31 Ogo 2011

Kakitangan Kerajaan Pusat Cuba Sabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

Exco Selangor Dr Xavier Jeyakumar berkata isu kakitangan 'keras kepala' yang enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat melicinkan urustadbir negeri sudah lama disedari umum.

Buktinya, kewujudan beberapa jabatan baru yang berhubungan terus dengan Kerajaan Persekutuan sehingga menyebabkan berlaku masalah dalam urustadbir negeri.

"Mereka tubuhkan jabatan ICU, JKKP dan sebagainya di luar kerajaan negeri. Tidak ada bantuan dari Jabatan Tanah, dan Majlis daerah. Dan organisasi ini lakukan kerja tidak seperti dahulu," kata beliau ketika ditemui di Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan negeri Selangor hari ini.

Xavier berkata pertemuan beliau dengan duta Amerika Syarikat pada 11 September tiga tahun lalu adalah atas jemputan mereka.

Dalam pertemuan itu beliau membincangkan kekangan yang dihadapi Pakatan Rakyat selepas berjaya merampas negeri yang paling berharga untuk Barisan Nasional.

"Saya ingat apa yang saya beritahu bukan isu yang tidak diketahui tapi tidak difahami tapi itu cara kerajaan pusat cuba ambil alih negeri Selangor tidak kira apa yang dilakukan," tegas beliau

Kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa anggota Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri menghadapi kesukaran ketika berurusan dengan kakitangan awam yang degil itu.

Kakitangan berkenaan, menurut laporan memetik Jayakumar sebagai berkata ada pegawai kerajaan negeri yang masih "terikat dengan kerajaan BN (bekas) Perdana Menteri Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan usaha BN bagi menetapkan struktur selari bagi mengalihkan dana daripada disalurkan kepada kerajaan negeri”.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baru-baru ini Najib ada menyebut tentang sistem demokrasi ala-Wesminister.Cakap aje tak guna kalau tak tak faham betul-betul.Ciri penting dalam sistem ala-Westminister ni adalah "seperation of power".Tak taulah sama ada Najib ni faham atau tidak maksud "seperation of power".Kalau PM dulu,Mahathir Kutty,dia tak faham.Dalam Perlembagaan Negara ada juga disebut "federalism".Tak tau sama ada Najib faham maksudnya atau tidak.Hal-hal inilah yang menyebabkan pentadbiran negara huru-hara sebab PM tak faham apa yang tercatit dalam Perlembagaan Negara.

Khairi berkata...

Usah percaya PM Najib, usah percaya kera jaan Persekutuan, PR mesti tumpukan kpd agenda membangun bersama rakyat, lahirkan pemimpin yg amanah & berintegriti, bawalah rakyat Muslim utk sama-sama menghayati & menghidupkan ibadah malam, tak mampu setiap minggu, lakukan setiap bulan, tak mampu setiap bulan, lakukan setiap "quarter", pokoknya kita mesti berusaha melahirkan suasana seperti bulan Ramdhan yg lepas, lantik hanya pegawai negeri PR yg berkelayakan yg mahu kerja bersama PR, "tight control" utk pegawai Persekutuan, walaupun saya tak pasti apa langkah yg PR boleh ambil sebab saya bukan pegawai kerajaan, Yg pasti kita tidak boleh hilang fokus. Dalam masa yg sama, kerajaan PR mesti teruskan tekanan kearah perlaksanaan tuntutan Bersih. Ini adalah "key" kearah pemilihan pemimpin mengikut kehendak rakyat, bukan sebab SPR atau UMNO.

Tanpa Nama berkata...

la... baru tahu ke??? kami kat kelantan dah lama rasa...

hussin berkata...

Inilah perlu dan pentingnya pakatan rakyat mengambilalih putrajaya. Banyak pembikpulihan pentadbiran diperlukan khususnya di kementerian2 dan jabatan2. Rakyat bukan nak mengajar umnobn tetapi umnobn yang perlukan sangat pengajaran dari rakyat!