29 Jul 2011

Polis Guna Kekerasan Tanpa Ada Sebarang Provokasi


Tindakan polis melepaskan 12 das tembakan gas pemedih mata di terowong berhampiran KL Sentral pada 9 Julai lalu adalah satu tindakan dengan niat, kata naib presiden PKR, Tian Chua.

Malah katanya, dakwaan bahawa anggota keselamatan menggunakan kekerasan minimum menyuraikan peserta himpunan aman bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih juga adalah tidak benar.

Rakaman video ketika di KL Sental jelas menunjukkan pasukan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata secara bertubi-tubi ke arah kumpulan berkenaan tanpa henti walaupun dalam keadaan peserta dikepung.

"Sesiapa saja dalam keadaan itu akan melihat bahaya jika berada di kawasan tertutup itu sekiranya polis melepaskan gas pemedih mata,"ujar beliau.

Namun katanya, rakaman yang dipaparkan polis pula setelah dua minggu himpunan Bersih berlangsung tidak memaparkan senario sebenar.

"Rakaman video itu hanya menunjukkan beberapa orang yang meluru keluar ke kawasan lapang, dan gas pemedih mata kemudiannya ditembak tepat ke arah orang ramai," katanya.

Beliau mendakwa tindakan polis ini berniat untuk menyebabkan bahaya teruk ke atas kumpulan yang berhimpun secara aman tanpa sebarang amaran.

"Ianya tindakan tanpa provokasi dan tidak wajar. Ianya adalah kekejaman polis," kata ahli parlimen Batu itu lagi.

Tambahnya, video polis yang disunting itu juga menunjukkan bahawa kumpulan berkenaan berarak keluar dari KL Sentral dan disekat oleh sekumpulan polis.

Menurut Tian, video yang disiarkan oleh stesyen televisyen juga tidak memberi gambaran sebenar terhadap apa yang berlaku di kawasan berkenaan dalam kejadian itu.

"Video berkenaan dikatakan menunjukkan saya mengetuai peserta demonstrasi ke hadapan. PRDM menekankan bahawa ia merupakan bukti provokasi," kata Tian lagi.


Tian yang pernah didakwa kerana tuduhan menggigit polis itu juga berkata, tindakannya itu digambarkan sebagai berniat untuk "menyerang" atau menyebabkan bahaya fizikal ke atas anggota polis.

"Kerajaan perlu menerima tanggungjawab bahawa kekerasan melampau telah digunakan ke atas demonstrasi Bersih. Pemburuan ke atas saya atau peserta lain tidak boleh melepaskan (kerajaan) daripada keganasan yang dilakukan pada 9 Julai," katanya lagi.

Keganasan polis di KL Sentral menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya dan juga ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengalami kecederaan. -tvsnews




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

polis betul-betul kejam dan tak patut.
polis dah luluskan permit untuk perhimpunan bersih di tempat awam.
polis kumpulkan pejuang (jihad) bersih dalam satu kawasan tertutup, kemudiannya polis tembak mereka semua dengan gas pemedih mata. macam nazi bunuh yahudi ya....naya...