Khairy: Polis semarak ketegangan dengan perintah larang masuk KL
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Khairy Jamaluddin mendakwa polis Kuala Lumpur hari ini menyemarakkan ketegangan berkaitan Bersih 2.0 dengan menggunakan perintah mahkamah melarang beliau dan 90 yang lain daripada memasuki ibu negara Sabtu ini.
Ketua Pemuda Umno ini yang pulang dari menyertai misi kemanusiaan ke Gaza petang ini mendapati dirinya “diharamkan dari bandar raya beliau tinggal.”
“Daripada bertindak ke atas penyelesaian, mereka telah membawa alih jalan penyelesaian (yang ada),” kata Ahli Parlimen Rembau ini.
Pemuda Umno memutuskan untuk tidak mengadakan perhimpunan balas selepas Bersih 2.0 menerima tawaran kerajaan mengadakan perhimpunan aman di dalam stadium iaitu Stadium Merdeka.
“Perintah mahkamah telah menegangkan situasi. Sekarang penyokong saya, penyokong Perkasa dan penyokong Bersih kecewa.
“Situasi sekarang terawang-awang. Tidak siapa pun tahu apa langkah menyusul,” katanya sambil menambah, kepimpinan Pemuda Umno akan bertemu pagi esok bagi membincangkan opsyen.
Terdahulu, Khairy (gambar) menghantar mesej Twitter bahawa beliau baru sahaja mendarat di Kuala Lumpur selepas cuba mengatasi halangan Israel di Gaza, tetapi mendapati “saya dihalang memasuki Kuala Lumpur. Maaf, kalau saya katakan ‘WTF’?”
Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan juga mempersoalkan keikhlasan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengadakan pertemuan dengan mereka di Kuala Lumpur petang.
Pada pertemuan itu, Ambiga berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perintah melarang mereka memasuki ibu negara yang diperoleh. -TMI

5 ulasan:
Agong benarkan tapi masih ada nama yg di haramkan jejak KL..apa cerita?
TERKINI!!:
VIDEO PERNIKAHAN TOMOK & AYU!!
91 NAMA DILARANG MASUK KL 9 JULAI!!
kalo aku jadi najib sah2 aku join bersih 2 tuh! aku rasa majority rakyat atas pagar sokong dia SEMULA. Aku rasa pemimpin2 kita semua nih mmg kebanyakkannya bodoh dan tak tau strategi politik. Masuk politik sebab nak kebas duit rakyat aje.
Bila la kita nak dpt pemimpin macam amerika ek, walaupun jahat tapi licik mainan politik.
Tak boleh bayang kalo pm dah tahap bengap.... org2 bawah lagik la otak letak kat lutut kot LOL
lakonan menjadi, dia kerajaan, kerajaan pun dia, teruskan lakonan nanti boleh ke hollywod atau bollywod
kerajaan di satu tahap akan menjadi blurr. semua benda dia buat serba tak kena.tu la tanda2 nak jatuh...
pemimipin yang ada skrg tak ikhlas tolong rakyat, yang tahu nak kaya anak bini
Belum pernah ada dalam sejarah negara ni,walau pun dizaman dzarurat dulu,ada senarai nama orang yang tak boleh masuk keKuala Lumpur.Ini satu lagi rekod untuk Najib dan rama i dari kalangan 91 orang itu akan menyaman polis kerana dah buat peraturan/undang-undang sendiri.Bermakna himpunan Bersih kali ini tidak akan berakhir pada 9hb Julai aje.Polis akan disaman dalam banyak perkara - tangkap orang pakai kemeja T kuning,tangkap penjual baju,tangkap orang berkumpul,tomah dan fitnah Bersih ada senjata parang dan molotove cocktail dan sekat orang masuk Kuala Lumpur.Semua yang terlibat wajar saman polis supaya depa terkencing.
Catat Ulasan