12 Jul 2011

Putera Azamuddin Mohon Bondanya Dipenjarakan

Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada Putera Azamuddin Shah Abdul Shah, anak saudara Sultan Selangor, memfailkan permohonan komital untuk memenjarakan bondanya sendiri kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah.

Peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita bahawa hakim menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz (gambar) yang merupakan adinda Sultan Selangor, tidak hadir ke mahkamah.

Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun lepas dan permohonan itu sepatutnya didengar hari ini di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah.

Pada 8 Jun lepas, Putera Azamuddin Shah memohon perintah komital itu kerana bondanya itu gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 juta.

Mengikut notis usul, Putera Azamuddin Shah berkata mahkamah telah membenarkan permohonannya untuk perintah pelaksanaan spesifik pada 19 April lalu dan bondanya dikehendaki menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham itu dalam tempoh lima hari selepas itu.

Bagaimanapun, beliau mendakwa bondanya sehingga kini dengan sengaja tidak berbuat demikian dan ia jelas mengingkari perintah mahkamah.

Afidavit sokongan Putera Azamuddin Shah menyatakan bahawa bondanya telah bersetuju untuk membeli kesemua 100,000 unit saham miliknya dalam syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd. -BERNAMA

Ulasan GB

Tajuk dan kisah yang mengerikan. Berlakunya hal ini di negara kita.

Kerana wang & dunia, anak sanggup mohon bondanya dipenjarakan.

Betapa benarnya sekarang ini apa yang dikatakan "akhir zaman" itu.


9 ulasan:

sydeen aka saidin berkata...

Bila kejahilan & nafsu mengusai diri, ini la natijahnya

Lang berkata...

agaknya nnt, bila di tanyakan soklan "ma rabbuka?", apakah jawapan yg akan keluar?

Tanpa Nama berkata...

Itule keroje raja-raja melayu, berebut harta. Pasai tule dok ugut rakyat marhaen yang menyertai bersih.

acoy2348 berkata...

DUNIA AKHIR ZAMAN...KERANA WANG ANAK SANGGUP DERHAKA...INGAT LAH KITA DTG DARI SIAPA..IBU YG MEMBESARKAN KITA

Tanpa Nama berkata...

Inilah bahananya bila darjat dan harta menjadi pertaruhan hidup.
Ini kes ada kaitan dgn Sunshine fleet yg gagal siapkan projek hospital shah alam tu..

hairan berkata...

Jadi betul la apa yg RPK kata yang kaum kerabat raja pun berebut harta n projek.... apa la cakap lain buat lain!!!

ini mayb contoh terbaik hasil didikan orang2 bangaswan mendidik anak dengan harta n wang... minta jauh!

Tanpa Nama berkata...

Sunshine Fleet - Hospital Shah Alam yg terbengkalai....

Arekoo... berkata...

Dia ni bangga dok bgtau org ramai dia saman mak die..apa la nk jd..Allah turunkan bala br ko tau.pastu dok bangga dgn keturunan.klu akhlak hancur xgune pun keturunan lu brader.bkn darah ko warna lain,bkn ko tak mati..sedar la diri ckit..

Arekoo berkata...

Igt klu takde mak tu ko xde kt dunia ni..jgn nnt anak2 ko wat kt ko lak..bkn selamanye kita kt atas brader..nk org pggl ko 'Yang Mulia' tp mulia sgt ke akhlak tu?!?!?!?klu anak aku ni kompom aku tak halal mkn,minum,ilmu,malah pakaian2 sekali aku haramkan dr ko kecik..