8 Jul 2011

Kerajaan Dan Polis Biadab Terhadap Suruhanjaya Lantikan Agong, SUHAKAM

Suhakam: Hak perhimpunan aman mesti dilindungi

Kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)

Dalam satu kenyataan pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam juga mengulangi ingatan bahawa kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat pula terkandung dalam Perkara 19 UDHR.

Justeru, katanya Suhakam mengalu-alukan konsultasi di antara pihak berkuasa dan BERSIH 2.0 berhubung dengan cadangan perhimpunan, yang akan diadakan di sebuah stadium.

“Suruhanjaya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara ini dapat dicapai antara pihak berkuasa dan BERSIH dalam semangat perdamaian, seperti yang dititahkan oleh baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong, dan akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,” katanya.

Menurut Hasmy, Suhakam juga bimbang dengan penangkapan dan penahanan beberapa ahli parlimen serta aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Sehubungan itu, katanya Suhakam menuntut kerajaan supaya segera membebaskan mereka yang masih ditahan itu.

“Mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 UDHR yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya; setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka; dan setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,”
katanya.

Hassmy juga mengingatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), adalah menjadi tanggungjawab mereka menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.

“Dalam perkara ini, Suruhanjaya telah berulangkali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia,” akhirnya. -mk


Suhakam harap Bersih dibenar himpun di stadium, patuh ‘resolusi 5 Julai’

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Sementara polis mempertingkatkan tindakan mereka termasuk memperoleh perintah mahkamah semalam, Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa rakyat - dalam kes semasa Bersih 2.0 - mempunyai kebebasan berhimpun secara aman sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara itu, yang dicapai selepas pertemuan Bersih 2.0 dengan Yang di-Pertuan Agong 5 Julai lalu, dapat dicapai antara pihak berkuasa dan gabungan tersebut dalam semangat perdamaian.

“(Suhakam) akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Hasmy berkata Suhakam mengalu-alukan konsultasi yang sedang berjalan antara pihak berkuasa dan Bersih 2.0 berhubung dengan cadangan perhimpunan esok, yang mahu diadakan di Stadium Merdeka, setelah menurut titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Julai dan majlis menghadap pada keesokan hari.

“Walaupun mengalu-alukan perkembangan positif ini, dalam keadaan sekarang, Suhakam ingin mengulangi bahawa kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan serta Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat,” katanya.

Polis yang tidak membenarkan perhimpunan aman Bersih di Stadium Merdeka juga telah memperoleh perintah mahkamah melarang 91 orang daripada memasuki Kuala Lumpur esok.

Ia termasuklah pemimpin Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno. Hasmy berkata, Suhakam juga ingin menyatakan rasa kebimbangan tentang penangkapan dan penahanan beberapa Ahli Parlimen dan aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan menyeru pihak berkuasa untuk membebaskan mereka yang masih ditahan dengan segera.

Kata beliau, mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya dan setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka, selain setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

“Sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.

“Dalam perkara ini, Suhakam telah berulang kali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia,” katanya lagi. -TMI



Ulasan GB

Apa yang jelas ialah tindakan kerajaan dan Polis membelakangkan pandangan SUHAKAM, sebuah Suruhanjaya bebas yang telah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong, sebagai satu tindakan yang biadab dan tidak bertanggungjawab.

Sekiranya kerajaan dan polis masih terus-teruskan menghalang dan menyekat perhimpunan aman BERSIH 2.0 esok, yang nyata seperti yang GB telah suarakan sebelum ini bahawa: indeks hak asasi manusia Malaysia akan merudum jatuh dengan teruk dan dengan sendirinya akan menjauhkan para pelabur ke negara ini. Polis dan kerajaan UMNO BN perlu dipertangungjawabkan nanti.

Segala momokan media mengenai perhimpunan aman yang secara berterusan dilabelkan sebagai perhimpunan haram adalah sesuatu yang paling jijik dan ia seperti menunjukkan kepada dunia bahawa media massa Malaysia masih terkongkong di era zaman batu yang tidak bertamaddun.

Diperburukkan lagi apabila jabatan-jabatan agama Islam menjadikan mereka sebagai kuda tunggangan pihak berkuasa yang turut mengeluarkan fatwa songsang mengenai perhimpunan aman ini di dalam khutbah-khutbah Jumaat yang lebih menjurus ke arah menjaga kepentingan dan kedudukan pemerintah dari menjelaskan hal kebenaran dan keadilan yang amat dipentingkan oleh agama.

Di dalam keadaan yang ada, apa juga tindakan dan tekanan yang dilakukan oleh polis dan kerajaan terhadap BERSIH 2.0, telah dan akan hanya menjatuhkan integriti dan kredibiliti mereka dan hukum alam akan menghumbankan mereka ke lembah kegagalan dan kehinaan.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KPN kata pegi MAMPUS la dgn AGUNG...
KPN kata SUHAKAM you "shut-up"

Tanpa Nama berkata...

kalau benar kpn kata seperti diatas maka kita akan pergi ramai2 tangkap kpn itu serah kepada agong supaya agong dapat menjatuhkan hukuman kpd penderhaka itu.