek dak masyuk.

1 Malaysia berkata...

Kenapa cakap berbelit ni? Kan Aku dah kata dulu. Kalau kita nak membangunkan tenaga baru seperti nuklear, adakah kita sudah ada pakar-pakar / pengawai-pegawai kerajaan yang berintegriti tinggi? Bukankah Dr ini pernah terlibat dalam kegagalan projek nuklear di Perak dulu? Kalau macam tu, apakah pendapatnya relevan dan tinggi ilmiahnya?
Kalaulah dia hadir dalam wawancara tu sebagai saintis, kenapa dia tu dok serang PKR? Kalau hadir saintis, bercakaplah tentang kepakaran dan benda-benda yang ilmiah yang berkaitan dengan nuklear dan bukan mengutuk orang yang menentang projek berkenaan. Sebagai seorang saintis, beliau hanya mengemukakan hujah-hujah dari kajian yang beliau 'telah' lakukan di kawasan tersebut. Adakah beliau telah membuat kajian di tempat tersebut? Sebagai seorang DR., bukankah kerjanya mengkaji dulu dan mendapatkan segala maklumat dari kajiannya itu, barulah membentangkannya. DAN HANYA BERCAKAP TENTANG KAJIANNYA SAHAJA. BUKAN MENGHENTAM ORANG LAIN SEBAB SAINTIS BUKAN AHLI POLITIK.
Nasihat kepada Dr, integri Dr telah tercalar dan ini telah menjadi sejarah. Lebih baik Dr jangan bertanding lagi dan Dr berpatah balik ke bidang yang Dr minati iaitu NUKLEAR. BUATLAH KAJIAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH AGAR DR DAPAT MENCIPTA SATU TENAGA BARU YANG SELAMAT DAN BOLEH MEMBAWA KESEJAHTERAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA. DI WAKTU ITULAH DR AKAN DIHORMATI SEMULA.

Tanpa Nama berkata...

Ini lah PAS, ahli yang intelek kekadang jadi BANGANG.!! Tu pun dok tamak nak mintak kerusi banyak2 dalam PRU akan datang..Bagi mereka (ADUN/MP) kalau tak boleh atau tak mampu nak mendokong dasar parti.. SILA BLAH CEPAT CEPAT..jangan bongkak sehingga boleh menjahanamkan PAKATAN RAKYAT..!! Prghhhh!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Jawapannya mudah je.. YB BANGANG. Elok letak jawatan demi maruah diri dan parti. Bersilat lidah kerana tersepit. YB yang berpotensi boleh dijinakkan oleh musuh.

Tanpa Nama berkata...

Kat malaysia ni nak pantau kilang buat sarong tangan getah supaya tidak mencemar alam sekitar pun tak mampu,tambah le nak pantau kilang Lynas ni.Projek Lynas adalah projak yang malang buat orang kuantan,percayalah.Uku ni belajar nuklear juga kat U dulu cuma tak jadi saintis,tapi banyak sain surat masa jadi pegawai kerajaan.Kini aku dah pencen dah.